For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 17 Ogos 2012

Beriftar di Alicafe 3 Rasa....Makanan untuk 4 orang tapi...kitorang berdua jer...!!!Habis ke tidak??


Assalammualaikum....Hai, masih ada orang lagi ke sekarang ni nak baca blog eh?
Sebab dah mood berhari raya kot sekarang ni.
Aku jer masih "keras" kat office lagi.
Nasib baik jalan raya clear pagi ni.
Hip hip hooreeeyyy...eh

Semalam an, kita berbuka bersama Abam .
Lebih kurang beriftar kat luar lah.
Memula macam nak booking kat hotel kengkonon nak makan buffet.
Tapi...rasa macam membazir sangat lah.
Sebab aku makan bukannya banyak pun sekarang ni.
Abam dua kali tambah nasi. Lepas tu dia kenyang.
Kalau berdua makan sampai 200++ memang rasa membazir sangat.
So, say no makan kat hotel.
Abam call pujuk aku , dia nak jugak berbuka kat luar.
Dia cakap bukan suruh aku belanja dia...
Aku cakap yer lah...sebab selama ni pun, asyik dia yang belanja aku kot..
Kain baju, sependa, coli bla bla bla...eh
Aku biasalah, jenuh google sana sini.
Abam kan, mengidam nak makan TGI friday.
Aku cakap bila makan kat TGIF nanti abam akan cepat lapar balik.
Maklumlah....abam kan ponteng ot .kahkahkah.


Lepas tu, teringat Hanis Zalikha  pernah berbuka puasa kat Alicafe 3 Rasa.
Ok...disebabkan kawasan area nak berbuka tu, adalah kacang goreng...so aku tak baca sampai habis HZ tulis kat blog dia.
Yer...memang poyo double poyo semalam.
Laju jer aku drive mengharungi jalan jem arah USJ Mydin.
Bila sampai tempat yang di tujui....tak ada ok...tak ada..
Aku tengok GPS yang dibaca oleh abam pun masih kat area tu jugak.
"Ting" titiba otak aku berjalan dengan pantas.
Nasib baik aku sempat ambil no henpon yang HZ bagi kat blog dia tu.
Aku entah kenapa tah...rajin jer masukkan dalam henpon aku.
Aku call, tup tup ..dorang cakap dorang dah lama pindah kat Taipan USJ.
Haaaaaaaa.......terus macam eh.....apsal pindah tp GPS tak ubah lagi map nyaaa???

Akhirnya, sampai sebab jalan semalam dah kurang kereta.
dalam 10 minit gak kot.
Kalau ikutkan ramai umat manusia...confirm sampai lebih 30minit.
Dah la...aku tak order makanan lagi.
Last last berdua makan untuk set 4 orang.
Woahhh....kembung pipi semalam.
Perut apa tah lagi...kahkahkah.
Air yang disediakan tu adalah air jus kurma.
Boleh tahan rasanya...so..so..sahaja.


Dessert Hokkaido cake ni memang sedap.
Aku makan seketul, abam seketul,
The rest, tapau bawak balik.
Cakenya lembut sangat...
Nak lagi laaaaa....
Kalau korang datang just nak beli cake ni pon boleh tau.

Aku dengan abam berbuka air jer dulu.
Sebab dah namanya pun sesat barat.
Then lambat order kan....so redho ok.
Dalam 745 barulah makanan kitorang sampai.
Tu pun aku dah kembong minum air jus kurma tu.
Ya...yang so so sangat itu kan?kahkahkah
Gambar ni kan, masa tu ikan siakap tom yam tak sampai lagi.
Aku perut dah la lapar sangat.
Sebab aku tak lalu nak bersahur makan nasi.
Mungkin sebab itu kot kelaparan...ish buat malu jer...
Lepas jer snap pict ni, ha...terus kitorang berdua makan.

Kemudian ikan siakap pon sampai.
Aku ngan Abam memang jenis tak makan ikan siakap beria- ia
Mungkin sebab dah terlalu kerap abam memancing siakap kot.
Abam cakap itu ikan siakap baby.
Cis cis....mentang mentang pernah jadi juara menaikan siakap kan...
kitorang hirup kuah .
Aku amik ikan tu bahagian yang ada gorengan yang rangup jer.
Abam dia cuit sikit sikit jer.
Titiba abam tengah makan kan...dia teringat pak supir kitorang masa kat Medan tempohari.
Aku tanya apa yang buat abam teringat kat dia.
Dia cakap ...Pak Supir tu mintak izin kat kitorang nak tapau kepala ikan siakap yang kitorang
tak habis makan.
Adeeehhh...dia cakap tak baik membazir...
Sory ter flash back pulak.

Antara food yang ada ialah, ayam goreng berempah.
Ayam ni aku bagi 5 bintang. Sedap uolls.
Sayur pun sedap. Abam kalau dah suruh aku masak gaya macam tu..makna nya sedap lah tu.
Telur dadar pun sedap.kahkahkah...
Antara yang licin adalah ayam & sayur.
Telur dadar ada sikit lagi.
Ikan tinggal sebelah tak berusik.
Aku tanya abam..nak tapau ke?
Abam cakap tapau cake sudah.
Ok...:)

So, apa lagi...moh pakat pakat pergi kat Alicafe 3 Rasa lepas raya.

**Walaupun aku nampak happy, tapi hati aku sedih...sebab orang kesayangan aku tak sihat...
"Mak.....cepatlah sembuh...ya"

Tiada ulasan: