For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 27 September 2011

Sapa Yang Salah Aku ke MEREKA?

Hai korang..

Lately ni entry macam membosankan je.
Aku yang tulis amat terasa dengan kebosanan sendiri.Apatah lagi u all kan?
Heeee...syok sendiri kan aku ni.
Macam ni lah, aku ada banyak cerita yang nak share kan.
Tapi aura malas, penat , malas, letih, malas dan malas malas seterusnya asyik menggangu.
Sebab tu selalu cerita cerita aku simpan dalam draft.
Bila dah berkurun dalam draft, terus la..kesudahannya aku delete.
Sebab utama out of dated punya story.
Yer la...cerita awal Ramadhan & Awal Syawal kot.
Harus...aku yang laju laju ambil mouse dan click pangkat kat atas sebelah kanan tu kan..?

Aku ni kan...selalu menghadapi situasi yang pelik pelik.
Hari tu, masa bulan puasa aku makan setable dengan bapak & mak kuat membebel...
Ini lain pulak kesahnya.
Tapi Jalan cerita yang sama yakni dimeja makan.
Motif cerita tetap masa bulan puasa yang dah lepas.
Tapi aku nak jugak share kat sini.
Sebab aku tak puas hati, sebab aku tak dapat nak sound mereka berdua tu..hahaha.

Ok, masa tu aku & Abam nak berbuka puasa di Empire.
Jangan tanya ok aku makan apa kat situ.
Selepas itu, aku dengan abam memang suka sampai awal.
Jadi, book kat restoran tu then boleh merendek sampai waktu nak berbuka kan.
So, bila nak berbuka, kitorang pun sudah happy happy coz tengok ramai orang tengah berlegar legar cari tempat duduk.
Tu la, masa bershopping tak ingat nak book tempat berbuka puasa kan.
Hah..rasakan..
Namun, aku ni cepat nau kesian dengan orang.
tak boleh la orang buat muka macam kelaparan kan.
So, masa tu pulak sepasang couple ni asyik lalu lalang sebelah aku je.
Bila dia tengok aku ngan abam tengah menikmati makanan, dengan muka selamaba gf nya tanya
"kak, saya nak tumpang duduk sini boleh tak? Ada orang tak ni?"
"ok.." aku pun buat muka ceria sebab dia pun nampak friendly

Bf dia pun duduk sebelah abam.
Kot kot ada orang yang kenal aku masa tu, mesti tanya ko dengan sapa semalam?
Ala budak yang makan semeja dengan korang?Aku kenal tak?
Lebih kurang gitu lah maksud aku nak sampaikan.
Aku dengan abam memang suka makan banyak.
Dorang nak kisah apa kan..?Coz duit masing masing.
Bedudak ni arround 20++ aku rasa.
Sebab tengok gaya bf nya macam gitu la.
Disebabkan kitorang dah separuh makan, dorang baru duduk nak order,
bila food bf dia sampai...
ha...time ni aku ngan abam dah main sepak sepak kaki kat bawah.
1st, aku tengok bf dia langsung tak pelawa or cakap apa apa.
Dengan buruk lantaknya dia makan sampai terlupa nak pelawa gfnya.
Ishhh kalau aku Abam buat macam tu, aku cekik abam.
Kalau Aku pulak buat macam tu kat abam sure, abam tolak aku dari kerusi.
Gfnya pulak order makanan yang pelik pelik kan.
Tu pasallah lambat sampai order.
So, tiada sopan santun sebagai GF & BF disitu.
Bagi aku, tak kisah sapa kita, haruslah menghormati satu sama lain.
If kau lapar, tengok gf, bf, wife , husben, child korang sekali.
Jangan SELFISH.Paling kurang pun..pelawalah....PUASA TU KAWAN!!!!

Lepas tu food gf dia sampai.
So, bila gf dia baru nak pegang sudu, ada pulak yang tak kena.
Masa ni aku tak padang pulak.
Sebab sibuk bersms dengan Abam. Nak bercakap tak best pulak kan..
So, masing masing bersms.wakakakaka.
Titiba gf dia cakap, " i kalau tak lengkap semua ni(merujuk pada makanan dia) selagi tu i tak makan."
Bf dia buat muka selenge jer aku tengok.
Lepas tu complete, barulah gf makan.
Bf dah beberapa kali sendawa tanpa pedulikan kitorang yang semeja. WTF.
Tak pasti dengan apa yang dorang borakkan,
titiba dorang bergaduh.
How la...nasib kita malang kan Abam.
Selalu jadi mangsa begini...siot betul.

Gf dia ungkit bagai bagai.
Aik...sambil tu pandang muka aku dan cakap "BETUL KAK"
hahaha...kalau korang jadi aku...apa korang nak jawap?
Aku bukan saksi dik oiii...
Korang punya pasallah kan..Yang libatkan aku apsal.
Aku dah nak blah dah masa tu.
Abam sms cakap nanti la...dah lama kita tak tengok orang bergaduh ni.
adoiii sengal pulak abam ni tau.
Gf dia cakap la, u ni untung tau dapat kekasih macam i.
I kaya..bla..bla..bla..
I selalu tolong u..bla..bla...bla..
I sayang u..bla...bla...bla...
Gf lama u...bla...bla...bla..
U ni bukannya hensem sangat bla...bla...bla...
Ramai jantan minat dekat i tapi i...bla...bla...bla..

Hah.
Korang, amacam best tak dengar apa yang gf dia mengarut sebelah aku.
Muka dorang aku boleh samakan dengan tayar lori.
Sebab dorang buat muka tebal jer kan.
Bf dia sengal sengal pulak menjawap.
U ingat u tu lawa..bla..bla..bla..
I kalau cari yang lain mesti..bla...bla..bla..
i tau u kaya...tapi setiap bulan u suruh i topup kan apsal..bla..bla..bla..

lepas tu bagai bagai gak dorang merepek.
Bila siap gf dia makan kan...
"ok sayang...i belive u love me so much" buat gaya manja.
Puiiiiiiiiitttt...sibai kan?
So, dorang bangun lepas tu sambil berpimpinan tangan menuju keluar restoran.

Aku, kalau ikutkan angin satu badan aku dah lama
cakap gini
"ADIK, BAGI AKAK & ABAM KELUAR BOLEH TAK.AKAK NI TAK KUASA NAK DENGAR KORANG BERTEKAK. TOLONGLAH BAGI RUANG.
MASAKAN SEBELAH NI DINDING JER DIK.NASIB BAIK AKAK TAK DE ILMU GHAIB...KALAU TAK SURE AKAK DAH LAMA INVI"

Sekarang ni aku nak buat soalan, sapa yang salah sebenarnya...?

AKU ke MEREKA????????


4 ulasan:

syahirooAhmad berkata...

guna la fuyo magic kak.. hehe. :D

daela berkata...

kalau boleh akk dah guna dah....nasib baik buta bab bab magic ni kan....:)

applemintlady berkata...

so next time, jgn kasi org duduk dah..hahaha

daela berkata...

Farah:
Tapi anyah cepat kesian dgn org..camner tu