For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 29 September 2011

Jom Berpra-sangka Baik...

Assalammualaikum korang...

Semalam aku half day.
Tapi sebelum halfday aku kerja dulu eh...apa lah aku ni?
Macam ni, Manager aku semalam suruh aku call companya dot dot.
Aku macam separuh gembira bila ada urusan yang berkaitan dengan dot dot.
Nak nak pulak pasal bil bil ni kan.
Tapi, aku fikir secara positif..
Tak semua tempat/orang sama...

So, aku pun dengan senyuman meng-Call lah.
Bukan area Sini tapi nun disinun.
Tapi..masih berprasangka baik kan..
Sekali call engaged.
Try 2 kali masih sama.
Try kali ke 5 pun sama.
Aku sabar dan terus bersabar.
Kang kalau tak buat, naya kan...sebab itu arahan dari manager.
So, aku terus mencuba dan terus mencuba.
Tup tup..ada bunyik deringan...
OMG...12 kali call kot baru ada.
Padahal hunting line ada 5.
Damn kannnn? Semua nombor engaged.
Ramai nau kot orang buat aduan....so...berprasangka baik lagik.

Bila dah pick up,
Macam biasa dorang kenalkan diri (walaupun aku tak nampak) tapi aku masih boleh senyum dengan layanan dorang.
Layanan dorang tip top sesangat aku rasa.
Manis jer kata kata.
"Apa masalah Cik?"
Aku pun menerang kan masalah masalah berbangkit dengan bersemangat dekat Encik tu.Sorry nama dia tak ingat pulak.
Lepas aku dah tarik nafas lepas lega habis bercakap,
Dia kata "owh ini bukan saya yang handle Cik, sekejap ye..saya past pada orang yang berkenaan"
So, aku pun ok...(ok Kali yang pertama...)
"Yer Puan, Ada apa apa yang saya boleh bantu?"
Aku sekali lagi menerangkan....bla..bla...bla...
"Owh puan, ini bukan department yang sepatutnya...Saya past pada En. Tut ya...sebentar"
Aku pun macam ...eh..naik semput nak bercakap benda yang sama kan...
"Ya Cik Puan, terangkan masalah CikPuan pada saya berkaitan Bil ni..."
Aku pun menerangkan sekali lagi...
"Owh...sekejap Cik Puan, aduan ni kena hantar kat Jabatan (waklu)..."
Terus aku cakap
"Encik, Saya ni dah bercakap benda yang sama kat 2-3 orang Encik.Apa masalah Jabatan ni sebenarnya?"
"owh...maaflah cik Puan, Tapi orang yang handle tu tak ada kat tempat dia."
Dengan nada suara garang aku cakap...
" Ye la...cakap lah orang itu tak ada.
Tak payah lah saya nak ulang jawapan banyak kali.
Just nak no. Fax jer pun kan. Sebab saya nak Fax bil yang telah dibayar tapi korang tak clearkan....!!!!
Dont put me at toilet again.. saya pun ada kerja lain jugak  nak buat..."
Laju laju dia bagi no fax.
Adoi...aku ni dah la nak senangkan kerja dorang.
Nak mintak no fax pun macam nak mintak sedekah ke wei?

Lepas habis aku call dorang tu, aku bebel bebel sendiri.
Kawan kawan office aku terdengar.
Macam macam serbuk perasa lagi dorang tambah.
Sebab dorang selalu berurusan dengan geng geng seperti ini.
Adoi mak....dah la waktu berkira..
Lagi 5 minit nak habis lunch, siap suruh tunggu sekejap.
Sebab mereka sekumpulan nak berborak.
Adoiyaiiiiii.....kita datang nak mintak form jer kan...
Hulurkan je lah..Apa yang susah sangat.

Tapi, today, aku dah follow up balik pasal bil tu kan..
haaaa....nasib baik Kak Azean(bukan nama sebenar) di sana membantu.
Kan aku cakap...tak semua orang sama...Jadi, selalulah berprasangka baik...

6 ulasan:

Rizziela berkata...

kiranya bersabar jugaklah awak ni..kalau saya..dah kena sembur dah ni

daela berkata...

Rizziela, ikutkan sy malas nak bersabar..tapi mcm tak guna pulak, sebab dorang ttp suka passing kiri kanan...OMG...:)

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

dah banyak kali cik ina kena kes cam ni, susah nak brurusan ngan orang yang susah nak berkerjasama.melambatkan urusan kita je.

applemintlady berkata...

kite pun selalu jadi cenggini..asik rasa nk jerit je..hahahhaha

daela berkata...

Memang pun nasib baik anyah ni penyabar org nya...puiiii!!!

SURIA AMANDA berkata...

kena hantar kursus la tuh...