For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 20 September 2011

Weekend Yang Lepas

Assalammualaikum...

Yeee haaa...Apa khabar korang?
Masih ada lagi ke yang sudi baca blog aku yang segan segan nak update sekarang ni kan?
Thank you kalau masih ada.
Dengan kesihatan yang kurang menguasai diri, aku memang tak de perasaan sangat nak meng update blog.
Today, keadaan semakin pulih...:)
Last week kan cuti sampai 3 hari termasuk sabtu ahad?
Kebetulan pulak penuh dengan berbagai bagai undangan kan?
Open House, Kenduri kahwin, dan bertunangan.
Gambar adalah seketul dua aku snap.
Lain lain tak larat nak layan sangat lah.
Korang tengok muka aku kat atas tu pun muka sedih.
Semua pun tak boleh nak masuk dalam tekak sekarang ni.
Kwang kwang kwang...

Ok, mari aku nak bercerita.
Yang sebelah comel lote ni kawan aku masa sekolah dulu.
Kitorang pernah sekelas dan duduk sebelah sebelah.
Dulu aku ngan dia musuh tradisi.
Ada jer yang tak kena.
Maksud aku musuh yang tak pernah bertegur sapa.
Masing masing tak pernah bertegur sapa.EGO.
Sekali tah macam mana boleh sekelas.
Kena pulak duduk sebelah dia...hahahaha...sekali tuh, terus jadi ngam ngan dia ni.
Aku panggil dia anak Hamid.Sampai sekarang. Puncanya dia suka panggil aku anak Pak Din.
So..fair, Anak Hamid & Anak Pak Din.
Depan mak dia hari tu macam...eh...susah nau nak sebut nama ko cik kak...hahaha..
Jumpa Anak Hamid di kenduri Azreena Jasme atau aku panggil dia Ina.
Gambar..tak ada.
Masa aku datang dia tengah diconteng oleh mak andam.
So, lepas bersalaman terus rushing nak pergi kenduri rumah Azreen pulak.