For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 7 September 2011

Cucu-Cucu Nenda :)

Assalammualaikum..

Yehaaa...kembali bersiaran tak berapa nak live kan..?
Sebab type entry pagi pagi hening, aku sent lewat.
Selalu jadi macam tu la...Sebab aku busy bee..
Semalam aku MC.
So, nanti aku ceritakan la..
Yawwww!!!
Comel tak budak tembun ni?
Ini cucu yang kira latest jugak ni. Baru 6 bulan lebih..
Berat badannya mencecah 8kg ++.
Bila dah sebut cucu, terus rasa nya sebut nenek jugak
Yang nenek ingat nama cucu nenek ni Batia.
Sebab itu jer nama yang nenek selalu sebut.
Owhhh terasa diriku sangat tu.
Tapi kalau Atuk lagi tua kan kawan kawan?

Cucu nenek ni sangat mesra alam.
Nenek jugak yang tolong dukung dukung sebab daddy cucu nenek ni berada jauh dari mereka sekeluarga.
Ohya, sebelum nenek lupa kan..
Cucu nenek ada 3 orang sudah.
Kakak kepada Batia ni iaitu Aleesya.
Tapi..Aleesya ikut daddy nya terbang jauh.
Disebabkan Batia ni agak tak berapa nak manja,
So..dengan semua orang dia suka.
Lagi lagi Atuk Abam.wah wah...kelakar aku try sebut nih.
Sesungguhnya Atuk Batia itu tidak mahu mengaku yang dirinya dipanggil Atuk.
Sebab Rambut Atuk Batia Mohawk kan..
Batia ni tak tahan panas.
Tak selesa sebab masa cuti raya tempoh hari kebetulan tengah musim panas.
Jadi, dia asyik merengek je.
Usah kata Batia je, semua orang pun.
Batia ni pakai baju kurung kain duyung tak sampai 10 minit.
Warna dah la merah menyala.
Mak Batia pakai merah cili.ha..korang pikir pikirkan lah..
Menyerolang je bila tengah panas kan..?
Last last tukar pakai baju t-shirt je...lagi nice..

Ini pulak cucu aku yang baru berjumpa.
Kira jejak kasih jugaklah.
First time bertentang mata.
Namanya Anak anak buah aku Panggil dia puteri.
Nak kata keturunan Raja & Permaisuri memang tak ada kaitan.
Tapi suka hati doranglah kan.
Puteri ni agak manja.
Sebab dia tak mahu aku dukung.
Puteri asyik berkepit dengan Mak & Ayahnya aje..
Lagi pun, Anak buah aku memang beraya di Shah Alam dulu.
Jadi puteri ambil masa sikit nak berkenalan dengan nenek & atuk nya kan..

Huh...Ini anak buah aku Alili.
Kejadian ini sewaktu raya pertama dirumah Arwah nenek sebelah Abah aku.
Tahun ni,semua ahli keluarga aku balik kampung beraya.
Meriah adik aku cerita.Tapi tetap tak rasa meriah sebab aku tak ada katanya..
Sedih jugak bila dorang baru terasa yang aku ni selalu memeriahkan keadaan.
Bila aku beraya jauh di mata dorang barulah nak sedih sedih kan..
Mak lagi terasa sebab aku anak perempuan sorang.
Bahan bulian mak sudah ada dua rumah.Mak kena redha...:(
Ok ok, tak mahu buka kisah sedih la..
Budak alili ni kena buli dengan adik bongsu Aku.
Dia kerjanya memang suka menyangai Alili.
Ada jer bahan yang boleh buat dorang ketawa.
Rambut yang tak berfaedah tu pun dorang sanggup bawak balik kampung kan..
Memang la...aci campak jer dalam kereta.
Tapi...haii..rambut yang tak mendatangkan hasil tu jugak dorang usung.
Pelik jugakkan..?
Alili pulak, kalau orang nak buat bahan uji kaji..
Suka lah dia.
hua hua...sebab dia kecik lagi...mana faham kan..
Uncle uncle alili semua sengal.

Oklah...Nanti kalau aku free aku sambung entry ya...
Babai semua...love yaw!!!

Tiada ulasan: