For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Isnin, 22 Ogos 2011

Mood Raya sudah datang...:)

Hai...Assalammualaikum..

Woah...Sedar tak sedar hari ini sudah masuk Ramadhan yang ke 22.
Cepat sungguh masa berlalu.
Macam mana persiapan raya korang ea..?
Aku...macam biasa la...kemas rumah pun belum berkesempatan.
Sebab Abam busy, aku pun busy...maybe sebelum balik kekampung nanti.
Tapi..lebih kejam lepas raya nanti...aughhh...!!!
Ok, dah penat aku merayau blog kawan kawan.
Masing masing tunjuk bakat terpendam.
Satahun maybe sekali atau 2 kali jer bakat ini keluar.
Maklumla...buat biskut raya ikut mood kan?
Sambil dengar lagu raya lagi feel kan..?
Owh...sebut pasal raya, this year..aku ikut abam beraya di kampung...hurmmm...
First time beraya tanpa famili...auhhh..sob..sob..sob..

Biskut di atas tiada nama sebenarnya.
Mak aku memang akan buat biskut ni tiap tiap tahun.
Bila aku tanya apa nama biskut ni, mak jawap Quaker Oat.
That its. Biskut ini ya amat mudah nak sediakannya.
Lebih senang bila bangun tido mak dah siap adun kan..hahaha.
Aku lepas hantar Abam pergi kerja, terus landing atas katil kat rumah mak.
Mak aku pergi surau bertadarus.
Sedar sedar jer, mak suruh bulat bulatkan kuih.
Korang jangan mintak mintak resepi yaw!
Aku tahu bahan nya, Quaker Oat jer.
Lain lain kena tanya kat mak aku...

Lepas 2 jam buat Quaker Oat, sambung buat Honey Cornflakes.
Ini memang aku yang buat dari mula sampai habis.
Mak tolong bakar jer..
Kalau korang nak aku bagi resepi sekarang.

Madu lebah jenama apa pun tak kesah.
Separuh Butter Cup yang 250grm.
Sedikit kacang goreng yang ditumbuk.
Cornflakes 
Ceri merah & hijau.
Bahan bahan hiasan.

Panaskan butter & honey.
Ada orang suka campur gula.
Aku tak berapa nak suka...sebab nanti terlalu manis..
Kesian orang yang ada kencing manis..kang tak buleh nak makan..
Masukkan kacang tumbuk, ceri hijau & merah.
Lepas tu masukkan cornflakes & bahan bahan hiasan.
Contoh love love warna biru ni.

Bila dah gaul rata, korang matikan api.
Dah siap.Senang kan..?
Tutup mata jer boleh buat.
Hahaha..
Bila dah sejuk sikit, boleh masukkan dalam paper cup.
Lepas tu nak kasi cornflakes tu kecut korang kena bakar sekejap.


3rd kuih semalam adalah kuih siput.
Ni nak panggil kerepek ke hapa ea?
Semua adunan macam biasa, mak yang sediakan.
Aku gentel je.
Banyak sangat mak aku adun semalam wei.
Lenguh pungkoq aku duduk.
Mak aku cakap, untuk mendapatkan kerangupan yang best,
Jangan campurkan santan or air dalam bancuhan ini.
Tapi memang betul pun.
Tahun lepas mak campur santan, mak haiiii..
Keras seperti batu kuih siput ni.
Alili buat baling baling jer.
Maklumlah..masa tu dia kecik lagi.
Ha....sebut pasal alili..Sabtu lepas & ahad dia puasa.
Lembik macam sotong budak tu..
Kesian teramat sangat aku tengok.
Maklumlah...upah dia kalau berpuasa dapat rm 100 abah dia nak kasi.
Itu yang dia cakap kat aku la.
Rupanya rm5 dia cakap 100.
Tapi aku konfius...dia dah kenal angka 5. Tapi masih rasa itu duit seratus..
Tah hapa hapa lah anak buah aku tu.
Setelah cuba berpuasa...Alili dapat baju raya ben10.

Okey la...
Aku belum ada mood nak adun biskut tart nenas lagi ni.
Orang yang menggoogle kat blog aku ramai nak buat biskut tu.
Percaya la...aku bg resepi tart nenas paling senang & mudah.
Tak payah nk campur bagai bagai tepung & gula.
Nanti aku upload lepas raya...huaaaaa....

2 ulasan:

jj berkata...

boleh saya rasa?

Madam Sooyaree berkata...

Aaa... nak biskut!!! Tapi kang, kalau buat sendiri makan sesorang. How la??