For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 10 Ogos 2011

Kisah Mistik Di Bulan Ramadhan..

Holaaa...Assalammualaikum wbt.

Hai korang, dah dua hari aku diselubungi mistik.
Bukan aku jer.Tuan tanah, colleague jugak.
Ok, mari bercerita...

715am:

Aku memang suka sampai awal.
Lagipun office hour kitorang sangat sangat cepat masuknya.
8am to 4pm.best tak? best tak?Ini time bulan Ramadhan sahaja:)
Jawapannya adalah best.
Cuma bercinta sikit ke nak masuk office awal?
Jawapannya tidak.Sebab aku memang selalu awal datang kerja.
Area office aku ni memang pack dengan kereta kereta termasuk kereta pinjam.
Maklumlah, semua masih berhutang kan..?
Kalau bayar cash baru boleh sebut kereta "AKU" eh
Aku rasakan, cuma company kitorang jer masuk office awal bila bulan Ramadhan.
Sebab, aku ada borak borak dengan budak bawah, dorang still masuk pukul 9am.
Cuma balik dorang bagi pukul 530pm.kalau tak pukul 6pm u..
Woaaa...sabtu kerja halfday..omaigot...

Kereta pinjam & kereta kejadian selalu berparkingan berdekatan.eh...apalah tatabahasa aku ni..
Dorang parking dekat dekat dengan alasan bila nak balik kang,
Kalau ada kereta yang kurang asam suka suki double park tanpa meletakkan no tel memang akan
menyusahkan orang.
Jadi..boleh lah keluar kereta secara bersama sama..
Dibulan Ramadhan yang mulia ini,
Aku akan bayar parking dalam pukul 9am.
Jadi, setelah parking belakang kereta kejadian,aku terus naik ke office dengan tali..hahaha..lif la woii..
Dalam hati aku berkata kata...cis...rupanya tuan kereta kejadian lagi awal sampai..hempeh!!!

902am:

Aku bergegas bangun dari tempat duduk.
Kerusi empuk.Mata layu...hampir terlupa aku nak bayar parking.
Cepat cepat kira siling untuk membayar kat mesin parking.
Nasib baik lift memang berada kat tingkat office aku.
Kalau berada di "B", ada yang ternampak Watson Nyambek versi montel
berlari menuruni anak tangga.ha..ha...ha..
"haaaa...semputtt lagii..."
Masa aku melintas jalan nak memasukkan duit siling dalam mesin kan,
Aku tengok tengok kiri kanan, kot kot orang Bandaraya dah ada menyaman
orang orang yang malas bayar parking.Ini kes nak Parking free lah tu.
Tapi tak Free pun.kalau kena saman tanpa membayar parking tix, rm100.
Kalau korang tak cukup siling, tapi nak parking 8jam, kena saman jugak.
tapi murah banyak.rm30.
Korang pilihlah nak mana satu.
Aku pulak...pilih untuk tidak kena saman, jadi...hari hari aku bayar parking..

Lepas aku pamerkan cantik cantik atas dashboard kereta pinjam, aku baru perasan..
depan aku sudah bertukar dengan kereta orang lain.
"mungkin" tuan kereta kejadian sudah keluar.Sebab dia memang kena keluar dari office.
Lepas lenggang kangkung naik atas, aku tanya Sue
"eh...ko datang tadi parking full ke?aku tak nampak kereta kau pon.."
"Aku parking depan kereta pinjam ko lah weii..."
"ooo...tapi depan kereta aku tu kereta Buatan Tanjung Malim."mana kereta kau?"
"Aku tukar dengan adik aku.."itu sumpit jawap.
"Aha...tadi depan kereta pinjam aku ada kereta kejadian...maybe dia dah keluar.."
"o..iya ke.."

So,tiada apa nak di mistikkan lagikan..

1pm:

Tuan empunya kereta kejadian, naik Head office.
Borak borak tah hapa hapa.
Gumbira sangat karektor si dia ni.
Aku dalam hati mahu bertanya...kau pergi mana tadi..?
AKu kan suka sebok hal orang.tapi aku suka sebok dalam hati jer..

602pm..

AKu tengah guling guling sambil menuggu abam bersiap siap nak kerumah mak..
Titiba abam keluar dari bilik bagi aku henpon garu.
Lagu Adele-Rolling in the deep nyaring berbunyi.
Hola..wasup bro...
"Nok...kereta gua hilang nok..."
Terkujat beruk mak yeh aku sekejap..terus beristigfar...
"hah...bila?kat mana?" see...very the kipoci kan?
"Aku nak tanya kau la ni...betulkan pagi tadi kereta gua parking depan kereta kau?"
"haah...betullah tu...kesian kau kan...Aku boleh cakap kesian je..
"Tapi dah jumpa balik...."
"grrrrr...kau ni kan...bikin tanjat boboi jer tau..."Aku start membebel...
Aku sambung lagi..."kat mana kau jumpa kereta kau tu..?
"Depan friendchino..'' 50 meter dari parking yang asal
"Ha...?kenapa pencuri tu tak jadi curi kereta kau..?"
"entah la....aku lama gak pusing pusing cari kereta aku ptg tadi....nak menangis dah tadi nok.."
"Ya ampun....nasib baik ko lah nok..."
"tapi pelik la...kereta tu tak kena pecah, kereta tu siap tarik handbreak....kunci pun tak rosak.."
"hah...tah tah..ko ada bagi adik ko pinjam kot..?
"ish..mana ada...eh..nok...aku nak jumpa bomoh jap lagi...esok kita sambung bergosip kat offc yer..?"
ok ok..

Esoknya,

Aku masuk office awal, jadi aku check waktu sumpit masuk offc semalam.
Lepas tu aku cerita dengan sue yang kereta budak tu mistik.
Sue cakap...dia memang masuk parking depan kereta pinjam seawal pagi..
Kalau nak ikut logik Bandaraya tarik...memang tak logik.
Sebab Bandaraya akan datang bawak towing arround 9.30am.
Dorang takkan tarik kereta yang berada dalam kotak parking.
Yang sanggup tarik tu...si penarik kereta.
Tapi..takkan tinggalkan dekat dekat situ jugak..?
Paling pelik adalah...masa pagi tu, budak kereta kejadian ni..parking sebelah kanan.
Jumpa kereta parking sebelah kiri..
Kalau terlupa tarik handbreak mesti kereta tu dah "hentam" evo, ferarri kat bawah tu dah...

Ha....sampai sekarang masih dalam mistik kesah ini...
Pelik tapi benar..."sampai sekarang aku blom bergosip secara live dengan dia lagi..
**maaf yer, lukisan & tulisan tu buruk sangat.memula nak guna Glow Draw.Tapi semakin buruk pulak...

1 ulasan:

Mikel's Wifey berkata...

ok....mmg mistik...hmmmm...dia lupe kot letak keta kat mane...ke penat bulan puasa ni..lalalala..jgn marah! :-)