Hai Assalamualaikum...,
Wah...Sudah 11 Ramadhan dah harini.
Aku belum pernah update gambar masakan aku kan..?
Maklumlah, rumah ada 2. Kadang kadang guna "Agung" jer beli.
Jadi, kalau setakat masak lauk sejenis dua..memang malas aku nak snap pict.
Tapi semalam aku terlebih rajin lah pulak.
Padahal masak semua main campak campak sudah.
Abam dia memang makan semua yang aku masak.
Sebab aku kan dah tahu banyak apa yang dia makan & dia tak makan.
So, mari aku kenalkan lauk yang pertama.
Yang kuning kuning tu, ayam masak kunyit dengan bawang besar.
Sempoi bukan..?
Resepi ni aku ikut kat kedai makan Awe.
Gaulkan sahaja ayam dengan kunyit, garam, pak aji & sedikit tepung jagung.
Lepas tu perap dalam 30minit. Kemudian, gorengkan dengan sedikit minyak panas.
Agak agak ayam dah garing, baru masukkan bawang & cili.
Ha...dah siap.Senangkan..?
Mula mula nak masak ayam black paper.
Tapi..bila mengenangkan esok masih nak puasa, jadi abaikan.
Kang seharian perut mendidih.
Aku tak per lah, kalau abam yang mendidih perutnya...kan kesian.
Jamban dah la jauh, penoreh lah katakan..
Abam selalu cakap aku suka masak sayur kangkung, bayam & sawi.
Ya..memang aku suka beli 3 sayur diatas.
Sebab 3 ikat rm2.
Kan...Lagipun, sayur tu jer yang tahan agak lama.
Paling kurang pun seminggu baru habis aku masak sayur tu.
Kejikan...Nampak nau aku malas kedapur...
Kebetulan semalam, aku pergi kepasaraya, ternampak taugeh, terus beli segenggam.
Eh...2-3 genggam jugak kot..Kalau beli segenggam je, baik tak payah beli. sebab sikit sangat.
Buat malu nak bayar jer kan..?
Sayur ni pun aku tumis dengan sedikit air...owh...sedapnya..
krup-krap bunyik taugeh dalam mulut..
kalau masak layu sangat tak sedap..an..an..an..?
Ha...sayur ni, aku malas bagi resepi...sapa yang tak reti nak masak sayur ni..
memang sedih sangat aku...korang email lah kat aku yer..
Nanti aku ajar kan...
Wow...sup daging.
Ini feberet abam.
Aku masak agak banyak.Maklumlah, nak merenih daging ambil masa yang agak lama.
Kang kalau merenih sekejap, ada pulak yang tercabuk gigi palsu.eh..aku ada pakai gigi palsu ke..?
Sup daging dengan sambal kicap memang terbaik.
Taruk pulak kentang kan..yey...memang cukup rasa.
Pastikan masa nak merenih daging ni, korang tumis dulu bawang putih, bawang mereah kecil & sup bunjut.
Agak agak dah keluar bau wangi, masukkan daging & air.
Ha..lepas sejam baru boleh tutup api dapur.
Sebelum tu, letaklah sedikit, garam, pak aji & sedikit gula.
Taburkan bawang goreng, daun bawang & daun sup.
Tapi aku suka daun ketumbar...
Sotong sambal petai ini, mak yang masak.
Mak suruh aku mengambilnya..
Nasib baik jalan aku nak balik kerumah dari tempat kerja sehaluan.
Jadi..bila meyinggah, macam macam mak tapaukan.
Hari tu, Ayam masak merah, lepas tu ikan tenggiri masak taucu.
Ha...Mak memang banyak idea kalau memasak.
Food yang mak aku masak..memang tidak pernah menghampakan..
Kalau tak..takkan aku semontel ini kan..?
Ish..ish...sayang mak sangat sangat..:)
Ha...ini pulak ayam masak kurma.
Adakah mak aku yang masak?
Ke...aku yang masak?
Kedua dua jawapan adalah tidak betul.
Ini adalah hasil belian petang semalam.
Memang aku bukan suka sangat makan kurma.
Adalah sekali pernah masak hari tu.
Nasib baik habis dimakan..kan..?
Kurma ni aku beli kat kedai.Bukan di PARAM.
Since aku berumur 10 tahun kedai uncle ni dibuka.
Rasa, rupa, warna tetap sama.
Cuma harga sikit berubah..
Tapi...masih berbaloi..sebab sedap.
Oklah..selamat menjamu mata...aku nak meronda kat blog korang pulak..
Nak cari resepi yang paling mudah untuk dimasak...
Tapikan..tekak teringin nak makan ayam goreng lemon...
agak agak koranglah kan...sedap tak..?
Susah tak nak buat..?
ooo...aku nak pi google jap...!!! babai...
Sent from Daela's iPhone
1 ulasan:
ni maunyer lepas berbuka terus terbongkang ni... kenyang sampai petang ahad pon boleh ;)
Catat Ulasan