Assalammualaikum kawan kawan..
Semoga pahala puasa yang masuk hari ke 2 ni bertambah barakah..
Ok, jahat tak aku?
Letak gambar onde onde ni..?
OMG..aku teringin nak buatnya sekarang ni.
Yang paling peliknya, bulan lain tidaklah aku mengidam kuih muih ni kan..?
Aisehhhhh..
Dah lama tak uli uli tepung kan..?
Nak buat tapi makan sensorang..kirim salam.
Abam tak layan kuih lembik lembik macam ni.
Katanya, baik beli jer kalau setakat makan seketul dua kan..?
Eh..aku kalau seketul dua baru rasa ok.
8 ketul baru makan kan..?
Itupun kalau besar penumbuk alili.
Hahahaha..nafsu jer kot kan.
Ohya, aku masih belum berkesempatan ke PARAM.
Apa PARAM ea?
Memula sengal ubi gak kan..?
PAsar RAMadhan rupanya.ciss...aku ingatkan kuih alaf baru kan..?
Aku kalau ke PARAM selalu cuci mata jer.
Kalau kat area rumah aku tu, huiii..
Banyak sangat orang yang berniaga.
Rambang mata nak memilihnya.
Beli guna "Agung" pun sekarang kena pandai memilih.
Gerai depan kang, lain harga nya....selang 3-4 buah gerai kang..lain harganya.
Kalau semua sedap kira luck lah kan..?
Cuba rasa macam hampeh jer.
Korang rasa, ada orang nak datang beli lagi ke kalau dah terkena..?
Macam aku tahun lepas, punyalah tak tahan tengok air epal asam boi.
Color huiii hijau...ditambah pulak dengan asam boi kan..?
Meleleh air liur sepanjang aku melalui gerai tu.
TAMAK.terus beli 2 bungkus.
Dengan keadaan yang dahagakan air ketika berbuka, aku terus minum air itu.
Hah..korang rasa kan...apa yang aku rasa ea..?
Rasa kesian & menyesal pulak pada diri sendiri.
Sebab tertipu & tamak.
Rasa epal langsung tak ada.Asam boi pun punya masam pun tak rasa.
Rasa air putih, yang ada ais.Rasa manis langsung tak ada.
Gila la...meniaga macam ni pun ada ok. Janji laku..
Hello...laku untuk hari pertama jer ok.
Esok esok tu aku lalu...tak der orang pun beli..
Kalau ada orang nak beli boleh tak aku nak bagi tau jangan beli air dengan dia tu.
Dia tu penipu..?BOLEH?
Adh..terover marah pulak kan..?
Heee..peace yaw!!!
Pict credit to google.Tq.
Bila tertengok pict ni dalam google td,
Terus call mak, mintak mak buatkan kuih ni.
Aku pandai buat kuih ni.
Ce ceh...pandai pandai jer mengaku pandai.
Kannnn..?
Alah, bancuhannya sama macam kuih onde onde.
Confident jer aku tulis kan..?
Cuma inti nya jer yang lain.
Kuah santan nya sama macam masak serawa durian.
Teringat pulak ada durian yang dah jadi frozen kat rumah aku.
Bulan puasa ni, durian lambat habis sikit.
okeh friend.bulan puasa ni time terhad nak galak mengapdate blog tau.
Kalau ado, ado lah..
Selamat berbuka puasa ya...:)
Sent from My iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan