For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 16 Ogos 2011

::Bengang::

As salam...

Ok, mood tengah membara menaip blog ni?
Sama membara macam hari tu..
Aku nak tanya, sapa sapa yang dah iftar kat restoran?
or..kat luar mcm Ayam penyet ke...KFC ke, food court ke..Laksa Shack ke?Eh..
Mesti full kan time time waktu mahgrib kan kan?
Tak kisahlah...makan kat mana pun..
Seronok aku tengok sebab rata rata kedai penuh dengan muslimin muslimat nak berbuka puasa.
Tak kurang juga yang Orang yang tak berpuasa kan..

Ohya...Korang pernah mengalami situasi makan di food court tak?
Nak nak pulak di bulan Ramadhan?
Share share table dah biasa kan?
Itu yang best sebenarnya.Saling memahami...kan kan?
Macam tu lah yang aku & abam alami.
Penat penat beratur beli food, lepas tu..table dah penuh dengan orang ramai.
Jangan harap ada yang kosong.
So, kitorang ambil keputusan untuk makan bersila...owh..tidak mungkin kan..heeee..
Share table dengan sekeluarga ni.
Comel jer aku tengok.Semua anak anak nya mungkin berpuasa.
Sebab masing masing excited nak berbuka...so..baguskan, kecil kecil dah belajar berpuasa.
Aku juga telah di didik oleh mak & abah berpuasa seawal 6 or 7 tahun dulu.
Maka...dengan kedengaran Azan berkumandang masuklah waktu berbuka...
Haipp..celah mana dengar Azan dalam shoping compleks kan..?Nan ado..
masing masing tercari cari ada sapa sapa dah minum ke hapa kan..?
Susah kan diri buat apa?tengok je lah jam
dah pukul 7:27pm...berbuka lah.Nak dapat kurma free aku rasa tidak kot.

Pinggan aku masih banyak baki untuk suapan terakhir sebelum bangun.
Aku makan nasi ayam.Abam pulak nasi Ayam black paper.
Ada 1 lagi nasi...erm...malulah nak tulis.
Ok..ok..aku tulis, nasi goreng Ayam Grill.hahahaha..tamak kan..?
Tiba tiba...ketua keluarga yang satu table dengan aku ni membebel.
Terkejut jugak aku tengok.
Dia marah anak anak kecilnya macam orang dewasa.
Pot pet pot pet dia membebel....aku malas nak tulis apa yang dia bebelkan..
Ala...relax la...budak budak kot.tak payah la nak bebel sangat kan..?
Time makan kan?
Biasalah kalau tak habis or nak itu ini.Orang dewasa pun nak makan bagai bagai.
Inikan budak budak.
Aku ngan abam saling berpandangan,Nak makan pun dah potong mood.
Bapak nya macam marah kitorang sekali kot.hahahaha..ke aku jer over terasakan?
Maklumlah...order nasi sampai 3 pinggan untuk berdua kan?
Tapi..berpada pada lah.
Aku pun ada abah jugak.Abam dulu pun ada Abah jugak.
Abah aku tak pernah nak marah marah aku time makan.
Nak cubit aku apa tah lagi...yey...sayang abah aku sangat sangat.hover kan?
Kalau anak nya degil ya amat ke..loncat loncat macam alili ke,
mengganggu nak ambil makanan aku ke...eh?
Berbaloi lah nak marah marah kan..ini sebab anak anak nya nak makan barangan yang dorang beli.
Masalahnya dah hidang.Ambilkan lah..

Aku kuis kuis jer nasi aku.
Nasib baik aku dah habiskan sepinggan nasi ayam kan.
Kalau tak...aku buat buat tumpah jer..hahaha..
Bapak nya still pot pet pot pet..maknya diam aja.
Mungkin bapaknya garang kot...itu yang bermain dalam fikiran aku..
melalut kan..?sampai aku berfikiran macam gitu..
Lepas membebel, bapaknya bangun entah pergi mana.
Tup tup isteri or maknya pulak menyambung.
kung kang kung kang...dok membebel.
Adoiyaiii...pening kepala aku masa tu.Terus rasa nak simbah air teh tarik yang sedap tu kat maknya pulak.
Kesian anak anak nya..
dah la usia dalam 8-7 tahun.Kena bebel macam dah tua bangka.
Muka anak lelaki yang agak malu malu tengok aku.ke aku yang tengok dia?
Kesian kan?
Serabut betul.Nak makan pun tak senang.
Mak nya..& bapaknya..selamba katak jer membebel.
Aku tak kisah kalau anak anaknya macam alili.
Sebab alili pun aku pulas telinga dia belum tentu nak duduk diam.
Lepas tu, hormatilah orang lain dikiri kanan.
Bukan tak boleh menegur or marahkan anak.
Tapi berpada pada lah...

Bengang jer aku.Lepas habis air,
terus ajak abam bangun.
telinga aku dah nak bernanah dengar laki bini membebel kat anak anak.
Aku ajak abam pergi Pyramid pulak.
Hah...sambung cuci cuci mata lagi.Nak balik, baru pukul 8pm kan?
Ok...itulah kisah bengang ahad lepas..
Otw aku nak pergi Pyramid, aku tanya abam..
Nanti kalau anak kita dah besar..Abam bebel bebel macam tu tak?
"tak...Abam terus silambam"
"GLUPPP" terus aku malas nak tanya lagi dah...hahaha..

Selamat berbuka puasa kawan kawan...:)

Tiada ulasan: