For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Isnin, 17 Januari 2011

::Birthday My lovely Mom::

Aloppp...Salam sejahtera.
okey, okey soe coz belated wish birthday my mom kat blog.
Aku busy sabtu lepas.
Ok, btw, birthday mak sudah terlepas pada 15 January yang lepas.
Pagi pagi aku sudah wish kat mak, coz aku kan sudah tidak tinggal serumah dengan emak lagi sekarang ni.
sob..sob..
Pagi pagi juga kakak ipar ku sudah mengatur pelbagai agenda sempena birthday emak tahun ni.
Ya,nama aku & sayam jugak tidak terkecuali dari itu.
Adik adik ku juga juga tak berhenti sms.
Arul saja nak belanja mak makan kat Jeram.
Ha...Jauh kan...
Owh ya, Sayam kebetulan kerja petang minggu lepas.
Confirm tak dapat jointkan melainkan dia balik pukul 7pm.
Tapi nan ado...dia kena paksa balik pukul 11 pm.
owh...aku redha.
Gambar diatas adalah sotong panggang @ bakar.
Eh..entah, betullah kot namanya cam tu.
Ha...korang, Aku naik 1 kereta dengan adik bongsu aku,
Mak naik dengan abang aku.
Adik aku arul, naik dengan fara.Abah datang last sekali sebab ada urusan.
Ha..ramai kan?
Gila hazab tunggu dorang bakar kitorang punya order.
Aku yang sampai lambat pun, makanan yang diorder awal masih tak dapat.
Sikit punya banyak lah orang.
 Aku lebih suka kerang rebus dari bakar.
Sebab isi kerang bakar sudah kecut.
I hate kalau benda benda makanan yang boleh menghilangkan rasa manisnya.
Tapi kebulur punya pasal, aku bedal seko dua jer kerang ni.Hahaha..tipu.
Kuah atau pencicah untuk food kat situ memang terbaik dari ladang.
Sumpah sedap.
Hah, yang baju putih ala ala cute lewat lewat ashaari tu kemal.
Dia ni sepupu aku.
Dia memang suka hang out ngan adik beradik aku.
Kira hari tu pengganti Sayam aku lah untuk makankan sayam aku punya food.

Ha, budak yang gigi rongak nilah paling gembira.
Dia sekarang ni sudah dogil.
Kalau nak amik gambarnya, kena curi curi.
Kalau suruh dia berposing, ha...dapatlah gambar seperti ini.
Sebelah budak kecik tu fara.
Ha...Alili kalau dengan fara, memang akan duduk senyap senyap macam kucing.
Sebab fara suka jegil jegil kat dia.hahaha...tapi alili duduk diam dalam 10 minit jer.
Yang selebihnya, main pindah pindah tempat duduk.
huiii...kan..
 Ha...kan aku cakap, dia buat buat baik jer.
Sekarang Alili sudah sekolah.
Bila kita tanya, alili sekolah kat mana dia jawap Smart Reader Kids dekat white coffee.
Padahal kat sebelah old town white coffee kat Sri Manja.
Satu hari aku dengar Alili berborak dengan Sayam.
Alili: Uncle, uncle pandai cakap Cina tak?


Sayam: Huh..mana Uncle pandai...kenapa Alili pandai ker?


Alili: A'ah. Alili pandai cakap cina.
(Aku pun toleh lah kat alili wow...cepatnya budak ni boleh cakap cina) aku berkata kata dalam hati


Sayam:Ha...cuba Alili cakap Uncle nak dengar..


 Dengan selamber dia cakap
Alili: Kong Si Pa Cai Uncle....

Ha....kejam kot.Aku terus gelak sakan.Sayam kena kelentong dengan Alili.Lepas siap tanya, unlce nak dengar cakap India pulak...Ha...Sayam tak layan, ha..padan muka budak tu

 Semua sabar menanti food.
Kak cik siap pakai uniform keje.
Hoaaa....Aku sorang jer single hari tu..
 My SIL & Bro.
Dorang asyik meratah ketam & kerang bakar.
 Alili & En. Crab bakar.
Ok, kedai ni..menunya..semua bakar.
Aku pun hampir terbakar hati coz dah la table kitorang duduk betul betul belakang bara.
Lepas tu panas Bak kata adik aku, sambil makan sambil kita ber SPA

Order malam tu,
Ikan jenahak panggang,
Ikan pari bakar
Sotong bakar
ketam bakar
Kerang  bakar
Soto & nasi untuk semua

 
 Ha....inilah pinggan pinggan yang kitorang gunakan.
Memang banyak.
Sama banyak dengan tisu.Ha...sekali lap peluh la tu kan..
Dalam pukul 945pm kitorang beransur.
Aku nak kena pick up Sayam kat Shah Alam.
So, bila sayam masuk kereta...eh...kenapa korang semua bau Ikan bakar?
Hahahaha...memang kitorang bertiga bau retung.
Asap ikan bakar Jeram dah ikut balik KL.
Otw, lepas hantar adik aku kepangkal jalan,
Sayam cakap dia belum dinner.
Kantin tutup masa dia kerja tadi.
Ala....kesiankan..
Jom..kita pergi makan aku simpati.
Tapi...kat mana ea?Aku tanya..
Erm....dekat dengan rumah kita la...kat situ ada ikan bakar..
La....Sayam pun teringin nak makan ikan bakar rupanya..
Ha...nasib baik ada ikan.Sebab kedai tu ramai pelanggan.
Ok, Apa apa pun terima kasih pada Arul coz belanjahari tu.
Dan pada mak, semoga panjang umur, & sentiasa dilindungi oleh Allah swt.
Deklah Sayang Mak..muaaahhh..

4 ulasan:

FairyLilly berkata...

amboi bukan main korang makan ya. Sotong bakar nampak mengancam

Liza berkata...

happy birthday to your mom, tpt mkn ikan bakar tu dah dekat sgt dgn rumah mak k liza

Mimy Hamid berkata...

sampaikan ucapan besday kat mak ko yer...moga pnjg umur murah rezeki

daela berkata...

fey-aah fey...sodap ikan jenahak & sotong nya...

kak liza-ye ke....kalau jalan jauh sikit sampai kg.dila...

mimy- thanks nok..nnt aku sampai kan ea...