For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 27 Januari 2011

::Setabak Pyramid dengan Makpiah::

Nama Tipu: Along bukan Ah long

Nama Gelaran: Anak Mat Jan
Kenderaan masa dulu: E pangkah 5. (Minah raydos)
Status: Ibu beranak 1, dan nak masuk dua(bila bila masa jer ni)
Pangkat:Ketua Pengganas.
Job: Kaki Pukul
Spouse: Fayeed Al-Saad
Sinopsis: Dulu masa sekolah teramat jahat dia ni.Tu sebab aku panggil dia Ketua Pengganas.Kalau boleh dulu dulu sekolah dibakarnya..ha..tinggal tapak terbakar jer lah sekolah tu sekarang(itu kalau dia bakar..tapi dia x bakar..hatinya jer terbakar).Paling kuat ponteng sekolah.Suka suka datang sekolah sebab kena paksa dengan kawan kawan.Lepas tu belum lagi waktu balik, dia sudah ada kat rumah.Tapi itu dulu..sekarang sudah baik...sudah menyesal..hahahaha...gelak syaitonirojim..
Nama Tipu: Kissmewanie(hee...geli aku tau )

Nama Gelaran: Punk
Kenderaan Masa dulu:Pinjam Moto Bapak
Status: Ibu beranak 4
Pangkat:Assistant Sahaja
Job: Jual Besi Tajam Kat area KL
Spouse: -
Sinopsis: Dia ni suka melaram time kat sekolah.Orang lain semua pakai public phone(zaman itu).Dia sudah ada henpon botol air.Gila famous kot sebab hand-phone lepas tu kena rampas ngan Cikgu Mah.Paling awal kawen.Dan anak dia sudah darjah 3.Paling terus dia ni suka gelak sampai semua orang akan pandang pandang.grrrrrr....
Nama Tipu: Jaja Shi Shi

Nama Gelaran: Anak Sidek@ Aja Tonggek
Kenderaan Masa dulu:Sama macam diatas.
Status: Ibu beranak 2
Pangkat:Pun Sama. Assistant je.
Job: Tukang kira wang
Spouse: Nijam
Sinopsis: Dia ni suka menyanyi, menari.Dulu dulu kalau ada apa apa berkaitan pasal ni, semua dia nak ceburi.Tamak gila.ke..gila glamour?hahaha.Suka tiru gaya artis macam DIVA Ziana Zain.Dia paling riuh kalau time nak pergi sekolah.Kalau tiru gaya gaya orang yang dia berkenan nak kutuk pun dia hebat.Sekarang dia dah tak kutuk orang dah.hahaha..
Nama Tipu: Cik Jana yang dah perasan konon konon CIK sangat la tu..

Nama Gelaran: Janaton
Kenderaan Masa dulu:Bapak belikan moto E pangkah 5
Status: Ibu beranak 2.Bila nak tambah ni?Ngeh ngeh ngeh..
Pangkat:Assistant No.3
Job: Tukang kira stock kat kedai Ubat
Spouse: Zamani Slam
Sinopsis: Dia ni suka ikut kawan kawan.Masa dulu dulu la.Pernah dulu kena kejar dengan parang sebab malam malam buta sebuk nak pergi joget lambak bersama sama ketua pengganas.Dulu sangat sangat kurus cun melecun.sekarang sudah tembun banyak.Suka mencekik & kuat mencekik.Nasib baik masih cun.Kulit dia tidak pernah dijangkiti jerawat.Halus jer..(macam iklan nescafe)
Nama Tipu: Daela, deklah

Nama Gelaran: Tiada.Sebab aku baik
Kenderaan Masa dulu: Menumpang.Lepas tu baru bapak belikan EX5 jugak
Status: Isteri
Pangkat: PA
Job: Tukang Jawap Soalan soalan matematik
Spouse: Amy the General
Sinopsis: Agak pendiam.Suka ketawa.Agak nakal masa sekolah dulu.Paling teruk bila kena tangkap joint budak budak lelaki kat kelas main duit..(kira judi gak tu)dia tak joint.Tapi dok leka bagi sokongan moral kat kawan kawan.Sekali kena libas ngan cikgu jugak.Tak pasal pasal sorang jer pompuan berdiri sama dengan budak budak lelaki.eeeiii..malunya masa sekarang tengah type ni.Ketua tingkatan yang paling best bak kata budak budak lelaki kelas aku.Mana tak nya, ketua tingkatan pun joint lari dari kelas tambahan..hahahaha..Agak menyesal dengan sikap yang lalu.Harap harap anak anak KITA tak jadi macam kita...adehhh...
 Adeh..korang, aku gelak gelak sendiri.
Bila baca apa yang aku tulis ni.Ini semua kisah silam kitorang.
Ada 3 orang lagi yang aku tak taruk kat sini.
Ha..sapa suruh tak datang kan?
Bukan main susah nak suruh dorang ni berkumpul.
Nama duduk Satu Taman.
Tapi..mak aii...susahnya..
Tapi, kitorang masing masing memahami.
Sudah ada keluarga.Sudah ada tanggungjawap.
Jika tak dapat datang tu, di maafkan.
Baik bersikap pemaaf dari berdendam.
Baik bersangka baik dari burukkan?
Macam biasa, adik ketua lanun Elin, Kakak Tentera Rehan & Mak itam Amaz tiada.
Kalau ada..best betul berkancah.
Kitorang ni kalau melepak, memang tak boleh jauh sikit dari kawasan jajahan.
Nak pergi jauh jauh buat apa kan?
Kata rumah dekat dengan Sunway Pyramid?
Jadi..berbondong bondonglah kitorang kesana.
Tidak ada yang me-raydos macam muda muda dulu.
Semua dok pakat pakat menumpang.Kata sekawan sejajahan kan?
Punk jer yang runner sendiri.Dia sudah pindah dari kepompom katanya.
Ye la sangat tu.Tapi tetap kena balik ke situ jugak.
Dah Uncle Jamal masih duduk sana kan..Harus lah..balik juga..
Time ni kitorang tengah bincang bincang pasal next reunion.
Hai...bertuah badan.
Kali ini reunion telah di sponsor oleh CIP.
Cip mana?CIP MORE kot?
Malam tu, dia datang..tapi dia malu malu kucing nak bergambar.
Sebab dia ni lagi pemes dari kitorang.
Sampai Ketua pengganas nak jadi hang cangkul..ataupun hang kebun.
Dia kata, aku boleh jadi pak pacak, tapi kena slim balik macam masa muda.
wowowowo...hampeh jer kan..
Cip lepak tak lama, lepas tu dia kena pergi KL..
Katanya kena jadi pak pacak lagi..dem la ko kan..
Aku ngan cip adalah rakan baik.Sebaik sekarang.
Tidak pernah bermusuhan.
Sebab itu sampai sekarang Cip akan ingat aku walaupon aku dah montel.
Walaupun aku dengan Cip tak sekelas, tapi cip suka melepak dengan aku.
Kalau imbas imbas kembali zaman cip masa sekolah dulu, cip lah paling rendah.
Cip lah paling comei.
Sekarang cip dah tak comei.hahahaha..

My best friend masa dulu kini & selamanya.
Kitorang ni berkawan sejak dari umur aku 9 tahun.
Now dah masuk 30an.woaaaa..sudah tua kalau ikut angka.
Tapi masih muda..huii perasan.
Sekejap jer sudah berputar kan?
Dulu masa kecil kecil, main tanah main pasir
Dah remaja..merendek naik moto.owh..dia juga yang ajar aku bawa moto.
hahaha..jana..ko ingat tak..kalau aku tak hadang moto aku dulu..ko mesti dah masuk sungai kan?
huh...scary sekejap!!!
The mommies.
Bukan mummy return ya.
Time time nilah dorang dapat free dari anak anak & suami.
Sekali sekala best juga dengan bebelan si ibu ibu ni.

 
Ha..ini food ibu mengandung.
Layan coffee sambil makan ni memang terbaik.
Dan menambah berat badan.
Lepas saja Punk balik, oh ya..dia balik dulu.
kitorang memyambung sampai kedai nak tutup.
Ha..masih tak habis meeting,
sambung kat kedai char kue teow di kawasan jajahan.
Bertapa kebulurnya ibu ibu ini rupanya.
Titiba teringat punk cakap...
"sapa sapa free boleh la joint dia swin kat DP, excessive kat GIM rumah dia.
woaaaaa....lemak harus dilupuskan.."
Kemudian, Hubby Along sampai,
wah....
"makcik, Sayam kamu cakap hari in persatuan isteri isteri kita mesyuarat"
hahaha..Sayam aku sudah bagi tahu laki along..
"Sasah bini aku tak masak kat rumahkan..." fayeed cakap lagi 
hahahaha..

Kita tamatkan entry ini dengan penuh nilai murni persahabatan..


5 ulasan:

attyfir berkata...

seronok daela dpt jumpa lagi geng2 masa sekolah ..

Mimy Hamid berkata...

yer dila mmg best ..lagi lagi jumpa kawan segeng sekepala camni...begitu juga aku....

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

Biasalah tu, geng dulu best-best.Semua kepala gila-gila. Bila dah kahwin semua dah hilang taring. Cam akak jugak, kat sekolah samseng tahi kucing.

lily lotus berkata...

cantik2 semuanya walaupun dah 30 thn...

daela berkata...

kak atty-akk, facebook menemukan kami semula...heeeee...

mimy-ha...tau pon ko nok..ni kwn2 aku gila2 masa sek dulu2..

kak ina-kakakakkaa..betul tu kak ina..semua dah jd kucing jer skrg ni..

kak lily-kakakkaa...titiba rasa dah tua..sbb dah 30thn...:)heee..