For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 21 Disember 2011

Cream besarkan buah tutttttttttt....eh bukan!!

Hai...Assalammulaikum..

Today nak share satu benda yang baik untuk orang yang mengalami..
tumit yang pecah pecah.
Ye...ini adalah masalah orang yang macam aku.
Tumit kaki aku tak boleh kena simen.
Tu sebab rumah yang sekarang aku duduk pun kena pasang tile.

Info ni Sue yang kasi.
Harga benda alah ni kat pasaran rm29++
Disebabkan Year End Sale aku beli..dah dapat discount
Aku beli arround rm23++.
Ada juga dalam size kecil.Korang beli lah yang kecik dulu..
mana tau tak serasi kan...kang..korang cakap aku ni penipu pulak.
Ok..selepas guna 3-4 hari...tumit aku kembali normal..Alhamdulillah.

**kadang kadang, nak pergi rumah sedara mara pun susah. kena standby selipar bagai..grrr!!

Isnin, 19 Disember 2011

Ketulenan Pearl yang baru aku pelajari...sila kongsikan kalau ada cara yang lain..

Haiii...Assalammualaikum korang...rindu saya ke tidak?
Hik hik hik..(ketawa sambil tutup mulot kan..)
Skema kan..ber saya saya.
Ok, Gelang Pearl ni girlfriend abam kat Ladang getah yang kasi.
Memula bila abam bawak balik kan...aku merajuk.
Panjang jer muncung aku tau.kah kah. cemburu kuat kan?
Girlfriend abam bagi satu set sebenarnya.
Aku ni..korang tau jer lah..hati kental. 
Jiwa ganas, mana boleh pakai perhiasan yang macam gini kan.
Lama juga tersimpan kat dalam almari kan..
Itupun nasib baik aku simpan.
Kalau angin Pembalasan Si  Pitung sampai..
Terus buang kan..?
Lagi pun girlfriend abam yang kasi ni dah mak mak dah.
Dia bagi hadiah kahwin kalau korang nak tahu.
Sweet jer kan.Abam dia kasi butang baju melayu. Pun ada Pearl juga.

Aku adalah sorang yang suka membaca.
Suka tengok tv jugak.
Kenapalah info ini aku boleh tak tahu.
Aku nak tanya korang...korang tahu tak...
Macam mana nak test ketulenan Pearl yang di jual.
Kalau dah harga yang ribu ribu tu..dah sasah lah tulen kan.
Maksud aku ..yang cikai cikai tapi harga agak mahal untuk orang biasa macam aku.
Tak tahu????
Lagipun pearl ni orang yang kasi..takkan aku nak claim ori or tidakkan?
Haruslah tutup mata..terima dengan redha.

Ok..tips yang aku belajar ni dari Puan Watie.

Korang lagakan pearl tu satu dengan lain.
Gesek samapi keluar habuk habuk putih.
Lepas tu korang lap balik.
Tengok, kalau Original, dia akan kekal dengan kilatan pada biji pearl.
Kalau local, hah...sama macam beli manik lah.
Tertanggallah kulitnya kan...so korang boleh compare kan..
Sila cari mutiara yang dulu dulu yeeehaaaa...

























Ok, ini adalah iklan.
Dah lama boutique ni sunyi sepi dari sebarang entry.
Bukan apa...kitorang busy buat market face  to face lagi best.
Seronok jumpa customer secara live kan..
Ok..yang pasti, shawl yang aku & sue jual adalah jauh lebih murah dari penjual yang lain.
Jangan kata kualiti lain atau apa?
Sebab...Dorang pun ambil di pemborong yang sama...

Apa lagi..Jom terjah Stylish De Shoppe sekarang:)

Ahad, 18 Disember 2011

Ahad yang Sengal!

Haii....

Assalammualaikum..bersiaran petang ahead adalah satu yang mengkagumkan.
Kann...pelik jer kan?












Eh...ok lah, aku nak sambung berehat ni.
Babaiiiii...

















**baik tak payah update kalau macam ni Kau update kannnn?

Jumaat, 16 Disember 2011

Gila Babeng dengan Dorang ni...Badan semua lawo lawo..jeles mak nok..



Amboi korang kan..
laju jer terjah.
Aku suka lagu jer..
Nak feel berbolen bolen macam ni memang lah tak.
Bergegar lemak you.
Tapi kalau kat rumah tu, boleh lah dance dance sambil pecah lemak.
Lagi best time kemas kemas rumah kan.
Ok, selamat berdancing guys....daa...

**kalau body macam penari penari nih...terus riak...gulp!!! donia donia..

Khamis, 15 Disember 2011

Ter Dating dengan kembar SOFEA..eh..bukan aku yer..tapi kau..!!!

 Huargggghhhh...hoi, tutup mulut bila menguap yer...
Kah kah kah..Assalammualaikum..
Aku tengah lemau ni. Ada banyak benda nak mengumpat.
Ada banyak cerita nak kasi tau.
Tapi tu la...aku ni memang suka macam gini.
Time bersemangat...sehari 2-3 entry.
Tengok jer hari ni...suram muram blog kan?
Sambil kepala pusing pusing ni, jom layan ice cream secawan besar.
Kat office aku ni cakap jer apa yang nak makan.
Sure...ada jer bahan nak dimakan.
Lepas dah makan...sental ice cream..
lepas tu, baru nak sedar yang kain baju dah tak berapa nak muat.
Baru baru ni aku terdengar cerita pasal blind date.
Apalah korang ni..
Aku ni dah tua bangka...apa barang nak berblindate bagai.
Kang kena silambam dengan Abam sampai patah tulang kang..
Ha...sebut jer pasal blind date kan..mesti korang senyum senyum sendiri
sekarang ni kan..?
Mesti ada yang kena mengena dengan korang yer tak..?

Nanti you pakai baju bunga bunga warna Putih tanah baju hijau.
You pulak pakai jeans kaler biru ngan baju kotak kotak warna purple.

Ha...betui tak?
Sempoi kan dulu dulu.
Jumpa nombor phone,
lepas tu, call..kakaka..lepas tu arrange nak jumpa kan.
Kalau terjumpa marka yang sedap mata memandang..teruih nak buat calon bini.
Terjumpa yang gemuk macam aku ni..terus lari lah gamaknya..hahaha
-Gambar tiada kena mengena-
Aku pun ada blindate jugak.
Dengan Abam lah..dengan orang lain pernah jugak.
Tapi aku setakat peneman ja.
Aku ni mana berani nak berblindete bagai.
Abang aku garang. aku "adik" abang. jadi setiap pergerakkan ,Abang aku tau.
So, aku tak rasa nak berblindate sesangat.
Tapi kawan aku ni galak.
Setiap kali nak berblindate mesti ajak aku temankan.
Aku ni dah la pemalu.puii la kannn...
So, bersiap siaplah kami berdua. 
Aku entah macamana entah berat sangat nak teman kawan aku tu.
Tapi..sebab kawan, aku pun hantarlah dia kat KFC luar di Sunway.
Kawan aku ni muka ala ala Bunga April. So..ada market orang nak mengorat.
Aku memang muka peon ja. jadi tukang hantar.

Aku kalau jadi tukang hantar kawan aku tu, aku tak lepak dengan dia.
Aku akan duduk jauh jauh peratikan saja.
Kot kot Orang yang nak jumpa kawan aku tu nak culik kawan aku ka kan..
Boleh aku menjerit mintak tolong.
Aku dok jauh pun kawan aku kena belikan aku makanan jugak..
Kira makan free lah sekali tu kan..ahaha
Kawan aku ni nakal sikit. Dia kalau blind date, mesti dia pun tipu orang tu juga.
Kalau dia kata nak jumpa pakai baju Biru, mesti dia pakai baju selain kaler biru.
Jahat kan..?

Nak jadikan cerita lah kan..kawan aku cakap Mamat yang dia nak blind date ni Rockers katanya.
Ok lah..aku pun minat dengan Amy Search & Wings.
Iron Maiden pun aku layan jugak.walaupun lagu sepatah haram aku tak tau.
Sekali kau.......................
Masuklah 3-4 orang lelaki yang ber IMEJ rockers dalam KFC tu.
Aku terus telan air liuq. GULPP!!!
Dorang tu semua macam tercangak cangak mencari seseorang.
Aku cuak weii...hahahaha...aku takut kot kot dorang tanya aku kah orang itu..
Tapii...aku memang bukan yang dorang agakkan.
Dorang terus menuju kat kawan aku..
Kah kah kah...kalau dulu dulu ada henpon canggih..terus aku upload status FB macam ni.
"Terblindate dengan ahli kumpulan SOFEA..nasib kau la.."
lepas tu terus Upload kat You tube muka cuak kawan aku tu...hahahaha.

Yer uoll. Kawan aku terus cakap dia bukan orang yang dorang cari.
Nasib baik lah...dorang tu percaya uoll.
Kalau tak percaya...ha....duduklah kau kat situ Cik Salmah oiiii..
kan?
Bukannya apa uoll, kawan aku tu dah la janji nak belanja dorang tu makan.
Maunya tak meraban dorang tercangak cangak.
Dah la datang dari jauh. Kalau tak silap dari luar Selangor.
Kesian gak kan..
Tapi kawan aku tu tak boleh nak terima pulak.
Tapi memang yer la...Agak agak lah..
Bila nak berjumpa dengan orang.
Sekarang zaman modern.
Kalau pakai baju Loudness tak der lengan,
Pakai gelang hitam, seluar stock kulit bas lama, rambut kembang..
Memang lah orang takut. Usah kata dia...Aku pun takut.
Umur aku dengan kawan aku tu masih mentah masa tu.
Masih mentah untuk memilih yang mana baik yang mana buruk.
Sebab bila tengok yang lain macam terus berprasangka yang bukan bukan.

 -Ini kumpulan Sofea-tq encik google

 **Usah memandang seseorang dari luaran sebenarnya...berprasangka baik pls.

Rabu, 14 Disember 2011

Burger The Best in Town...kalau korang try sekali, pasti beli lagi..hampeh la weii..aku dah terjebak dengan burger nih!!

 Woahhh...Tajuk memang sangat mengujakan.
Tapi betul. 1st time aku tengok dalam TV dah jatuh cinta.
Baru tengok dalam TV ok. Belum pernah makan lagi.
See...?Pengaruh tv sangat berkesan.
Rancangan ni aku tengok dalam 8TV kalau tak silap.
Tajuknya Best In The World.lebih kurang gini lah tajuknya.
Dengan pengacara yang tak berapa nak popular..tapi kelakar.
Tu sebab aku tak ingat nama pengacara tu sekali.
Dah nama boring teramat sangat, baru tengok tv.
Boleh macam tu? Padahal aku kaki tengok drama.
Tapi selalu drama yang ada Fasha Sanda paling aku soka...
Puiit..tapi betul apa.
 Ok, lokasi kedai sangat mudah dijumpai.
Kira area area Subang Jaya jugaklah.
Sapa sapa yang tinggal jauh tu...maaf lah ea.
Kang kalau korang termengidam pulak..dah aku yang berdosa.
Aku tengok yang jual burger ni muda muda belaka.
Memang gigih dan rajin.
Dorang ni berniaga guna lori kecik je.
Berniaga dari 6pm-4am.
Isnin sampai Sabtu. Ahad cuti.
Jangan mengada ngada korang datang cari. memang tak ada.. kui kui kui..
Sapalah yang pernah terkena tu kan..? Macam aku jer..kah kah
Ada sapa sapa yang biasa kat Public Bank Subang Jaya tak?
Ala..yang satu row dengan Baskin Robin lepas tu hujung dia ada Mc Donald tu.
Tapi kat situ kan..semua oneway.
Korang kena lalu belakang semua semua tu.
Lepas tu baru jumpa Lori dorang..hehehe susah tak?
Rasanya kan....ermmm...kalau dah beli mesti nak datang lagi.
Memula aku macam tak percaya. Mitos lah kononnya..ahaha.
Tapi betul lah korang.
Memang akan datang beli lagi lepas tu.
Terbayang kuah cendawan black paper yang melempah..
Isi daging ayam yang sedap..roti yang lembut..
Arggghhh...buat nak beli lagi malam ni.
Hahaha..harga untuk burger yang aku tunjuk ni,
Rm3.50. Ni namanya Ayam Cendawan
Lamb pun ada ok..tapi tak pernah try lagi.
Pastikan bila datang nak beli..kena banyak banyak bersabar.
Sebab kalau tak bersabar...korang boleh lah beli kat tempat lain.
Customer dorang ni melambak lambak.
Panjang jer kena Q nya...
So..apa tunggu lagi..malam ni boleh lah mencuba..

**Kalau makanan yang sedap & murah..best nak ajak korang singgah.kannnnn......!!

Bercuti ke Empire...setelah berjalan hampir 1 kilometer..Sayang lemak aku terbakar..grrr

Hak eleh...mentang mentang sekangkang kera kan rumah ko..
Asyik muka kau ajelah yang bertandang kat Empire ni kan..?
Ini mesti orang orang yang dah biasa tengok muka aku ngan Abam sound dalam hati.
Nak nak pulak budak budak dalam kedai ni kan.
Puii la weeiiii.
Setakat keluar masuk, belek belek lepas tu blah..memang orang kenal sangat.
Yer..muka tak berduit macam muka kitorang. ahaha.
Sorry lah..Nak snap gambar kaki Abam..
Tersnap punggung pulak.
Seharusnya nak crop, tapi ter upload jugak.
Hahaha
**Spot Abam pls**

Nasib baik Abam rasuah aku dengan makan nasi kandar kat PJ state.
Ya amat sedap. Sampai menjilat pinggan.
Jari pun jadi kuning, bukan akibat kunyit..tapi karinya.
Hohoho..senang hati. Tapi sebelum tu..
Hah ko, lebih 1 KM setelah berulang alik ditempat parking dan kawasan yang dituju.
Gila babas...parking kubik semua penuh.
Abam memang saja nak dera aku.
Nak suruh pecah kan lemak kalau berjalan jauh sikit.
Kang main park merata, siap lah kau..kena saman dek MBPJ.
Jadi..terpaksa park kubik kat Hotel Singgahsana PJ.
Nak pegi pulak kat Pawagam lama kat PJ State tu..
Lenguh kaki aku turun naik jejantas.
Dah la membawak beban hampir sama dengan anak gajah.
Huuuu..nasib baik tak pakai kasut tumit seruncing jari kelingking.
Kalau tak....tergelincir masa turun naik tangga hahaha
Aku paksa Abam tahan teksi wei, tapi dia tak nak..kedekut...
Selesai urusan kat sana, Abam ajak dating lagi.
Lemak dengan dating kan. Haha.
Lepas tu pokai. Ini lumrah..
Sebab tak der kredit card.
Kalau ada...aku rasa kan..muflis mungkin?
Berlegar legar dalam ni je dah lama.
SA pun naik bosan nak layan. last last suruh cari sendiri.
Terus buat kedai ni macam sendiri punya.
kah kah kah.
Membeli atau tak...aku malas nak cakap.
Kan...? mungkin tak beli..
Sebab size yang nak semua tak ada.
Maklumlah...size aku semua XXXL
hahaha...

**Belajar dari kesusahan adalah satu kebaikan dimasa akan datang..
 

Selasa, 13 Disember 2011

Owh..kat kaki beli beratus ratus kau mampu..kat kepala kau berkira..hah sampai mati aku ingat kata kata kau kak..

Pehhhh...Assalammualaikum..

Mak masih ingat kata kata kawan lama mak..
Kata kata yang buat mak ingat sampai mati nok..
Uhuk uhuk..mak tak nak cakap sesiapa.
Tapi, mak nak ingat kan diri sendiri sebenarnya.
Hari tu..mak pergi jenjalan kat Subang Parade.
Kengkonon nak tinjau tinjau tudung untuk adik mak kahwin nanti.
Mak bukannya tak mo pakai yang shawl shawl yang warna warni macam diatas.
Muka mak dah la bulat macam pinggan.
Kalau pakai shawl kan...haaa...comel je..penuh kebulatannya
Terus hilang muka bujur sirih aku..
Padahal..kah kah

Ha..tudung kat sini standard class bawahan macam aku.
Walaupun gantung gantung macam gini..masih aku mampu nak membelinya.
Tapi aku memang tak berapa nak berkenan jugak..tudung ala ala Tok Ti 
Pernah beli...terasa macam mak datin pulak.
Segan dok bagan sendiri..haha
Pusing punya pusing dalam kedai tu, aku terjatuh cinta kat satu tudung ni.
Aku belikan untuk emak aku.
Kengkonon nak seprise..
Tapi aku bukan boleh buat seprise kat mak aku.
Kang bila bersembang non stop jer mulut ni bercakap.
Walau pun call sekejap katanya..
Itu yang terkantoi tu kadang kadang.
Dah kena hantar pergi rumah mak pulak kan..tudung baru tu.
Lepas tu, mak aku terus jer..pakai.
Bayang kan la...tudung hijau..baju warna kuning pisang..
Dah kira in jer kot. Mak mak..
Itu yang buat aku makin sayang kat mak tu..

Ha..ni pulak untuk aku. 
Bab warna memang lah tak pilih yang Abam tolong snap kan ni.
Sebab terlari pulak temanya.
Semua warna tak tentu arah.
Tapi kan..aku ada pergi kat Kota Damansara satu butik Tudung ni..
Harga tudung jer rm4-5 ratus..
Wahhhh..pitam sekejap.
Tapi bila teringat kata kata kawan lama aku tu..
terus rasa ada betulnya..
Tapi...aku tak mampuuu...

**Kadang kala, kena ukur segalanya pada badan sendiri..kalau mampu, buat cara mampu.
Kalau tak mampu berhutang. eh..

Jumaat, 9 Disember 2011

Seharian tak makan, lepas order...Ada pulak tak kena..huuiisssshhhh

 Hai korang..Assalammulaikum..:) Selamat petang..

Akhirnya...selesai juga entry sambung sambung aku tu kan?
Rating naik banyak juga...tq pembaca yang kusayang.
Hari Ahad tu, adalah hari megemas rumah sendiri pulak.
Setelah berhempas pulas kat rumah mak kan.
Laundry kain baju yang berlambak lambak.
Sapu sapu sawang..hahaha..mesti korang bayangkan kesepahan rumah aku kan..?
Tinggal dengan seorang yang sangat pembersih...mampukah...hidup dalam bersepah??
Memang nak makan sound-an pedas mengalahkan cili padi cubalah...kah kah
Dah kata weekend kan..
Letih tak larat nak masak.Alasan:)
Lagi pun semua barang barang basah semua sudah aku angkut buat pesta kat rumah mak.
Nak masak apa pun tak ada. Bihun nak goreng dengan ikan bilis mungkin lah.
Tapi...kemalasan lebih menguasai..
Jadi..Kami ke Sebuah pasaraya di Jalan Klang Lama.
Sorry, pasaraya tu nama macam pelik sikit.
Aku malas nak ambil pot pun nak mengingat apa kenamanya..
Bila masuk...korang tahu je lah.., pasaraya baru.
Separuh sesat mencari food courtnya.
Last last jumpa dekat dengan Area Tesco.Dalam tu ada tesco ok..besar jugak..

 Nak makan apa pun tak tahu kat situ.
Pusing pusing tengok ada Subway. Itu jer yang best.
Tapi..tekak aku teringin makan Pizza Hut.
Since bulan puasa hari tu terbabas nak makan Pizza Hut.
Padahal..Dominos ngan Papa Jones tu sama spesis jugak aku rasa.
Dua dua jual Pizza.
Lepas tu abam cakap jom la kita g Midvalley.
Kat situkan ada Pizza Hut.
Aku yang selalu rasa semak nak kesana terus berbunga cinta.
Sebab kebuluran. Seharian tak makan.
Mak suruh bawak tapau pun aku tak ambik.
Kengkonon nak pergi breakfast lah hajat nya.
Namun hharammmm...Yes..parking pun macam memahami.
Senang jer dapat tau...mak senyum gumbira.
Yeyehh...dapat makan pizza.
Tapi, pizza yang di order sumpah kureng sedap.
Order yang Masala Pizza kot.
Ouiii...rasa kari la pizza ni.
Aku makan sekeping tapi dua kali.
Lebih..abam habis kan..Ha...nak sangat order masala kari ni kan?
Haha..Lepas tu mulalah shopping mata.
Semua tengok macam nak beli.
Bila rasa nak beli..macam tak berkenan pulak..
Tak per..tak per...Isnin(lepas) cuti..
Kat mana kita nak ukur jalan lagi ea Abam?

** Cemburu dalam diam sangat bahaya. Jangan selalu ikutkan cemburu..nanti lesu.

Nah, aku ikut kata kata..hanya sekeping aku letak..korang kaya..mesti boleh lagi best dari yang ni..heeee...:) Aminnn

Morrrrnnnnninggggggggggggg........................

Assalammualaikum...woahhhh....syok kan kalau masih tenang tidur kat rumah.
Golek sana..golek sini..Aku minggu ni kesepian. Abam menoreh waktu Amareka.
Sebenarnya...mak malu nak bercerita.
Ipad ini bukanlah hantaran mereka.
Itu semua wayang je.
Korang mesti cakap...eh..apa pasal hantaran mereka macam sama je?
Memang sama pun. Cuma bunga & warna jer yang berbeza.
Aku pun pelik jugak masa dorang deside nak sama.
Dah macam kurang idea ke korang ingat aku ni..kan?
Tapi...budak degil berdua tu, nak jugak.
Lagi pun teramat jimat buat sekali harung macam ni.
Meh aku bagi tau..costing nya.
Ini esteemed kos yang aku boleh anggarkan...untuk 22 biji bantal adalah :

Kain cotton Pink   RM 5 x 5 Meter
Kain Cotton Black sama macam diatas
Isi perut bantal 1kg bersamaan RM25.Beli 3kg
Beli manik manik bagai arround RM 20++
Bunga bunga keliling termasuk dawai arround 100++
Ha...mahal ke murah yek?
Bagi aku , lagi mahal kalau upah kat orang kan..
Sebab ini jer baget yang dorang ada.
Aku kalau boleh nak buat yang terbaik untuk dorang.

**lebih baik buat dari hati dari perasaan. Sebab bila ikut perasaan ada kekurangan..Bila ada kekurang, terus rasa nak ketamakkan..alamak...apa yang aku merepek ni???

Khamis, 8 Disember 2011

Out Door - Last Picture & story sudah..dan...Sesumpah Sengal Pun Tak Macam Korang ...kakakaka

 Olaaaa...Assalam..Selamat Petang.
Aku malas la nak type panjang panjang berjela..

Nah.. Kalau korang rasa sesumpah sengal...dorang berdua ni lagi sengal.
 Amboi....pinjam ipad satu weiii...kui kui kui..
 Orang gilak...Ada ke ber-ipad lepas tu buat muka sengal??? kauuuu ado??
 Pose sopang santung...puiii
 Cover perut sikit dik..
 Eleh...itu semua wayang...macamlah nak sangta ketaman berbaju melayu kan..?
 Jaga jaga Cik Salmah..atas kayu ni penuh kerengga...
Posing punya pasal...kerengga gigit bontot kau pun kau rela kan dik...?
hahaha..

**Akhirnya...tamat jugak cerita adik aku ni...
Haaa...korang mesti kipoci nak tahu apa hantaran Kak Cik untuk adik aku kan..?
Esok aku review 1 keping gambo jer.
Kang korang termimpi mimpi pulak...hahahaha..

Out Door - Ini Out door Adik aku ke...kitorang ni?? konfius ke camera man?

 Peeewitttt....See the tajuk enrty lah kan..?
Poyo seantero kot.Opppsss...Assalammualikum semua..Selamat sejahtera.
Lepas jer parking kereta, geng sawan semua melangkah longkang besar.
Kalau korang nak tahu...Adik aku pilih nak bergambar di Subang Jaya.
Tasek Subang Jaya. Aku mula mula suruh bergambar kat taman dekat dengan area rumah mak tu je.
Tapi...dia nak jugak kesana. Alahaiii...ikutkan jer lah.
Pembukaan mukadimah gambar je, dah muka sengal sengal.
Akmal Loy & Nina Carina dari Sepang.
Gundu & Abam dari Tempat jatuh dikenang..
Farid nak kata single sudah bertunang. Tapi..entahlah...banyak sangat peminat.
Motif aku pegang bunga tu...macam tah hapa hapa.
Kengkonon nak feel manja manja. Sumpah bunga yang aku pegang tu buat semak je.
Buat kena duri bunga rose je..
Ahaksss...Somel tak? Matiklah...Orang bertunang tengok picture ni.
Sebab gambar kakak nya dan sepupu sepapat yang hover.
Nasib bunga sudah bertukar tangan. Nina Carina pulak yang pegang. 
Nasib kau lah nina..tangan terkena duri pulak.
Keakhirannya...rose tu...aku ambil petal nya sahaja.
Lepas tu campak kat budak berdua sedang bergambar..
Mak aku pulak pesan suruh budak berdua tu jangan berpegang pegang bila bergambar.
Aku sebagai kakak telah melaser sambil berposing manja dengan Abam.
Hahaha..memang lah tak.
Tengok gambar kat atas ni jer...korang boleh tahu abam ni manja ke tak orangnya.
Berposing kurang sopan mengejek "ling" lah ni..hahaha..
33333...adeh..sungguh la...lama kot nak tunggu sampai 30k.
Aku pun bukannya blogger yang best.
Cerita pun macam suka syok sendiri.
Yang penting, aku tak pernah nak kacau kacau orang.
Aku pun tak suka hasut hasut orang..eh..apa aku melalut ni
Aku hanya suka bila tengok nombor ni.
Cantek kan..? nombor jer la...aku memang lah tak...

** warna mata kita seakan sama..namun..hati kita..memang berlainan.
Tak diduga & tak disangka..Subhanallah..:)

Out Door - OTW

 Yuhuu... Assalammualaikum..Selamat pagi uoll...

Sorry, pagi ni tak sempat nak publish cerita seawal pagi.
Autopublish ni selalu stuck..titiba masuk ke draft. sentap lah kalau selalu macam gini..
Hari tu, lepas je majlis pertunangan, laju jer sepupu sepapat aku yang sengal sengal tahap cipan,
mendesak aku supaya cepat cepat basuh pinggan follow dorang.
Abam dah menjangkit sakit kepala.
Memula abam tak nak pergi. Jadi..aku pun macam berat hati nak bergumbira secara solo.
Pergilah...Abam izinkan...what..??? terus aku tak jadi nak joint.
Puiiii..ini masa ayat abam tak nak joint.
Tengok gambo kat bawah kang cukup lah. Sapa yang sakit sebenarnya ni??kannnn...?
Ohya...Cousin aku ni baru jer dapat Extreme nya.
Dua dua pulak tu. Lagi best...dua dua warna kunin.
Terus rasa macam teksi...Yang kat depan tu bawak pasangan yang baru bertunang.
Yang ni pulak...pasangan dah lama bernikah.puii..
Cousin aku ni adalah kesayangan mak aku..
Jadi..kalau aku buli dia pun dia tak kesah.. hahaha.

Oo..em..giiii...Pipi Abam tembun..
Padahal aku lagi tembun. Abam ni suka hati jer pakai baju cousin aku.
Tulah..masa dulu dulu suruh jadi pulis tak nak.
Now...dah jadi tukang kebun..penoreh getah..baru terhegeh hegeh menyesal.
Tapi...kalau Abam jadi pulis..mesti kita tak kenal kan..?
Sob..sob..Memang lah tak sedih sangat.
Haha sebab kitorang berdua jadi penumpang.
Cousin aku jadi pemandu. Tu yang syok syok bergambar kat belakang.. kakaka..

Haha..hambik kau.
Berterabur kitoang masa ni.
Terasa bertambah kesengalan gambar ni.
Ada lagi...ada lagi..gambarnya..
Tengok sampai muntah lepas ni..Cuba cari di mana aku bersembunyi..
kah kah....

**Terasa kehidupan sekarang lebih bahagia...semooga Allah merahmati kami & anda semua..

Rabu, 7 Disember 2011

Edisi Pertunangan - Cerita kat rumah mak...tapi terselit muka tunang adik aku..maka..entry meminang dah habis...yahoo#

 Fehhh....Assalammulaikum korang..

Selamat petang...hik hik. tergelak aku sensorang.
Bila tengok selipar selonggok macam ni.
Bukannya apa...biasalah..kenduri kendara memang macam gini.
Kalau tak kenduri, selipar suku dari yang ini.
Selipar Alili jer dah 3 pasang. Itu stock kat rumah mak aku.
Belum stock kat rumah abang aku.
Btw, rumah kitorang kalau buat kenduri kendara..Insyaallah..ramai yang datang.
Terima kasih tetamu yang hadir jauh & dekat..:)
 Bakal pengantin ni..orang lain busy mengemas..
kecoh kecoh uncle aku lambat sampai,
Dorang relax main congkak. Aku pun baru ingat nak joint sekali.
Baru jer nak melabuhkan punggung joint sekali mak aku dah panggil..
Aku bengang la...sebab Abam cakap aku tak reti main congkak.
Ada ke patut???
Aku dulu siap korek lobang congkak sendiri kat tepi rumah.
Lepas tu bila dah habis main tutup pakai kayu..
kang mak aku cangkul lobang tu pulak..
Sebab dedulu mak aku garang.... sekarang mak sangat baik..
Aku sayang sangat kat mak..oppss..emo jap!!
 Cer korang tengok sepupu aku yang paling kecik tu.
Ala yang pakai baju warna kuda belang tu.
Nama nya Dania. Cuba korang tengok kat kaki nya.
Ada plaster. Yup..kaki budak tu terkena cermin.
Hui..banyak darahnya. Kesian kat dia.
Dia masuk bilik adik aku yang dulunya bilik aku.
Ada cermin yang uncle aku drill dulu.
Tapikan dah lama...dekat 5-6 tahun, bila Dania masuk..
Dia tepuk cermin tu...pranggggg...cermin pecah kena kaki.
Kesian Dania..tapi nak senyapkan dia senang..bagi jer iphone.
Terus senyap..lepas tu terus aktif balik..haha
 Masa ni make up semua dah lunyai.
Terutama farah. Aku memang buat muka sakai..tak main make up make up.
Sebab uncle aku salah info.
Masing masing ingat hari ahad bersamaan 4/12/2011
Bila abah aku call tanya..bila nak sampai..terus uncle aku terkejut.
Dan dan tu jugak segera datang.
Memang lah meminang sangat jauh uoll.
Rumah mak aku tingkat 6. Rumah bakal besan mak aku tingkat 7.
Kalau Besan mak aku berkaraoke pun boleh dengar woo...
Tapi itulah..lagi dekat lagi lah lambat.
Elok nak start lepas zohor..lepas pukul 3 jugak baru sampai.
Nasib mak aku memang beria ia masak kat rumah kitorang.
Kalau tak...haha..jawap sendiri
Peeewiittt...Hah sudah duduk dekat dengan besan.
kah kah.Aku cakap kenapa mak buat muka comei macam gitu.
Mak aku cakap..penat...jauh datang nya..
Yerlah tu. Ada ke patut mak suruh aku sarungkan cincin kat kak cik?
Aku memang lah tak nak. Kalau cincin orang nak kasi aku nak.
kan?
Haiii la letih...lepas tu rushing siap siap gi mana ea?
Hahaha. Memang letih...nasib baik ada teksi kuning.
Lagi best o..o..o.. lagi bestttttt...!!!!

**cerita merisik bagai, aku tak nak tulis.Sebab semua pun macam biasa...

Edisi Pertunangan - Bab Hantaran Tapi versi Makanan

 Holaaaa...Assalammualaikum yaw!!!

Ha...kan aku cakap...entry pertunangan ni panjang.
Panjang sebab banyak gambar.
Nak berceloteh panjang ....memang lah tak.
Ini pulut kuning from mak tiri aku.. hahaha

Kalau dah ada pulut kuning kan..
Mesti ada ayam golek. Ini pun mak tiri aku yang masakkan.
Sedap nak aku menengoknya...Tapi sedih hanya dapat tengok.
Makan memang lah tak...sob sob..
 Cup cake ni mak aku order daripada jiran.
Semua ada sepuluh ketui.
Tapi aku tip seketul...hahahaha..tengok badan lah kan?
 Coklat dari Farah my future SIL..
Dah tak lama lagi nak kahwin juga..
 Rajin betul mak tiri aku ni..
Sampai pulut manis or wajik yang dihias sebegini rupa pun dia yang buat..

 Sebakul buah yang sedikit buahnya.
Aku kan kedekut...mana buleh isi banyak banyak..

 Halwa betik yang boleh up terus kencing manis.
Gila babas manisnya.
Macam mana aku boleh tau dia manis?
Sebab masa nk gubah..aku curi seketui dari situ..
Dah rongak..gubahannya..tapi korang diam diam dah la ea..
Mak aku kalau tahu...dia jerkah aku sat gi..from Cik sue...import dari sungai tengi
Kek...ala...korang dah tengok kat entry lepas..
Malas nak story lagi..

**malas nak type sebenarnya..kah kah kah..

Edisi Pertunangan - Hantaran Dari Adik aku ke Perempuan a.k.a Kak Cik

 Assalammualaikum...

Ini Entry paling sempoi aku nak tulis. Malas aku nak berceloteh.
Gambar banyak nau kan.

1.Sirih Junjung All Apologize ( Sebab aku buat cincai jer..)
 2. Handbag & Wallet  Aisheteru ( Sebab warnanya cantik)
 3.Mandian Puncak Kasih ( Sebab aku masa menggubah ni..terdengar lagu puncak kasih ni)
 4. Jam Demi Masa ( Hahaha...lagu sapa ni korang teka lah..)
 5.Kasut Bawalah ku terbang (Memanglah tak boleh terbang..kalau nak murah naik Air Asia..tapi pun x murah sangat sekarang ni)
 6. Sejadah & Telekong  Ingat 5 Perkara

 7. Perfume DKNY Luka di Lukai ( Sebab aku tak dapat sob..sob..)
8. Make Up My Heart Will Go On ( Sempoi gila..lagi pun jimat...tengok masa aku dulu dulu..memang lah tak ada...)eh..ada..tapi seketui ja..
 9. Pot Puri Dalam Diam Aku menyintai mu( hahaha...banyak lah dalam diam...memang lah tak...tetttt)
10. Beg langkah bendul, bukan Bendul yang tiru macam Mr. Bean dedulu tu..

** Adik aku termengorat awek yang ada ramai kakak. Jadi..kena lah berbudi bahasa..
Ko nak kahwin dengan adiknya...ko kenalah bagi dorang senang hati..
Kakak Kak Cik ada 3 Orang.
Nasib baik sorang dah kahwin. Cuma 2 orang jer belum kahwin.
Jadi, adik aku dengan bermurah hati menghadiah kan beg jenama ayam kampung pada mereka.
Syukur dorang menerima dengan hati terbuka.