For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Memaparkan catatan dengan label membebel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label membebel. Papar semua catatan

Rabu, 27 Mac 2013

Selingkar ubat nyamuk..kesahnya..


Kadang kadang Allah bagi kita dugaan.
Dugaan dalam kehidupan.
Dugaan dalam pelayaran.
Dan bermacam macam lagi dugaan.
Kadang kadang aku juga tewas dalam mengharungi dugaan.
Namun bagi aku , kehidupan harus di teruskan.
Jangan berpaling tadah.
Itu yang penting. 
Teruskan perjuangan mu..

Terlalu banyak bahagia yang datang.
Selalu terlupa pada dugaan kekalahan.

Ini adalah gambar simpanan yg berada dalam draft yang terlalu lama..
Punyalah berkurun baru aku nak menulis.
Sebab tadi aku tengok blog macam kena hack pulak.
Ada post yang aku tak pernah buat.
Punyalah gagah orang itu hack account blog aku ni.
Ala...cerita pun suam suam kuku je kot.
Apahal pulak sampai nak hack hack bagai?
Kesian eh...sungguh lahhhhhhhh.....

Owh ya...berbalik pada gambar tu kan..
Bukan aku nak tayang selipar or jeans usang aku tu.
Tapi ubat nyamuk tulah..
Rare sangat aku rasa.
Time balik kampunag Abam jer baru rasa nak pakai ubat nyamuk tu..
Masa aku balik kampung Abam yang lepas,
Rumah sepi tanpa penghuni.
Yang ada cuma nyamuk nyamuk yang masih setia.
Damn...
Nyamuk suka dengan perempuan gemuk hitam manis ni.
Abam yang putih itu langsung tak di gigitnya..
Maka tergaru garulah isteri Abam sambil membebel..

Kemudian abam hilang dari pandangan.
Mungkin nak bakar sampah bisik hati ini..
No. Salah. Bukan.
Semua yang diatas tak betul.
Abam keluar dengan selingkar ubat nyamuk yang telah terpasang.
Lalu di letakkan di bawah tempat isteri duduk..
Eh eh...terasa sungguh sayang pada Abam ketika tu.
Kemudian abam sambung bersembang dengan rakannya si pengantin baru..

Walaupun hanya selingkar ubat nyamuk..
Terus dapat me-melting hati ni.
Hati ini sekeras kerak nasi.
Curah dengan air sejuk...agak lambat tertanggal dari periuk.
Namun, cuba dan try pakai air panas.
Tak sempat nak menari.Terus tertanggal.
Mudah bukan?
Tapi kadang kadang perit juga!
Kerak nasi yang sudah tertanggal di cuci juga.
Cuci sampai berkilat.
Hahaha...yeye je berkilat. Berkilat ke?

Owh...da lewat malam dah ni.
Rasa macam tak percaya sebab terlampau rajin update blog malam hari..
Ahahaahaha..

P/s: menghitung hari...tapi, aku tetap merindui dia..sampai bila-bila..

Xoxo,
DAELA.

Assalammualaikum..


Khamis, 7 Jun 2012

Siapa dia nak mempesoalkan kita...sedangkan dia hanya menumpang disini...Amboi!!

Aku kan, titiba hari ni macam nak maki orang lah.
Hahaha...tapi aku kalau boleh malas nak ikutkan emosi.
Amboi...sekarang aku suka ikut emosi.
Nasib baik aku layan emosi sekejap jer.
Sambil tu berfikir panjang...nak terus beremosi atau meluahkan.
So, dari dulu lagi aku suka ambil jalan yang sangat mudah.
Diamkan diri...ya...diamkan diri lebih baik!!!
Itu yang terbaik untuk aku.
Selama ni aku suka update yang agak agak comel dan baik dalam blog.
Ada pernah dulu dulu aku suka maki orang.
Tapi...entah, bila jumpa orang tu...bila dia hulurkan tangan..
Nak bersalam dengan aku...terus aku boleh lupakan kisah silam.
Ya, itu jenis diri aku.

Aku memang cepat marah, cepat naik angin.
Jangan ingat aku ni pendiam kakaka...
Jangan ingat aku ni baik sangat.
Aku hanya manusia biasa.
Kadang kadang...aku suka muhasabah diri sendiri.
Tengok kekurangan diri sendiri.
Ya, kalau boleh aku tak nak maki hamun orang secara bertulis.
Entah??
Bagi aku orang tu pengecut.
Hanya berani menulis sambil memaki hamun orang lain.
Aku pun sebenarnya pengecut juga..ya...aku akuinya...kekeke

Macam tempoh hari..
Sedang aku nak membeli ikan di pasar.
Ada minah negera seberang sound sound aku.
Siap cakap kalau tak beli apa apa buat apa beratur kat sini.
Eh, suka hati aku lah nak beratur kat mana mana aku suka.
Aku ada IC. kau ada IC? aku tanya dia??
Terus dia bebel bebel bahasa yang aku tak boleh faham.
Sebenarnya dia nak potong Q untuk bayar barangan yang dia beli.
Aku beratur sebab mak tengah memilih ikan/ayam.
Keadaan kat pasar tu tak ubah macam di Sana.
Penuh dengan orang orang dia.
Kita pulak nak dipersoalkan.
Terus aku macam nak maki hamun.
Tapi...ehhh..aku pujuk hati.
Tak payah layan perasaan...
Bawakkan polis satu truck jer.
Pasti..memcicit mereka lari bertempiaran bukan??

Tapi...bukan semua macam minah yang kecoh tu.
Ada yang baik..ada yang lebih baik dari aku.
Hermmm...
Oklah...sekadar untuk meluahkan emosi jari.
Jari menggigil nak update story.
Dan korang korang jangan takut nak mempersoalkan taraf mereka.
Sebab ini negara kita..
Eh..patriotik pulak aku.
Aku pun belajar dari banyak kesilapan.
Oh ya, aku banyak dapat ilmu dari Blog Mazidul.
Dari situ aku berani mempersoalkan , siapa mereka untuk mempersoalkan aku.
Ini negara aku.
Owh yeah..

okbai..

Ahad, 18 Disember 2011

Ahad yang Sengal!

Haii....

Assalammualaikum..bersiaran petang ahead adalah satu yang mengkagumkan.
Kann...pelik jer kan?












Eh...ok lah, aku nak sambung berehat ni.
Babaiiiii...

















**baik tak payah update kalau macam ni Kau update kannnn?

Khamis, 21 April 2011

::mOKA mOKA PoYO gue:::

 Haloo..Assalammualaikum semua..
vavava..tajuk gua tak boleh blah kot today.
Gambar gua rakam ketika gua nak keluar dengan kekasih bucuk masam gua ni.
Dia tengah busy pakai minyak ghambut.
Gua yang dah over siap awal terpaksa buat buat happy tunggu kekasih hati gua tu..
Korang ramai yang tau gua suka pakai bulu mata palsu ala ala Rozita Cik Wan kan?
Sampai sekarang gua masih hover berbulu mata macam ni..
Ha, mesti korang macam eh..apsal la bini orang ni tak make up tebal ea?
Gua memang suka make up light light jer.
Kalau tebal tu..agaknya gua mimpi ngerilah malam tu kan..
Dari dulu gua punya make up tak pernah berubah.

 Kalau orang lain semua sibuk nak pakai cream pencerah muka yang berjenama..
 Gua...herm..malu nak cerita..kang korang kata gua berlagak pulak..
sebab gua bukan nya cantik mantik..
Okeyla..gua nak dedah rahsia cream yang gua guna..
Gua layan Fair & lovely jer.
Hahahaha...terkejut?Yup...memula laki gua terkejut gak ok..
Sumpah gua cakap yang ini jer gua guna dulu kini & selamanya..
Laki gua kurang percaya yall..Dia cakap gua tipu dia..sebab laki gua tak mampu nak sara
make up gua katanya..ehem..
Gua boleh tergelak besar masa tu..
Sebab laki gua sangat cerewet dengan penjagaan kulit mukanya walaupun dia hanya penoreh getah..
Nasib baik laki gua tak pakai cream pencerah you..
Kalau tak..gua sorok muka gua disebalik kuali..
hahaha..Ada kawan kawan gua tanya juga kenapa gua pernah tak cuba tukar jenama lain.
Ok, gua nak nyatakan..kulit muka gua memang serasi pakai cream F&L sahaja.
Cuba try nak pakai Olay anti kedut tu pun kulit gua titiba jadi merah & gatal seluruh muka.
Tapi gua pernah terdesak gunakan juga..hasilnya, muka gua tanggung derita percuma seharian selepas tu.
Nasib baiklah cuma merah merah jer..kalau naik jerawat batu ke lepas tu..confirm gua menangis..

Gua jenis suka mencuba jenama lain..
Gua pernah beli Maybline, MAC & 1-2 jenis lagi, tapi last last gua bagi mak gua je la..
Ate nya, muka gua akan titiba menjadi kelabu asap..
Lagi satu bedak compact..
Gua memang nan ado bedakcompact tu..
Korang cakap la berapa mahal bedak yang korang pakai, Gua senyum ajo..
Sebab muka gua memang jarang jarang tempek ngan bedak compact..
Last guna bedak compact kan..masa gua kawen tempoh hari..
Pastu dah lamo dah gua tak pakai..
Hantaran masa gua bertunang pun tak ada bedak bedak bagai kan..
Hanya set eyeshadow jer yang gua mintak..itu pun masih baru lagi..sbb gua malas nak pakai..

Sila abaikan bawah mata gua tu..
Itu memang dah semula jadi lobam..
Semua gara gara gua suka shift kerja malam..hahaha..alasan.
Untuk mendapatkan tan kulit ala ala asean macam gua, gua gunakan sofi punya cream.
Itu pun setahun hanya 2 kali jer gua beli.Itu pun sikit jer gua guna..konon konon nak tutup jerawat batu gua yang sangat suka bertenggek secara berasingan kat muka gua.
Bedak yang paling seswai kat muka gua adalah bedak baby.
Korang...percayalah...ini yang gua gunakan sejak dari azali..
Gua meroyan kalau bedak baby ni terlupa nak bawak kalau pergi mana mana..

Now laki gua dah memahami gua..
Dia kena berbangga sebab gua tak pernah nak mintak mahal mahal untuk beli alatan make up..
gua tak pernah menangis sebab make up gua habis sebab laki gua busy tak sempat nak beli..
Dia pun tak pening pening kepala sebab nak tanggung sara hidup make up bini..
Oh ya, sebelum terlupa, ada jiran jiran dekat kg.A gua kan..dengarnya sebelum kahwin si isteri suka bermake up..
Muka boleh tahan cunnya..Bila cun kalau tambah ngan make up..sure meletop lah kan..
Lepas kahwin, laki dok citer citer kat orang sekeliling, cakap kos nak tanggung make up isteri
melampau lampau mahalnya..
jadi renung renung kan..& selamat beramal..

p/s: Jangan sebab malu dengan apa yang korang ada..korang sanggup berubah!!..

Isnin, 28 Mac 2011

Jangan Membazir!!!!

 
Sila senyum simpul bila tengok paper bag itu.
Dalamnya cuma ada seluar kecil sahaja.walaupun ada 2kan?
Yang lagi best, ini bukan aku or Sayam punya.SEDIHKAN?
Ok ok.Bukan cerita itu aku mahu papar kan.
Minggu ni, Sayam keje malam.
Hari hari aku mengankut kain baju ibarat seperti mahu pindah.
Dan hari ni, last day dia keje malam.BEST!!
Cuti baru baru ni pun dia kena kerja.
Adoiyai..Nak merungut pun tak boleh.
Bila nak minta beli itu ini pun macam kesian.
Bak kata Sayam, "tolong tengok glove i ni, pastu...fikir fikirkan lah.."
Dalam hati aku berkata.."mak aii..sampai koyak rabak kot glove sayam ni?"
" Kata harga getah naik..apsal dorang tak kasi tukar glove baru?"
"ekonomi merundum"
hahahaha.
Baru baru ni aku ada minta keizinan nak beli barang.
walaupun kami masing masing bekerjakan..haruslah tanya..:)
Sayam jenis suka buat aku berfikir.
Kalau boleh dia nak kasi aku sambil berfikir..sambil memikirkan.
Dia jarang membantah apa yang aku nak atau pun suka.
Tapi bila jawap, NO or senyum kambeng, aku kena panjangkan akal.
Ada benda kadang kadang, mampu kita miliki.
Ada benda yang banyak ada kat rumah.Tapi sebok sebok nak beli.kan kan?
Macam aku lah.Contoh tak payah bagi kat orang lain.
Baju & Kasut.
Memang perempuan..benda benda nilah yang paling kita suka.
Kalau baju, macam macam jenis baju.
Belum lagi baju kurung kan?
Berbagai bagai jenis kain ada. Chiffon la, sutera la..crepe la.
Cotton la.Tu belom lagi yang beli borong kat Jalan TAR.
Selagi tak roboh kat tempat hanger baju..selagi tu..dok membeli.
Kalau kasut pulak, semua jenis ada kot.
Wedges la, boot la, flat la, sandal la.Selagi tak penuh kat ruang kasut tu..tak sah.
Bila dah duduk serumah dengan Sayam, barulah dia tahu..yang aku ni kuat membazir.
Aku pun baru sedar yang aku kuat membazir.Sedara Setan wei..org yang kuat membazir ni..
Itu pun kalau dia tak bagi tazkirah hari tu, aku masih tak sedar.
Hahaha.Sayam jarang jarang membebel.
Sekali membebel, huii..syok kot dengar.Makan dalam!!!
Memang benda benda tu, tak perlu aku beli pon.
Saja.Suka penuh penuh isi  kan rumah.
Sambil tu sekali sepah sepah kan rumah ngan benda benda tak berfaedah.

Pagi tadi masa kau pakai kasut selipar jepun yang lama berkhidmat dengan aku ni
dah nak putus jurai jurai nya..
Ha...ada change nak pujuk pujuk beli selipar jepun yang baru..yey.!!!!

 

Khamis, 10 Mac 2011

Beware Of Dog

OK,tajuk macam haram jer kan?
Seminggu ni dah beberapa kali aku dah terserempak.
Ha?Bukan Hantu weii..
Kalau hantu sumpah aku sorok sorok tak cerita ngan u all.
Aku pendam 2-3 hari kot.
Mungkin juga demam kan?
Hahahaha.
Ok, cerita ini agak serious.Sila ambil mood serious yer korang.
Minggu ni kalau korang perasan sekarang, asyik hujan kan waktu pagi?
Paling best aku gigih pergi keje walaupun hujan ribut petir melanda.
Aiseh..kena ajih la korang...

1st day, aku terserempak dengan kemalangan ngeri kat FH.
Kebetulan aku lalu kat sana masa kejadian.Syukurlah..Polis dapat mengawal lalu lintas.
Tapi...Ada gak sampai rumah lambatkan sue..
Sebagai minah rempit se-Malaysia, aku selalu perhatikan penangan penangan pemandu kita.
Hui...laju laju.
Maklumlah, kereta semua mewah mewah.BWM, Mersadis, Aphard,Pegot,Matsubisul..
Semua jer meluncur laju.Kan korang kan?
Yang paling best, dorang kurang perhatian pada pemandu beroda 2 macam aku ni.
Kalau nak masuk line sebelah tu, terlupa nak kasi signal.Aci redah jer.
Taulah kereta besarkan?Pandang pandang lah kiri kanan.
Paling tidak pun kasi lah dulu laluan kat kitorang ni kan?
Pastu nak potong lori 18 tan pun silakan lah.
Contoh terdekat masa kejadian tu.
Hah..mesti cuak gila orang yang terlanggar mangsa tu kan?
Nak nak pulak orang tu meninggal ke..?patah riuk ke?
Tak ngeri ke?Kot kot anak dia ada ramai ke?
Haiz....kesiankan lah kitorang orang yang tak mampu berkereta mewah ni ooiii...

2nd day pagi tadi.
Ha...tengah hujan renyai renyai kejadian terjadi .
Membuatkan jalan jem teruk.
Masa aku lalu tu, ambulan tengah alihkan mangsa.
Mangsa..Adalah naik moto.
sebelum tu mesti dia terbaring kan...Nasib orang orang kat Malaysia ni prihatin.
Lagi best yang prihatin tu tukang tengok jer..Itu yang buat jalan jem sepatutnya tak perlu..ini sudah melarat larat jauhnya.
Tapi, aku tidak juga menyalahkan pemandu kereta.
Orang bawak moto pun kadang kadang yang nenong.
tengah laju laju bawak, tup tup celah masuk simpang.
Itu cari nahas namanya.
Dah lah naik moto...kira bersyukurlah jalan tak se-jem orang bawa kereta.
Kalau boleh sampai rumah 15minit, dia nak pecut gak 3 minit.
Ha...tempah mautlah tu kan..?

Tapi tajuk aku beware of dog kan?
Apsal aku merepek citer tah apa hapa ni?
hahaha...semalam aku nampak ada  budak kena gigit anjing kat sunway.
3-4 ekor anjing tu dah kepong budak tu.
Nak tolong...uii...aku takut...aku tak larat nak lari kalau anjing tu kejar aku pulak.
Tapi lepas tu aku tengok anjing tu pulak lari..sebab, budak tu dah
terajang anjing tu kot.
Sambil membebel bahasa Raj nikan, dia usap usap kaki dia..
Ha...mesti kena gigitkan?
Kesian budak tu...

p/s: Sila lah berhati hati dan saling ingat mengingati...heeee.....!!!!cauuuuu!!!!!

Selasa, 24 Ogos 2010

Main Masak-Masak

  
 Amik dari abang google:)

 Salam...Ramadhan u all...today Ramadhan yang ke 14.Semoga puasa, pahala & ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T,wahhh..Tazkirah awal sangatlah baik kan, tup..tup dah nampak popia basah yang menyelerakan menjadi halwa mata korang...Korang puasa tak?Haaa....senyum senyum tu..Ok, waktu kerja aku dibulan puasa ni sangatlah best..Masuk keje 8am, balik pulak 4pm..So..laju laju balik umah nak masak..owwwhh..this week aku kena masak lauk berbuka plus bersahur ko..Sbb Amy keje pagi..Walaupun dia keje pagi blk keje adalah tetap mlm..7pm..kan dah nak mlm..:( So, tiada aktiviti ke Param dikawasan jajahan minggu ni..Kat kawasan area umah aku tu ada jual popia basah yg sedap seperti yang digembar gemburkan oleh adik aku..Bila aku balik keje plak, aku melintas jer kat kedai tu...sumpah u oll...berderet orang tengah tunggu popia basah tu..Nama owner Kak Raja..So, there call kedai tu POPIA KAK RAJA. Nak dijadikan cerita, aku pun singgah la konon konon nak merasa kesedapan Popia tu, kat kedai tu ada sistem amik nombor..Ha...dah macam kat dalam bank pulak , kena amik nombor kan..?tapi itulah kenyataannya..Aku dapat no.21 kot smlm..So ngan sabar nya aku menunggu...Sebenarnya, aku nak beli 3 ketul jer..tapi sbb dah bengang lama menunggu aku terus jer cakap nak beli 5 ketul..Cover sekali kot, coz org lain beratur panjang, dorang semua beli puluh2 ketul ok..haaa...kalau beli 3 ketul sure pakcik yang tukang gulung popia tu senyum sinis kat aku..Time berbuka, aku kan masih menunggu kepulang Amy, so aku makan seketul kurma, segelas air sirap bandung dan 2 katul popia...rasanya nikmat nya...tapi cam sedih sikit..coz sensorang..lepas berbuka, aku sidai kain....



 Belum lagi abis sidai kain, Amy dah balik..aku tgk jam baru pukul 730pm..wah..aku terus cakap..
 
me :"Awak ni merempit dengan laju ker hari ni?cepatnya sampai..?" 
Amy: "Mana ada...jalan lengang.."
me: "owh..."

Semalam Amy request nak makan masak kicap daging bersama kentang..Aku x penah masak kicap daging, sbb aku tak berapa suka daging, coz nak kena rebus lama, boleh naikkan darah tinggi, boleh buat aku pening kepala...Tapi disebabkan dia nak makan, aku pon masak..Resepi?ala..aku cincai2 jer..huhuhuhu..janji, kena taruk kentang..selain lauk ni, mak ada kirimkan aku ayam kampung  goreng  berempah & pajeri terung..fav Amy adalah pajeri terung..aku?Aku semua pon makan..
 

Ha...ni pon aku yang masak..disebabkan keterlupaan nak mengambil selepas masak, korang layan jer pict yang belum aku masak nih..Ada cendawan, ada buncis, ada sayur kacang peas , ada bebola ikan..Ha..beginilah bila dah ada tanggungjawapkan?masa muda-mudi, duduk ngan famili,balik umah tdo ok, time berbuka terus jer basuh tangan..Skrg, segalanya berubah..Aku rasa puas hati walaupun aku penat setelah bekerja & pulang kerumah , kemudian masak..