For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 29 Ogos 2013

Pengaruh pembelian dalam talian...AGAIN???????? tapi berbaloi- baloi


Assalammualaikum... Salam sejahtera uolls..
Adoiyaiiii...kegilaan membeli belah dialam maya telah kembali lepas bulan Ramadhan ni.
Punyalah aku asyik ignore untuk membeli belah lagi lagi makanan macam gini kan.
Akhirnya...terjebak juaaaaaa....
Living social lah, Groupon lah, My deal lah..
Semua mampu mempengaruh aku sekarang ni.
Ada jer yang aku nak beli.
Tu yang aku malas nak simpan duit dalam bank2u tu...hahahaha...ALASAN.
Inilah risiko yang aku sering amik..puiiih.

Jenis rakan rakan semua habis darjah enam.
Tak nak belajar sampai SRP.
Suruh beli groupon  ke, my deals ke...aku gak yang  buat urusan.
Hahaha...tak lah, dorang busy menoreh getah..
Jaga lembu..
Tak reti pakai computer...
Itu jer alasan dorang. 
Aku dah la busy nak sangat.
Dan dan jer...
Tapi..bila bab bab nak membeli ke...pandai pulak dorang kan?
Huh... celik pulak IT nyaaaaa...
Pelik sangat kawan kawan aku ni tau..

Spagetti Olio 2 kali tambah oooo.... = 4.2 star

Aku beli kupon makanan ni kat Living Social.
Sila pandai pandai mencari yer...
Per head rm 39 nett.
Sebenarnya nak ajak ramai ramai kengkawan.
Tapi check check balance kat bank, tinggal duit aku 40 hengget.
Tak pasal pasal suruh sue yang belikan untuk yang lain lain.
Baik korang cepat cepat tengok kat web site tu.

Kebetulan pulak this week Abam menoreh waktu bulan mengambang.
Selalu abam akan menoreh awal.
Tup tup lambat pulak hari tu..
Tak pasal pasal kena makan nasi lemak yang aku tapaukan.
Bukan tak mahu ajak Abam pergi.
Tapi kupon yang aku beli ni terhad.
Maksud aku dah la beli kurang 24 jam.
Lepas dah beli tu kena booking tarikh nak pegi pulak.


Apa apa pon food semua sedap sedap belaka.
Kek, kuih tradisional pun ada uolls.
Mousse pun ada. tapi aku tak sempat nak merasa.
Sebab perut comel dah full.
Mana tak nya, aku pulak sedang berpuasa hari ke 5 untuk puasa 6.
Jadi...makan sikit jer dah full.
Disebabkan teruja melihat semua makanan yang chef hidangkan..
Terus semua pun nak di rasa.
Fuhhh...nasib baik abam tak ada uolls.
Kalau tak...segunung aku makan sayur...kahkahkah...

Bagi sapa sapa yang suka dengan kuih traditional tu, boleh lah makan kuih lapis tu yer.
Sedap. Kuih sri muka pun ada.
Cuma Kuih cara berlauk tu sejuk maybe kena aircond.
Kalau tak...5 ketul selamba jer aku makan.


Selepas bergosip dengan kengkawan tu,
wajib tambah makanan lagi.
Owh la lupa nak bagi tahu.. 39 nett tu buffet ok.
BUFFET. Sila makan sampai lebam.
Disebabkan aku ter- booking untuk aircond room jadi semua pun menggigil sejuk.
Sambil tu mata masing masing melilau tengok tengok jiran jiran meja sebelah menyebelah ambil makanan.

Lepas tu..ternampak ada guest ambil kambing bakar.
Harus...terjah ok.
Segunung kambing bakar Sue ambil kan.
Sedap gila 3 kali kitorang ambil.
Ayam bakar pun sedap.
Kuah pun sedap sangat.
Lepas tu masing masing cakap..
"eh...apsal lah kita tak nampak kambing bakar tadi...?''

Ye....kambing bakar , ikan bakar, ayam bakar semua kat luar.
Pihak Kitchen bakar kat open air kat luar lah.
Kang ada pulak baju bau arang.


Eh..eh..satay pun ada ok.
Roti john, roti canai pun ada.
Ini semua tak sempat nak rasa.
Bukan tak sempat rasa.
Kenyang sangat.
So..tengok tengok jelah.
Yang pasti ada 2-3 ketul je masa aku mengintai dalam pinggan.
Maknanya...SEDAP.

Dalam sentap sayu ada kengkawan yang masih belum sampai itu..
Titiba dorang sampai.
Terus riuh rendah uolls.
Duit kepuk kepuk..tapi pakai selipar jamban ok.
Alasan...nak lari dari tentera tentera ( anak anak lettew..)


Sue pun joint gak masa itu.
Lama korang tak nampak sue dalam blog aku kan?
Mungkin ada orang  ingat aku dah bergaduh dengan Sue.
Sebab orang orang ni, suka sangat buat andaian tersendiri..
Sue pun sekarang bukan main malas update blog dia.
Mungkin busy jugaaaaa...
Hahaha..


Mak buyung yang sering menjadi mangsa.
Bukan apa...kadang kala...orang lain yang mengidam..
Dia gak yang kena.
Jaja kesayangan ni dah hampir dengan due bersalinnya.
Kalau tak silap tempoh hari dia ada cakap yang due nya 31/8..
wahhh...kalau betul betul bersalin dengan tarikh tu..
senang kau nak ingat date birthday anak nanti kan..?

Lama juga dia menanti untuk mendapatkan anak yang ke 3 ni.
7 tahun menunggu...
Semoga segalanya dipermudahkan sahabatku.. :)


Heh...sapalah pipi bulat macam belon ni?
Saja jer taruk tangan kat pipi.
Agak ter cover gak tembun pipi tuan rumah blog kan?
Hahaha...ini semua poyo.

Ok, kawan aku yang pakai selipar jamban tu ugut aku kalau aku masukkan gambar dia dalam blog.
Dia kata kalau aku masukkan gak...
Confirm esok beli lemang kat kedai dia sebatang rm40 hengget.
Jadi...aku pun pasrah untuk memasukkan gambar comel dia.

P/s: kadang kadang letih nak puaskan hati semua orang...betul x? aduhaiii...

XOXO,
Daela

Rabu, 28 Ogos 2013

Syawal pun bakal melabuhkan tirai tak lama lagi.....Maafkan aku..

 Assalammualaikum...

Salam Aidilfitri maaf zahir batin. hehe.
Hebat...Masuk Syawal ke 19/20(betul ke ni) baru aku update blog.
Aku busy.. super busy staff , wife , sister , daughter ,  etc etc lately ni.
Bukan apa uolls, tahun ni macam sibuk sangat.
Entah apa yang aku sibukkan pun aku tak tahu apakebendanya..
Sampai berhari hari..berminggu mingu aku tak update blog.
Yang pasti aku tak menang tanganlah..
Now...free and easy.
Sekarang jelah..esok lusa tak tahu lagi..

Owh ya, macam mana dengan kawan kawan punya hari raya?
Meriah sangat aku baca kat blog korang kan..
Tak menang diri menghadirkan diri ke majlis jemputan open house.
Aku pun dapat jemputan juga.
Tapi macam biasa...susah nak menghadirkan diri atas sebab sebab yang tak dapat nak di elakkan.

Abam kan penoreh getah..
Kais pagi makan pagi lah kitorang ni uolls.


Holaaa...inilah baju raya we olls.
Fusia pink katanya..
Aku gak yang steady pakai baju pink belacan.
Sebab last minit shopping mana nak jumpa yang sama warna.
Terbekenan dengan pink itu.
Harus....minta abam belikan yang itu.
Abam jangan mimpi nak pakai warna pink yg aku pakai tu ya.
Tak seswaiii kata nya..
Serupa ponde..

Tahun ni banyak tempat aku ngan abam beraya.
Yang paling tak tahan tu..beraya kat Cameron Highland.
Raya kedua plak tu.
Tahun ini..turn semua beraya kat rumah mertua.
Di sebabkan mertua aku nak beraya kat Gopeng, 
Sekali harung kitorang pergi bercuti..
Gamba?
Jangan nak tengok sangat.
Aku driver masa tu.
Abam korang tukar shift ngan aku.
Dia kalau suruh amik gambar...
Gambar jamban yang di amiknya..
Jadi..tiada gambar yang senonoh nak aku tayang kat sini.



Ini keluarga adik igi.
Bukan main kelabu asap tema dorang tahun ini.
Termasuk mak bapak aku sekali.
Sebenarnya..aku pun nak joint team kelabu asap.
Tapi..apakan daya..
Abam dah suka warna warni.
So...say no to kelabu asap.
Tapi nasib baik fara pakai tudung warna fusia juga.

Lepas dorang beraya kat Paramonth, 
Dorang beraya kat rumah mak.
Lepas tu terus nak pergi Perlis
Dan berholiday kat langkawi.
Syok tau...adik igi bergambar2 kat kawi-kawi...
Acik adik aku bawak mak sekali pergi bercuti.
Siap masuk Thailand lagi.
Bukan main happy mak aku masa tu..
Lupa dengan penderitaan nak cabut lari dari hospital tempoh hari kan mak...??

Owh ya,
Seminggu sebelum raya tu mak aku masuk hospital.
Bukan main drama lagi mak masa tu.
Hari hari menangis minta nak balik rumah.
Terus penyakit mak turun naik sakitnya.
Aku pun sebak juga..
Maafkan aku mak..sebab tak dapat menjaga mak masa kat hospital.
Nasib baik adik adik aku boleh diharap.
Hari hari dorang rotate menjaga mak siang dan malam.
Terima kasih adik adik ku...


Mommies & Papa to be.
In Shaa Allah akhir tahun ni dapat anak buah lagi..
Sekarang tomey sangat Kakcik mengandung tau.
Paling best bila dorang cakap bakal dapat baby girl. In Shaa Allah
Teruja terus makngah.
Mak aku lagi over.
Siap pergi belikan baju ropol ropol untuk cucu bakal lahir nanti.
Comel sangat mak tau..
Alili lagi teruja.

Alili : Paksu, baby ni bila nak keluar( bahasa budak kecik umur 7 tahun) ni?

Paksu : Ish...ish...lambat lagi..3-4 bulan lagi..

Alili : Tapi perut kakcik ni macam besar sangat je ni.. (tunjuk perut kakcik)

Paksu : Abis tu..belum masanya lagi...memang tak boleh la..

Alili : Apa kata kalau tekan jer bagi keluar.. Alili tak sabar nak tengok baby ni..

Paksu : Meh aku tekan perut kau dulu...( sambil tekan perut alili) Sakit x?

Alili : woaaaahhhhh (menangis)....sakit....sakit....

Hah, lepas tu memang mintak mak membebellah bila alili menangis.


P/s : Tahun ni aku paling teruk tahap max tak update blog..

XOXO,
Daela