For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 28 Ogos 2008

TART NENAS...


Bila nak dekat-dekat dengan puasa ni...(yang akan datang 2-3 hari lagi nih...)mula la...aku busy cari resepi nak buat kuih raya...bukannya nak buat pun,sajer jer...nak sedapkan mata melihat nya...AHAKs..


Aku ni sememangnya suka makan biskut tart nenas ni..Nak dikatakan...sebelom raya@lepas raya pun aku sanggup buat sendiri..x kira la...asal teringin jer...aku buat..asal kawan-kawan teringin jer...suruh aku buat..ngeh,ngeh,ngeh...
Aku start pandai buat kuih/biskut ni sumernya atas pertolongan rakan-rakan aku iaitu..."mala", "kak jem","ecah", "maklong"@ kak olie...tapi..chef beso nya...maklong r...kat line aku dulu...time buat kejer pun sempat salin resepi kuih-muih nih...tu la pengalaman yang paling best..masa tuh aku kejer kat NATIONAL PANASONIC.Time tu...nak belajar buat aper...jer....sumer ada kepakaran masing2 utk jadi tenaga pengajar...Free lak tu..
** kepada kawan2 ku semua...terima kasih kerana sudi jadi kawan yang paling baik dalam hidup ni..
ps**paling teruk aku kena "brainwash" ngan kakjem..tp sumer tu menjadi pengalaman/pengajaran yang paling berharga..THANK AKAK..i love u..

Selasa, 26 Ogos 2008

LAwak ke.....?

Bulan Madu
Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. CT, SERI, MURNI dan SURI.Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.CT berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman, MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat”. Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis “KFC”. Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis “HINGGA MENJILAT JARI”. Berbahagialah si CT tu rupanya kata mereka.Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis “PEPSI”. Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis “NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR”. Bahagia juga si SERI rupanya.Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang bertulis “STANDARD CHARTERED”. Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu “BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!”.“Bahagianya si MURNI tu bang,” kata Mak Minah pada Pak Mat.Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran dari SURI. 2 minggu, tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya yang bertulis “AIR ASIA”. Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.“Bahagia ke si SURI tu bang?” tanya Mak Minah pd Pak Mat.“Ntah…” jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.“APA MOTTO IKLAN TU” tanya Mak Minah lagi.Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap “7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!”

Khamis, 21 Ogos 2008

Indahnya Kasih...

Sebenarnya...dah lama aku x mengintai blog aku ni..actually,aku ada banyak masalah yang perlu diselesaikan 2-3 minggu lepas..tu sebab la..nk intai blog sendiri pun x ada masa..Sepanjang ketidak "update"pan blog ni...aku telah lalui macam-macam keadaan...ada yang pahit...(sebab abah aku Sakit) ada yang manis..."tu biar aku sorang2 jer yang tahu eh..."paling best...semua sedara-mara aku telah datang melawat abah,sewaktu dia di hospital..

Pada semua sahabat-sahabat abah yang datang,TERIMA KASIH aku ucapkan..NURSE2 kat PPUM tu sampai kata abah aku ni 'pesakit glamour' yang ada kat spital tu..mana x nya...wad abah 7U SURGICAL katil 28, x penah tiada tetamu..pasti ada yang sudi datang.

Pada kawan-kawan mak...Cik som, pn hajah maimunah,Induk, ika,noor, makcik su, mak Teh, makcik yam, cik saedah, mak cah, cik kiah, dalin, kak fauziah dan semua-semua yang sudi datang jenguk abah..terima kasih..ni semua dari makcik2 dan pakcik2 dr blok 7-8 yang baik2 hati sudi menziarahi abah aku sewaktu sakit..

hampir 2 minggu aku x keruan kerja waktu tu..datang keja sekejap, mak aku dah mula call aku kat office...cakap abah aku pengsan depan LIF..nak suruh abang aku datang...dia kat JOHOR, nak suruh arul adik lelaki bawah aku balik...dia jauh kat IPOH, hanya aku ngan adik bongsu aku aje yang diketogorikan dekat yakni aku di KJ, adik aku tu di PUTRAJAYA.

Aku pun bergegas pulang kerumah...aku lihat ramai orang berada dirumah aku..hati aku mula memikirkan perkara yang bukan2..aku belum tunaikan janji aku pada abah aku...iaitu**tut**tut
aku rasa sedih sangat waktu tu..bila tengok orang yang aku sayang terbaring lemah x bermaya..
anak buah aku hanya panggil "atok2"berulang-ulang kali di sisi abah aku..tersentuh hati aku..

Setelah abang & adik aku pulang kerumah..mereka menghantar abah ke hospital, bukan tiada jiran yang ingin menghantar...tetapi atas permintaan abah aku sendiri..mungkin dia x mahu menyusahkan jiran-jiran kami..tu lah abah..mungkin lebih senang suruh anak2 lelakinya..

**thank u for Dr Ng & all Dr/nurse at 7U surgicAL..
sebab jaga abah aku dengan baik...