For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 29 September 2011

Jom Berpra-sangka Baik...

Assalammualaikum korang...

Semalam aku half day.
Tapi sebelum halfday aku kerja dulu eh...apa lah aku ni?
Macam ni, Manager aku semalam suruh aku call companya dot dot.
Aku macam separuh gembira bila ada urusan yang berkaitan dengan dot dot.
Nak nak pulak pasal bil bil ni kan.
Tapi, aku fikir secara positif..
Tak semua tempat/orang sama...

So, aku pun dengan senyuman meng-Call lah.
Bukan area Sini tapi nun disinun.
Tapi..masih berprasangka baik kan..
Sekali call engaged.
Try 2 kali masih sama.
Try kali ke 5 pun sama.
Aku sabar dan terus bersabar.
Kang kalau tak buat, naya kan...sebab itu arahan dari manager.
So, aku terus mencuba dan terus mencuba.
Tup tup..ada bunyik deringan...
OMG...12 kali call kot baru ada.
Padahal hunting line ada 5.
Damn kannnn? Semua nombor engaged.
Ramai nau kot orang buat aduan....so...berprasangka baik lagik.

Bila dah pick up,
Macam biasa dorang kenalkan diri (walaupun aku tak nampak) tapi aku masih boleh senyum dengan layanan dorang.
Layanan dorang tip top sesangat aku rasa.
Manis jer kata kata.
"Apa masalah Cik?"
Aku pun menerang kan masalah masalah berbangkit dengan bersemangat dekat Encik tu.Sorry nama dia tak ingat pulak.
Lepas aku dah tarik nafas lepas lega habis bercakap,
Dia kata "owh ini bukan saya yang handle Cik, sekejap ye..saya past pada orang yang berkenaan"
So, aku pun ok...(ok Kali yang pertama...)
"Yer Puan, Ada apa apa yang saya boleh bantu?"
Aku sekali lagi menerangkan....bla..bla...bla...
"Owh puan, ini bukan department yang sepatutnya...Saya past pada En. Tut ya...sebentar"
Aku pun macam ...eh..naik semput nak bercakap benda yang sama kan...
"Ya Cik Puan, terangkan masalah CikPuan pada saya berkaitan Bil ni..."
Aku pun menerangkan sekali lagi...
"Owh...sekejap Cik Puan, aduan ni kena hantar kat Jabatan (waklu)..."
Terus aku cakap
"Encik, Saya ni dah bercakap benda yang sama kat 2-3 orang Encik.Apa masalah Jabatan ni sebenarnya?"
"owh...maaflah cik Puan, Tapi orang yang handle tu tak ada kat tempat dia."
Dengan nada suara garang aku cakap...
" Ye la...cakap lah orang itu tak ada.
Tak payah lah saya nak ulang jawapan banyak kali.
Just nak no. Fax jer pun kan. Sebab saya nak Fax bil yang telah dibayar tapi korang tak clearkan....!!!!
Dont put me at toilet again.. saya pun ada kerja lain jugak  nak buat..."
Laju laju dia bagi no fax.
Adoi...aku ni dah la nak senangkan kerja dorang.
Nak mintak no fax pun macam nak mintak sedekah ke wei?

Lepas habis aku call dorang tu, aku bebel bebel sendiri.
Kawan kawan office aku terdengar.
Macam macam serbuk perasa lagi dorang tambah.
Sebab dorang selalu berurusan dengan geng geng seperti ini.
Adoi mak....dah la waktu berkira..
Lagi 5 minit nak habis lunch, siap suruh tunggu sekejap.
Sebab mereka sekumpulan nak berborak.
Adoiyaiiiiii.....kita datang nak mintak form jer kan...
Hulurkan je lah..Apa yang susah sangat.

Tapi, today, aku dah follow up balik pasal bil tu kan..
haaaa....nasib baik Kak Azean(bukan nama sebenar) di sana membantu.
Kan aku cakap...tak semua orang sama...Jadi, selalulah berprasangka baik...

Ke Murni Kita Hari ini...:)

 Assalammualaikum...

Kembali bersiaran seperti biasa..
Ohyehhhh...sedapkan roti Hawaii Chicken dari Murni ni?
Aku kalau kat rumah beria nak makan spaghetti cabonara la, meetball la kan.
Bila sampai kat sana terus hilang tumpuan.
Tu la..banyak sangat menu nya kan...?
Aku memula tak sedar juga.
Tapi bila Abam tegur, baru aku perasan.
Abam cakap masa kat rumah beria nak makan Pizza Dinosaur la, itu ini la..
Lepas tu air ofcos aku gila kan teh tarik.
Hawau betul nafsu kat teh tarik ni.
Aku pun perasan sebenarnya...lately ni, suka sangat ngan teh tarik.
Tapi kena kurang manis...
Harga roti ni kalau tak silap rm5.50 sekeping.
Intinya, ada daging ayam kisar, sosej, pineapple, keju.
Luaran nya pula korang sendiri nampakkan?
Ada segunung ganang mayonis yang boleh buat carbo bertambah.
Macam mana nak kurus ?

Ni pulak makanan Abam.
Abam makan nasi 5 kali sehari pun maintain slim.
Menyampah betul.
Nasi yang Abam order ni nasi Goreng Seafood.
Aku tak tahu ianya sedap atau tak.
Tengok presentation macam sedap.
Aku memang malas nak merasa.
Sebab kalau aku punya style merasa adalah secara bersudu sudu.
Baru aku rasa.
Kang Abam ajak tukar pinggan pulak kang...kekeke
Isi udang yang segar penuh dalam timbunan nasi tu kalau korang nak tau.
Memang terbaik.
Harganya kalau tak silap kurang dari rm10.
Sebenarnya boleh share 2 orang bila makan sepinggan.
Tapi, aku tak la pulak berselera nak makan nasi malam tu kan.
Jadi, abam kunyah jugak sampai habis...
Walaupun dia dah tak larat nak habiskan, dia kena jugak.
Sebab nya, dia selalu membebel kalau aku makan tak habis.
heeeeee...:)
Nasib baik perkara pelik pelik tak berlaku kan..
Ohye, semalam kita dikejutkan dengan berita Empire Shopping Mall dilanda letupan gas.
Adoiyaii...scary dengarkan?
Eh, oklah...petang kang sambung membebel lagi...

**kalau ada mood

Selasa, 27 September 2011

Sapa Yang Salah Aku ke MEREKA?

Hai korang..

Lately ni entry macam membosankan je.
Aku yang tulis amat terasa dengan kebosanan sendiri.Apatah lagi u all kan?
Heeee...syok sendiri kan aku ni.
Macam ni lah, aku ada banyak cerita yang nak share kan.
Tapi aura malas, penat , malas, letih, malas dan malas malas seterusnya asyik menggangu.
Sebab tu selalu cerita cerita aku simpan dalam draft.
Bila dah berkurun dalam draft, terus la..kesudahannya aku delete.
Sebab utama out of dated punya story.
Yer la...cerita awal Ramadhan & Awal Syawal kot.
Harus...aku yang laju laju ambil mouse dan click pangkat kat atas sebelah kanan tu kan..?

Aku ni kan...selalu menghadapi situasi yang pelik pelik.
Hari tu, masa bulan puasa aku makan setable dengan bapak & mak kuat membebel...
Ini lain pulak kesahnya.
Tapi Jalan cerita yang sama yakni dimeja makan.
Motif cerita tetap masa bulan puasa yang dah lepas.
Tapi aku nak jugak share kat sini.
Sebab aku tak puas hati, sebab aku tak dapat nak sound mereka berdua tu..hahaha.

Ok, masa tu aku & Abam nak berbuka puasa di Empire.
Jangan tanya ok aku makan apa kat situ.
Selepas itu, aku dengan abam memang suka sampai awal.
Jadi, book kat restoran tu then boleh merendek sampai waktu nak berbuka kan.
So, bila nak berbuka, kitorang pun sudah happy happy coz tengok ramai orang tengah berlegar legar cari tempat duduk.
Tu la, masa bershopping tak ingat nak book tempat berbuka puasa kan.
Hah..rasakan..
Namun, aku ni cepat nau kesian dengan orang.
tak boleh la orang buat muka macam kelaparan kan.
So, masa tu pulak sepasang couple ni asyik lalu lalang sebelah aku je.
Bila dia tengok aku ngan abam tengah menikmati makanan, dengan muka selamaba gf nya tanya
"kak, saya nak tumpang duduk sini boleh tak? Ada orang tak ni?"
"ok.." aku pun buat muka ceria sebab dia pun nampak friendly

Bf dia pun duduk sebelah abam.
Kot kot ada orang yang kenal aku masa tu, mesti tanya ko dengan sapa semalam?
Ala budak yang makan semeja dengan korang?Aku kenal tak?
Lebih kurang gitu lah maksud aku nak sampaikan.
Aku dengan abam memang suka makan banyak.
Dorang nak kisah apa kan..?Coz duit masing masing.
Bedudak ni arround 20++ aku rasa.
Sebab tengok gaya bf nya macam gitu la.
Disebabkan kitorang dah separuh makan, dorang baru duduk nak order,
bila food bf dia sampai...
ha...time ni aku ngan abam dah main sepak sepak kaki kat bawah.
1st, aku tengok bf dia langsung tak pelawa or cakap apa apa.
Dengan buruk lantaknya dia makan sampai terlupa nak pelawa gfnya.
Ishhh kalau aku Abam buat macam tu, aku cekik abam.
Kalau Aku pulak buat macam tu kat abam sure, abam tolak aku dari kerusi.
Gfnya pulak order makanan yang pelik pelik kan.
Tu pasallah lambat sampai order.
So, tiada sopan santun sebagai GF & BF disitu.
Bagi aku, tak kisah sapa kita, haruslah menghormati satu sama lain.
If kau lapar, tengok gf, bf, wife , husben, child korang sekali.
Jangan SELFISH.Paling kurang pun..pelawalah....PUASA TU KAWAN!!!!

Lepas tu food gf dia sampai.
So, bila gf dia baru nak pegang sudu, ada pulak yang tak kena.
Masa ni aku tak padang pulak.
Sebab sibuk bersms dengan Abam. Nak bercakap tak best pulak kan..
So, masing masing bersms.wakakakaka.
Titiba gf dia cakap, " i kalau tak lengkap semua ni(merujuk pada makanan dia) selagi tu i tak makan."
Bf dia buat muka selenge jer aku tengok.
Lepas tu complete, barulah gf makan.
Bf dah beberapa kali sendawa tanpa pedulikan kitorang yang semeja. WTF.
Tak pasti dengan apa yang dorang borakkan,
titiba dorang bergaduh.
How la...nasib kita malang kan Abam.
Selalu jadi mangsa begini...siot betul.

Gf dia ungkit bagai bagai.
Aik...sambil tu pandang muka aku dan cakap "BETUL KAK"
hahaha...kalau korang jadi aku...apa korang nak jawap?
Aku bukan saksi dik oiii...
Korang punya pasallah kan..Yang libatkan aku apsal.
Aku dah nak blah dah masa tu.
Abam sms cakap nanti la...dah lama kita tak tengok orang bergaduh ni.
adoiii sengal pulak abam ni tau.
Gf dia cakap la, u ni untung tau dapat kekasih macam i.
I kaya..bla..bla..bla..
I selalu tolong u..bla..bla...bla..
I sayang u..bla...bla...bla...
Gf lama u...bla...bla...bla..
U ni bukannya hensem sangat bla...bla...bla...
Ramai jantan minat dekat i tapi i...bla...bla...bla..

Hah.
Korang, amacam best tak dengar apa yang gf dia mengarut sebelah aku.
Muka dorang aku boleh samakan dengan tayar lori.
Sebab dorang buat muka tebal jer kan.
Bf dia sengal sengal pulak menjawap.
U ingat u tu lawa..bla..bla..bla..
I kalau cari yang lain mesti..bla...bla..bla..
i tau u kaya...tapi setiap bulan u suruh i topup kan apsal..bla..bla..bla..

lepas tu bagai bagai gak dorang merepek.
Bila siap gf dia makan kan...
"ok sayang...i belive u love me so much" buat gaya manja.
Puiiiiiiiiitttt...sibai kan?
So, dorang bangun lepas tu sambil berpimpinan tangan menuju keluar restoran.

Aku, kalau ikutkan angin satu badan aku dah lama
cakap gini
"ADIK, BAGI AKAK & ABAM KELUAR BOLEH TAK.AKAK NI TAK KUASA NAK DENGAR KORANG BERTEKAK. TOLONGLAH BAGI RUANG.
MASAKAN SEBELAH NI DINDING JER DIK.NASIB BAIK AKAK TAK DE ILMU GHAIB...KALAU TAK SURE AKAK DAH LAMA INVI"

Sekarang ni aku nak buat soalan, sapa yang salah sebenarnya...?

AKU ke MEREKA????????


Menu DJ Open House 2011

Assalammualaikum.. & selamat Pagi .
Semoga pagi ni penuh ceria dan keberkatan..kan..
Ohya, semalam aku dah kata nak update pasal food yang kawan kawan aku masakkan?
So, mari aku tayang kat sini..
Ha...aku rasa lapar sekarang ni bila tengok Laksa kak Watie sekarang ni..damn!!
Ada juga yang beli lemang.
Kang kalau aku cakap dorang bakar lemang kang..memang tak lah kan?
Ada ke masa dorang nak membakar kan?
Nasi impit di bawa oleh Sue & Tini.
Dorang tak pulak kitorang paksa bawak nasi impit.
Tak pulak aku tengok  Tini & sue menangis sebab kena masak nasi impit.
Pandai pandai jer tau..
Kuah kacang & Rendang daging dibawa oleh Pn. Shazy.
Pn. Tilla masak ayam masak merah.OMG sedap nok...haizzz..
Soto & Pecal di sediakan oleh Pn. Zana bersama JV nya.


Opppssss Satay Station ni memang lah tak ada yang masak juga kan.
Ini From IZ & Capt. Dorang pun JV jugak.
Buah limau ni pulak Abg Asri yang beli.
Banyak & manis...
Desert yang disediakan oleh IZ(puding Caramel) , Tini (puding Roti), Lia( Fruit Punch) & haku(hapam Polka Dot).
Walaupun aku tak masakkan...
Puding roti yang tini buat tu sangat sedap.
Tapi ada jugak yang tanya..gini..

"Anyah ni apa?"

"owh ini puding roti...kenapa?"

"Kalau Alili makan kan?Agak agak boleh mati tak? Sebab ada buah la...ada susu la.."

"OMG...kalau boleh mati kan lili, dah lama anyah mati...sebab anyah makan jer 3 kali.."

slurppp...alili hirup kuah.

Bertuah punya Alili.Ada ke dia tanya aku macam tu.
Sebenarnya alasan sebab ada buah buah dalam puding roti tu kan.
Ha...panjang akalnya..
This is My signature faberet food sekarang ni.
Aku tah apa apa punya perangai la sekarang ni.
Nak makan lemang tapi cicah nya nak kuah kacang.
Rendang rendang tak mau.
Aisehhh...bagai bagai betul sekarang ni.
Tapi masa majlis tempoh hari aku makan 3 ketui jer.
Maklumlah, lemang & kuah kacang membuatkan jerawat tumbuh tak bagi signal.
Tak sampai sejam aku makan, terus tumbuh jerawat.
Walaupun sekejap je jerawat hilang, tapi...sedih pulak...
Sebab kacanglah boleh buat muka aku berjerawat...
:(