Herrmmm...Ok, Make up saya masa majlis pernikahan by Feeza Ok. Dia juga yang make upkan aku masa aku bertunang 6 bulan yang lalu..Mana aku kenal dia?owh...coz kezen aku kahwin gunakan perkhidmatan dia..So, aku try amik masa tunang & aku berjaya kekalkan dia untuk majlis pernikahan aku...Ok..ok...sapa sapa yang berminat untuk dapatkan khidmat Feeza, korang boleh la pergi ke blog dia ea...Dia sangat friendship ngan customer dia & sangat baik...Ok Feeza, Saya puas hati gunakan khidmat awak..:))
Woo..ok ok, mari kita bercerita pasal majlis pernikahan saya..Sebulan sebelum menetapkan waktu pernikahan, 3 kali pihak keluarga membuat keputusan.1st lepas Asar..Tapi x jadi coz nanti terlalu lewat n confirm sampai mahgrib & akan melambat lambatkan waktu bagai..2nd, Lepas Zohor..pun x jadi gak..Coz kat area umah aku orang rewang majlis perkahwinan akan datang seawal pagi..& sebelom zohor dorang mahu pulang kerumah & sambung selepas asar..Jadi waktu yang telah ditetapkan adalah sebelum Zohor..Yes, memang tepat waktu gitu coz lepas nikah, terus food dihidangkan untuk orang rewang sekali gus untuk tetamu keluarga Amy menjamu selera..Ha...kan meriah..
Kalau korang tanya apa perasaan aku ketika Hubby aku dinikahkan?Aku rasa gugup ok..Aku x tahu dari mana perasaan tu datang.Aku rasa agak cemas..Tapi hubby aku kelihatan tenang & mampu tersenyum..Ha..ko sekali masa Tok kadi menikahkahkan...barulah terasa kegugupan yang amat ketara diwajah Hubby aku masa tu...Lepas jer ucapan SAH dilafaz oleh kadi..titiba air mata Hubby aku meleleh kat pipi..Cuak gak aku masa tu...Semua orang pun cepat cepat pandang aku kot kot aku pun menangis sekali..Owhh...Aku tidak menagis, tapi selepas bersalaman dengan kedua mak & abah aku..titiba aku pun turut emo...yes...masa ni aku terus terasa aku akan berpisah dari bawah ketiak org tua aku yang selama ni menjaga aku...Sumpah u all...2 kali baru pernah melihat Hubby aku menangis..Now, bila aku tanya kenapa masa Abang nikah, abang menangis?Dia hanya senyum..tiada jawapan untuk aku sampai sekarang..heeee...
Upacara membatalkan air sembahyang, Hubby menghadiahkan saya seutas rantai...owhh..semasa kami bertunang lagi dia sudah memberikan aku membuat pilihan mengenai ini...Sesungguhnya dalam hati aku amat terharu sekali..Aku menghadiahkan dia seutas jam tangan..
Yeeee...Aku paling suka tengok pict yang ini..Masa ni, aku sangat nerbes hohohohoho....Sedih bercampur gembira..yer la...bertahun menyulam cinta..Ada onak & duri nya..namun bila masing masing memilih jalan untuk bersama...aduhaiii...indahnya...:))
Mak & Abah akulah orang yang paling bertungkus lumus before & after majlis Pernikahan & persandingan Kami...Adik beradik aku...Saudara mara, jiran jiran tetangga...kawan kawan..Semuanya sudi tolong menolong...Pada Mak & Abah aku, aku sayang kan dorang yg tiada nilai gantinya
Ni bergambar ngan keluarga Hubby aku...heeeee...keluarga hubby aku sangat besar..welcome to the club kan...
Aku bersama Cik Ika yakni tukang inai kitorang dimalam hari..Hubby aku bersama Wan hanna qaisara a.k.a anak buah kitorang..heeeeee...
Bersama kawan baik aku since 10++ years berkawan..Kadang kadang bila dok berkepit jer ngan dia orang selalu cakap we all adik beradik...Aah kan jer..Dia pun sudah berkampung dirumah aku sejak dari hari jumaat selepas blk keje ok...thanks sue..Aku doakan agar ko juga bertemu jodoh seperti aku & kawan kawan yang lain..
Ayu adalah kawan rapat aku ngan sue....Ayu @ Mek ni adalah pengapit aku untuk 2 hari...Kenapa aku tidak memilih sue?owhh...Sebab sue lebih ramai mengenali kawan kawan aku berbanding orang lain..coz aku berkawan sikit punya ramai, jadi sue jugak akan berkawan dengan kawan aku juga...Sue lebih kenal kawan kawan aku berbanding Hubby aku sendiri...
yey...Penat aku type panjang giler dah ni...gambar pun aku curi curi dari FB kawan kawan & sedara mara aku...official photog belum siap ea....so..korang layan jer la gambar sekitar dalam surau bawah umah aku ni...adios.....