For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 6 Disember 2011

Edisi Pertunangan - Persedian Urgent

 Hollaa..Assalammualaikumm...Selamat Petang.

Sorrylah kawan kawan...entry terpaksa dibuat satu persatu.
Nak muntah or geli geleman...di persilakan la...pangkah di atas bahagian kanan sekali.
Dah katanya persediaan urgent..semua sap sap soi jer caranya.
Hantaran yang lain semua sudah siap aku sediakan.
Nak update awal kat korang semua macam tak seperais kan..
So, kita update one by one.
Kah kah kah.
Lemau blog aku seminggu ni.
Tapi itu pun kalau mood ok. Kalau mood kelongkang...ha...
Seminggu blog ni senyap sunyi kang..

Hahaha..dah membebel panjang kan..so..mari bercerita..
Bunga kat atas ni mak aku yang belikan.
Punyalah tak sabar mak aku ni..seawal pagi Khamis dah pergi pasar beli bunga.
Nasib baik bunga tu jenis tahan lama.
Kalau bunga yang tak tahan lama...sure..layu dihujung taman..kan?
Mak juga beli daun sireh. Dan dan tu jugak mak suruh aku siapkan hantaran.
Mak takut tak sempat nak siap.
Aku kan tak sihat. Kang Amy angkut aku balik rumah...sure aku nak makan ubat.
Minggu lepas aku memang ulang alik dari rumah aku ke rumah emak.
Datang 3-4 jam..lepas tu balik rumah. see...rajin kan..?haha letih pun yer jugak!!

 Opsss...ada kejadian yang menguntungkan disini.
Dah la beli buah sebijon sebijon.
Lepas tu kengkonon feel retis or oversea...sekali aku belikan buah ceri.
Dalam setiap pek tu adalah dalam 20 biji buahnya kot.
Tak per..dah kata nak sponsor , buah pun suka hati aku lah nak beli buah apa kan.
Aku nak makan buah durian belanda. Tapi tengok harga sebiji yang tak sampai 300gram rm21,
terus aku campak buah tu ke lantai...haha..gila nak campak campak?
Ingat kedai bapak aku ke?kannnnn?
Buah strawberry
 Tet( bunyi scaner harga)

Buah cherry
Tet

Buah kiwi
Tet

Buah limau
Tet

Buah Apple Merah
Tet

Buah Apple hijau
Tet

Total semua 30++. Buah apple & limau semua stock sebijon jer aku beli.
Sebab semua size rasaksa. Bukan berkira..tapi bakul kecik..
So, dah abis bayar..terus simpan resit dah balik.
Tup tup balik rumah, aku tengok harga semua boleh tahan mahalnya.
Jadi, aku tengok balik resit. sekali buah cherry tu terscanner rm 1.39 sen sekotak.
Sepatutnya 13.99 sekotak..
Nak buat macam mana kan? Bukan salah aku...
Ok itu jer nak bagi tahu..
Lepas tu..kitorang ke kedai kek pulak.
Nak beli kek. Tapi kali ni adik aku kena bayar sendiri.
Padan muka kau...hahaha

Kek pun beli yang ready stock kat kedai je.
Tak kuasa nak berahsia resepi bagai.
Aku malas nak roger kengkawan. Kang..kengkawan nak bagi free je.
Segan pulak aku.Taulah dorang dah tahap jemu nak makan kek kan..?
So, beli jer kat Raspberry Cake di Bandar Sunway.
Hasilnya..sama macam birthday kek Abam.
Tah hapa hapa punya Adik aku.
Nak juga sama macam gini. Tapi memang kek ni sedap.
Harga pun murah. Besar pun iya jugak kek nya.
Walaupun tak dapat nak rasa, tapi aku dah pernah rasa..

ok, esok esok baru aku update gambar yang lain pulak.
Gambar hantarannya pulak.
Sama macam hantaran sapa ea????heeee....
Dah dah jangan nak berteka teki...memang tak buat standard retis weiii...

2 ulasan:

attyfir berkata...

kek tu cam shedap je..dah abih ke lom .

nurichinta77 berkata...

update pun sekerat2.. hehehe.. papepun, syabas atas hasil kerastangan ko ye..