For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 24 Julai 2014

Salam Aidilfitri 1435


....memekak Abam bila isteri cuba menggunakan contact-lens besar dari mata hitam 

Assalammualaikum wbt. Salam sejahtera.. & Salam Ramadhan A-Mubarak.
Phewwwww.....Lama betul aku tak menulis dalam blog kan?
Sedar tak sedar beberapa hari lagi kita umat Islam akan meninggalkan bulan Ramadhan yang mulia lagi barakah ini dan digantikan dengan bulan Syawal.
Sekali harung jelah aku buat ucapan kan?
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua yang sudi membaca blog ni kan?
Macam mana dengan persiapan raya korang ya?
Aku macam biasa sahaja.
Tahun ni aku terlalu malas untuk membuat sebarang biskut.
Tunjuk tunjuk pun belum lagi.
Tang baju raya tu adalah sehelai dua tu pun Abam paksa beli.
Aku tak kisah pun pakai yang tahun tahun lepas punya baju.

See...my nephew yang tersayang

Rasanya dah lama sangat aku tak bercerita pasal Alili.
Alili sekarang dah big boy.
Susah sangat nak amik gambar dia sensorang sekarang ni.
Gigi pun semua dah mula tercabut.
Rompong je gigi dia tu.
Dulu dulu selalu aku bercerita pasal Alili dalam blog aku ni.
Tapi semenjak Alili dah pindah berjauhan dari kitorang...
Agak jarang berjumpa dengan dia.
Time cuti sekolah barulah nampak muka Alili kat rumah mak.

Sedar tak sedar, Alili sudah darjah dua tau.
Rasanya...sekejap sangat masa berlalu....kan kan?

Duck face from Rayyan Zariff

Rayyan ni anak buah yang kedua dalam keluarga kitorang.
Pun aku dah lama tak update kisah nakal & manja budak kecil ni.
Hari hari pun aku dan Abam rindukan dia.
Dia menakal, dia mengada ngada, dia manja...rindu sangat.
Budak baru dapat kaki...
Haaa.... tak penat penat berjalan & berlari.
Malam tadi pun berpeluh peluh Abam berkejaran menjaga Rayyan di Jalan TAR.

Kalau anak sendiri mesti dah kena piat manja kot..
hahaha...

 Icha manja..

Rasanya baru beberapa entry yang lepas aku update dalam blog yang Icha baru dilahirkan.
Now icha dah 8 bulan.
Sudah laju merangkak.
Dah pandai ketawa tengok Upin Ipin.
Akan menangis bila watak opah keluar.
Masih aku tercari cari apa puncanya..?
Owhhh.. Icha manja. Icha cepat terasa hati...
Tak boleh dengar suara halilintar makngah nya juga..
Terus Icha sedih...terus icha nangis.
Tapi sekejap jer.
Lepas tu Icha senyum balik.

Happy Anniversary sebenarnya..

Kan bulan ni Bulan July..
Aku & Abam punya Anniversary 3 & 4 July.
Disebabkan bulan July adalah bulan Ramadhan, Jadi kami awalkan jadual percutian kami.
Gambar...? Nak tengok yang lain?
Owhhh...tak payahlah.
Sama, hotel yang korang dah pernah pergi HRH.
Cuma  terlebih kagum dengan LP.
Lama juga kitorang bercuti ke sana.
Masing masing kat sini busy dengan tanggungjawap.

* terasa sungguh pelik sebab hari ini aku update blog.
   '' Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin "

 Xoxo,
Daela


Rabu, 2 Julai 2014

Pasti membuatkan air mata mengalir... Subhanallah.. AllahHu Akbar





As salam..



Jika kita mampu menangis ketika menonton wayang, slot slot drama..

Pasti kita akan menangis dengan kisah Adik adik comel ini..



Salam Ramadhan Al Mubarak..