For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Memaparkan catatan dengan label hantaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hantaran. Papar semua catatan

Isnin, 11 Mac 2013

Majlis Perkahwinan Adik Bongsu Aku # Menikah Time


Assalam uolls..
Adehhhhh......Sory uolls. Aku kemalasan melampau lampau sekarang ni.
Macam macam pikir , mengalahkan hapa jer kan.
Btw, Adik bongsu aku dah selamat menjadi seorang suami.
Majlis semua sudah berlepas minggu sudah.
Aku memang tak der mood sangat nak menghapdet blog.
Penat sangat lepas kenduri.
Hahahaha...macamlah cuci periuk kan??
Majlis pernikahan dijalankan di Masjid Kg. Lindungan.
Masjid baru uolls.
Cantik... dan best jer aku rasa.
Sebab aku pun first time jejakkan kaki kat situ.


Aku dengan Abam memang start cuti dari hari Jumaat.
Abam pulak time orang busy busy macam gini demam teruk.
Adoiyai...macam macam hal pulak.
Abam demam satu hal.
Aku kena kehulu kehilir sensorang pulak.
Aku dah la penakut..
Kakakakakaka...
Pastu macam biasalahkan..
Orang demam memang mintaknya macam macam.
Ngada ngada lebih.
Nak sup ketam dikala semua orang busy...
Dah aku tawap meronda kat macam macam kedai.
Dan dan tu pulak banyak kedai tak jual ketam.
Stress pulak mencari ketam.
Last last jumpa ketam terus beli 5 kilo.
Kakakakakaka....susah sangat nak jumpa ketam kan???
Lepas tu masakkan sup..owhh..terus baik dari demam Abam tau..
Al-hamdulillah..


Mamat pasebukkkkkkk...
4 Kali baru sah ok.
Korang lain kali...kalau nak menikah..jangan lah letak hantaran ada singgit singit kat hujung.
Mamat ni tersasul sasul...
Last last pak mertua pulak tak tersebut singgit tu.
Dah kena ulang lagi..
Apapun semua juga selesai...


Pengantin perempuan yang sangat tenang.
Welcome to the club.
Club isteri isteri.
Puit....hahahahhaa.


Amboi...kemain happy selepas menikah uolls.
Eh..ada ke orang bersedih?
Hah. Ada...mak aku sedih.
Aku?
Jangan harap tak sedih..
sedih uolls.
Adik badik semua dah kawen mawen.
Lepas ni asyik pergi kenduri rumah orang pulak.
Kenduri cousin cousin pulak.
Dorang sekarang ni tengah tunggu Q untuk menikah.
Hujung bulan ni ada sorang.
Bulan 4 Kang ada lagi.
Bulan 5 kat Ipoh.
Bulan 6 Kat Pahang...
Adeh...banyaklah kalau nak tulis.
Tu baru cousin & kawan kawan terdekat.
Yang next year lagi...
Adoi....best kan?



Mesti uolls macam biasa tengok persalinan SIL aku nikan?
Memey laa...ni baju Puan Sue.
Dorang sewa.
Kalau korang nak sewa pon buleh gak.
Harga berpatutan sangat.
Siap vail, tudung eh...segala macam lah.
Ada warna gray & putih.
Bunga tangan pun boleh tempah uolls.
Warna boleh request.
Kalau nak bertanya boleh email aku atau Puan Sue.
Kitorang pun ambil tempahan bunga pahar,
Juga membuat hantaran..


Posing posing lepas menangis.
Kehkehkeh..

Ini semua lakonan semata mata.
Banyak kali kena dera sebab laju jer dorang bersalam.
Kata pengantin baru...
Nak ambik gambar kan??

Tema hari tu sebelah kitorang adalah biru, hijau
Suka hati jer baju yang kitorang pakai.
Uncle aku tak pasal pasal pakai baju biru tua.
Aih..gasaklah kan..
Abam yang sangat suka tidurkan anak.
Rayyan terlentok lentok tido hapah haram tak sedar.
Lantak piang lah korang nak bergambar ke...berdansa ke kan?
Yang penting tido...
Namun, pastikan keadaan mesti berangin dan sejuk.
Kalau tidak...Rayyan akan menagis seperti kena dera.
Adehhh...

Ohya, lepas majlis pernikahan
Ada majlis Aqiqah untuk Rayyan.
Jadi, orang kampung makan ada kari kambing masa itu.
Yuhuuu.. sedap weh.
Ok, sambung next entry.

XOXO,

Daela

Jumaat, 9 Disember 2011

Nah, aku ikut kata kata..hanya sekeping aku letak..korang kaya..mesti boleh lagi best dari yang ni..heeee...:) Aminnn

Morrrrnnnnninggggggggggggg........................

Assalammualaikum...woahhhh....syok kan kalau masih tenang tidur kat rumah.
Golek sana..golek sini..Aku minggu ni kesepian. Abam menoreh waktu Amareka.
Sebenarnya...mak malu nak bercerita.
Ipad ini bukanlah hantaran mereka.
Itu semua wayang je.
Korang mesti cakap...eh..apa pasal hantaran mereka macam sama je?
Memang sama pun. Cuma bunga & warna jer yang berbeza.
Aku pun pelik jugak masa dorang deside nak sama.
Dah macam kurang idea ke korang ingat aku ni..kan?
Tapi...budak degil berdua tu, nak jugak.
Lagi pun teramat jimat buat sekali harung macam ni.
Meh aku bagi tau..costing nya.
Ini esteemed kos yang aku boleh anggarkan...untuk 22 biji bantal adalah :

Kain cotton Pink   RM 5 x 5 Meter
Kain Cotton Black sama macam diatas
Isi perut bantal 1kg bersamaan RM25.Beli 3kg
Beli manik manik bagai arround RM 20++
Bunga bunga keliling termasuk dawai arround 100++
Ha...mahal ke murah yek?
Bagi aku , lagi mahal kalau upah kat orang kan..
Sebab ini jer baget yang dorang ada.
Aku kalau boleh nak buat yang terbaik untuk dorang.

**lebih baik buat dari hati dari perasaan. Sebab bila ikut perasaan ada kekurangan..Bila ada kekurang, terus rasa nak ketamakkan..alamak...apa yang aku merepek ni???

Rabu, 7 Disember 2011

Edisi Pertunangan - Hantaran Dari Adik aku ke Perempuan a.k.a Kak Cik

 Assalammualaikum...

Ini Entry paling sempoi aku nak tulis. Malas aku nak berceloteh.
Gambar banyak nau kan.

1.Sirih Junjung All Apologize ( Sebab aku buat cincai jer..)
 2. Handbag & Wallet  Aisheteru ( Sebab warnanya cantik)
 3.Mandian Puncak Kasih ( Sebab aku masa menggubah ni..terdengar lagu puncak kasih ni)
 4. Jam Demi Masa ( Hahaha...lagu sapa ni korang teka lah..)
 5.Kasut Bawalah ku terbang (Memanglah tak boleh terbang..kalau nak murah naik Air Asia..tapi pun x murah sangat sekarang ni)
 6. Sejadah & Telekong  Ingat 5 Perkara

 7. Perfume DKNY Luka di Lukai ( Sebab aku tak dapat sob..sob..)
8. Make Up My Heart Will Go On ( Sempoi gila..lagi pun jimat...tengok masa aku dulu dulu..memang lah tak ada...)eh..ada..tapi seketui ja..
 9. Pot Puri Dalam Diam Aku menyintai mu( hahaha...banyak lah dalam diam...memang lah tak...tetttt)
10. Beg langkah bendul, bukan Bendul yang tiru macam Mr. Bean dedulu tu..

** Adik aku termengorat awek yang ada ramai kakak. Jadi..kena lah berbudi bahasa..
Ko nak kahwin dengan adiknya...ko kenalah bagi dorang senang hati..
Kakak Kak Cik ada 3 Orang.
Nasib baik sorang dah kahwin. Cuma 2 orang jer belum kahwin.
Jadi, adik aku dengan bermurah hati menghadiah kan beg jenama ayam kampung pada mereka.
Syukur dorang menerima dengan hati terbuka.

Selasa, 6 Disember 2011

Edisi Pertunangan - Bab Bunga Bunga Cinta

 Puiii..Tajuk..tak hengat.

Assalammualaikum Korang...Sorry, blog senyap sunyi selama 4 hari.
Hari Jumaat aku MC. Sakit kepala yang teramat sangat.
Abam pulak dah pergi kerja.
Terpaksa aku call abah aku suruh hantar pergi klinik..Nasib baik rumah dekat kan..
Kalau tak..ish..ish..sebak sebak..
Terasa rumah berpusing pusing macam gasing. lepas makan panadol aku sambung tidur sampai pukul 630am.
bila sedar rasa macam nak pitam tak boleh nak duduk. rasa macam berpinar.
1st time aku kena macam gitu.
Nak call Abam memang dia tak layan...sebab dia tengah OTW pergi menoreh.
Lepas tu, abam call balik suruh abah aku hantarkan.. kesian pulak nak suruh abam patah balik..
Sampai klinik, Doctor pulak lambat. muntah muntah mak kat sinun.hahaha..
Nasib dalam toilet hahaha.
Terus aku terpikir..nilah gara gara pergi pasar malam tak bawak payung ketika hujan.
Yer...aku akan pening kalau terkena hujan...kalau sikit sikit aku boleh tahan..ini dah tak tahan...

OK, abaikan lah aku merepek kat perenggan yang atas tu.
Minggu lepas adalah pertunangan adik aku yang bongsu.
Lepas ni..ada 3 orang adik lagi yang belum nak berkahwin..sebab dorang masih sekolah.
Jadi..lepas ke klinik..terus abah ajak balik rumah.
Lepas tu abah call abam cakap aku ikut abah balik rumah...
Yeeee..titiba rasa aku ni manja..tapi memang lah tak..

 Arround 3pm baru boleh bangun.
Itu pun kesian dengan mak aku yang dah busy dengan macam macam.
Tak sampai hati nak biar dia buat kerja rumah sensorang.
Dengan nak menghias berbagai benda kan.
Walaupun aku dah lama sediakan untuk adik aku dan bakal tunang nya kan..
Ala...korang pun tahu..busy ke tak..kalau ada majlis beginikan..
Nak pulak aku anak pompuan sorang.
Apa apa pun semua aku yang sediakan.
Sebab time ni lah nak tolong adik adik aku..selepas dorang berhempas pulas masa majlis aku dulu..
Walaupun kitorang hanya menghantar ke rumah perempuan..
Dah tentu mak aku tak sediakan biskut kering untuk tetamu & sedara mara kan..?
Arround 4pm, adik  & aku keluar beli barang.
Itu pun sebab aku dah janji nak sponsor adik aku bunga dan buahan.
Jadi..larat atau tidak..memang kena jugak keluar.
Kalau ikutkan plan, nak beli hari sabtu seawal pagi..
Tapi..disebabkan aku dah boleh bangun, terus siap siap pergi Subang Parade.
Membeli buahan dia Cold Storage.
Dan bunga juga di area sana.
Ini adalah bunga untuk sirih junjung yang tak berapa nak junjung.
Sebab buat ala ala mendatar jer.
Tapi yang ni masih dalam pasu weii..
Belum deco deco lagik.
Owh ya..untuk kesegaran bunga seharian selepas digubah..
Sila masukkan bunga dalam bilik mandi.
Pastikan letak ditempat tinggi.Untuk mengelakkan dari bunga lebam.
So...bunga akan kelihatan fresh walaupun korang tak berapa nak siram.
Buktinya..bunga ini.
Ini kerana sejuk dari bilik air mempengaruhi juga..
**ini ikut pengalaman aku..:)

Selasa, 11 Ogos 2009

::Hijau itu mendamaikan::

Warna Hijau adalah warna yang mendamaikan...Aku suka warna ijau jugak selain MERAH..Heheee...nape aku letak pict hantaran ni??sbb aku suka nengoknya..Ni adalah hantaran kezen aku tau...Maybe famili kezen aku nih suka ijau...Masa kakak sepupu aku merangkap akk kezen aku ni pun warna ijau gak..Semua ijau..Menurut untie2 aku, hantaran ni dibuat sendiri oleh senah..so..nice..pandai ko buat kan senah..boleh aku kelip2 dolly esok2 lusakan...akakakakaka....
Aku mintak maaf kat senah coz aku x dapat nak attend masa dia nikah..Lagipun dia nikah ari jumaat..Aku ngah kejekan...Harus terlupa pulak tu..sampai mak aku bebel2 nape x apply cuti bagai...Makkk...soe...angah lupa..................!!!Hantaran yg senah dapat ni sempoi tapi menarik..herm....sayang nak bukakkan???

Hiks...motif aku snap gambo nih??tah la...mungkin suka kat tempat letak Al-Quran tu..nice kan..??tapi lebih Afdal jika kita gunakan...daripada disimpan...herrmm..tepuk dada tanya selera..