Selamat hari Khamis uoll.
Gambar aweks yang gundu ni sila abaikan.
Hari tu, aku letak peha besar..today, aku letak lengan besar.
Nampak kan...masih tiada perubahan..mungkin perubahan hati dan perasaan je..
Selalunya macam tu lah..kah kah kah..
Eh, hari tu dah bosan sangat asyik berkepit kat rumah dengan Abam kan..
Jadi..malam malam buta keluar tengok wayang.
Padahal aci redah jer..berdoa doa supaya cerita yang aku nak tengok tu..Ado.
Yang pasti ado.
Suka suka..sebab yang utama..
Ada kawan aku berlakon dalam cerita tu.
Kah kah kah..sengal betul dia berlakon.
Sumpah mak ketawa besar walaupun dia tak buat lawak.
Memang cerita ni kelakar.
Tapi tengok sahabat mak berlakon..terus rasa nak pitam.
Bukan pitam sebab dia 'hot' kan..
Tapi sebab macam bukan diri dia yang sebenar kan..
Dah sasah lah berlakon kot...yang aku nak samakan apsal pulak..?
Iya..adalah yang buat aku ketawa...mana boleh cerita kat sini..
Kang dia segan pulak..
Hahaha...Aku dah kutuk dia depan depan.
Dia pun malu malu kucing jugak.
Nasib boleh terima kenyataan kan..
Lepas tu aku siap mintak "nak signnnnnnnnnnnn..."
buat muka dia bertambah biru putih tahan marah..kakakaka..
What eva...yang pasti ada sedikit kecumilan di situ..
Aku bukan reti sangat buat review cerita yang aku tengok kat wayang ni.
Yang pasti...cerita ni boleh buat korang rasa happy.
Sebab ada aja yang boleh buat korang ketawa or senyum.
Walaupun genre dia ringan..tak buat semak kepala hotak aku.
Bukan juga sebab sahabat mak berlakon..nehi nehi..(tapi iya jugak...sokong kengkawan jadi retis)
kan...?
Tapi ada sedikit aku nak cakap...kenapa ea..setiap Filem arahan Syamsul or suku sakat dia..
Mesti jugak dia ada..?Kan best kalau dia jadi pengarah jer.
Tak payah la nak berlakon juga...Tapi ini pendapat aku jer la..
Tatau pendapat orang lain kan?
Lepas tu cerita ni tergantung...Maybe ada sambungan?Maybe tidak..
Untuk memastikan...jom kaji selidik sahabat sekejap lagi..hahaha
**Aku bagi 0.6 star untuk sahabat aku sebab dia comel..
**Aku bagi 3.5 star untuk Filem Aku Bukan Tomboy ni..
2 ulasan:
Jeles ngan ko leh dating dgn KB.. huhuhu.. buat sahabat ko itu, tahniah! :-)
citer melayu aku tunggu internet jek...hehehe syg duit..kecuali ombak rindu sebab top
Catat Ulasan