For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Isnin, 31 Oktober 2011

Geng Pailang Semua Dah Kahwin

 Assalammualaikum...

Wahhhh..Tak boleh belah tajuk entry aku petang ni.
Korang rasa aku ni pailang sangat ke?
Memang lah ya.
Kalau tak...Sure aku dah jadi Cikgu ke...Ustazah ke.
Ok..ok, semalam untuk penutup nya kawan kawan seangkatan
Gangster kampung Dusun yang terakhir telah selamat mendirikan rumahtangga.
Kalau ikutkan dari segi banyak sangat boyfriend nya kan..
Memang tak masuk akal aku kahwin second last.
Sebab dalam Gang gang aku dulu dulu...
Akulah paling tak berkenan nak bercinta cinta kot.
Memang lah aku tak reti...
Hua..hua..hua.

What past is past, now...Selamat Pengantin Baru buat Rehan & Pasangan.
Aku memang tak kenal pasangannya tu.
Tapi kerap gak berjumpa.
Semoga Jodoh korang berpanjangan, dan cepat cepat dikurniakan cahayamata.
 Bila dah berjumpa macam ni,
Masing masing kecoh.
Aku dah la dengan peti suara titiba meragam sejak Jumaat lepas.
Nak bercakap pun payah.
Bila dah jumpa kawan kawan...huii...memang macam macam topik keluar.
Padahal selalu jer kitorang berjimba jimba bersama.
Alahai...korang...dah 3 series dah kita rupanya.
Tak sangka, kejap jer masa berlalu..
Dari nakal nakal korang, now anak pulak yang nakal kan..?
Dorang ni semua anak dah masuk 2-3-4 orang.
Yang tak pernah berubah...kening dorang.
Maintain dari sekolah sampai sekarang..haha
 Oppsss...
Sepatutnya kirang berlapan termasuk pengantin perempuan.
Punk pulak busy ada appointment last minit.
Mencik betul la...
Nasib baik berganti ngan Puan Masniza.
Dia ni dulu Penyanyi Kelab Mecom.
Semalam jenuh gak suruh kawan kawan aku menyanyi.
Masing masing malu.
Masing masing cakap da retired.
Tapi..bila dengar ada joget lambak, huiii..
Laju jer tanya start pukul berapa kan ?

Iskkk...dorang bergurau je.
Kalau nak pergi joget lambak kena bawak handbag korang sekali.
Thanks pada Abam coz tolong ambilkan gambar.
Abam cakap kengkawan aku semua sengal.
Bila aku jauh sikit dari abam..
Ada jer yang interview.
Maklum lah...Abam aku tu pemalu...puii..
Abam jarang jarang nak joint lepak bersama.
Coz Abam memang busy dengan nak memotong getah lagi.
Memang lah tak kan..

Owhhhhh....semalam lepas balik dari kenduri rumah rehan,
Abam ajak pergi dating..
Ya amat jauh tempatnya..
Nanti aku update ya....hik hik..

Sabtu, 29 Oktober 2011

Sama Kan Kita???

Assalammualaikum...

Hai...Salam Isnin..
Woahhh....menjerit kuat kot aku kalau dapat ikan sebesar ini..
Tapi memang lah tak...
Sebab orang ni pun aku tak kenal..
Rupanya rakan rakan Abam kat "muka buku"
Yang menariknya....memanglah dapat ikan besar kan...
Tapi lebih menarik...baju kitorang sama la....
Tak percaya?
Tengok kat bawah ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
haa...mana ni...aku tak tipu korang..iya..sama..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Taraaaaaaaa.......
Owh...ini baju kesayangan Abam.
Heeee...sayang tak sayang..kalau aku dah nak pakai...
Mesti Abam kasi...yeye!!!
Tapi kan...ada satu baju lagik yang dia sayang..
Nasib baik cutting baju lelaki..
Nasib baik lah sangatttttttttttttt...:)
Tapi...Hobi Kita tetap sama...
Suka Memancing...:

Jumaat, 28 Oktober 2011

Maggi Kari Cili Sos

Assalammualaikum..

Selamat pagi yaw...!!!
2-3 hari lepas , aku request kat Abam.
Maklumlah, tekak mengada ngada nak makan maggie kari.
Abam kalau masak maggie memang sedap.
Padahal dia letak sos je kan..
Aku memanglah malas masak maggie ni.
Walaupun segera kan..tak sampai 2 minit dah siap.
Memang tak trill langsung.
Lagi pun..Abam hanya tahu masak maggie je.
Suruhlah masak telur goreng ke,
Goreng ikan ke...confirm dia awal awal tak mahu.
Kang dia kata habis meletop dapur.
Tak pun minyak memercik kang kena muka dia.

Abam selalu tak suka sangat kasi makan maggie.
Katanya tak baik untuk kesihatan.
Nak nak pulak kalau kerap makan kan..?
Aku boleh kira kot...setahun 4-5 bungkus.
Memang betul betul mengada nak makan baru suruh Abam masak.
owh...sedapnya...

** Mlm tadi aku ada buat agar agar oreo lagi. nanti aku updates yer..!!

Khamis, 27 Oktober 2011

Lengkong Oreo

 Hola...

Assalammualaikum kawan kawan..
Busy ke korang lepas cuti sehari eh?
Aku memang lah sentiasa busy yang cipta sendiri.
Eh ok, aku suka dengan blog Kak Ita ni.
Kalau dia buat biskut ke, kek ke...mesti cantik.
Bukan rasa jer sedap...cara dia snap gambar pun cantik.
Sekarang ni, blog dia dah menjadi rujukan aku pulak..
See....aku dah cuba buat Agar agar Oreo
Kalau ikutkan malas, memang tak jadi apa...
Itu yang buat aku berusaha mencuba resepi Kak Ita tu.
Kalau korang cakap senang jer cara nak masak agar agar..
Memang senang.
Tapi...kalau dah malas...semua benda tak jadi kan kan..?
 Isnin aku MC.
Sebab sunburn teruk.
Muka pun dah kembali pulih lepas Abam gelar dayang senandung.
Abam tak sedar diri. Dia pun sama...tapi tak mengaku...
Dia pun MC juga...siap dapat 2 hari...Jeles mak nok..
Lepas balik dari Mc, terus pergi Shopping Groceries kat Chekers.
Pasaraya Feberet abam.
Kalau ikutkan memang tak larat.
Tapi...semua stock dah kontang.
Nak goreng ikan pun macam sedih jer.
Minyak dah tinggal sikit.
So, sekali harung la..membeli belah.
Kengkonon nak beli sikit jer..
Tapi...Dah alang alang, terjebak jugak..
Hermmm....rasa macam tak sampai hati nak tunjuk apa yang kitorang beli.
Macam segan pulak...
Sebab tak shopping kat JJ or Grocer kan...
heee....kalau aku pegi pun, tak pernah rasanya nak tunjuk kat blog.eh

 Masa aku buat Agar Agar Oreo ni,
Abam tengah tidur.
Kalau tak..mesti dia tak sabar nak tengok proses agar agar ni beku.
kang tak semena mena dia suruh masukkan dalam peti ais.
Aku main buat jer agar agar ni.
Menurut kata Kak Ita dalam blog nya,
Biskut oreo ni dihancurkan then terus taburkkan dalam acuan.
Sambil tu, masak agar agar dengan gula & secawan susu.
Tak kesah la susu apa.
Janji susu. Dan korang kena pandai pandai agak.
Takkan susu pekat nak letak secawan kan..?
Tak sampai 2 hari mencanak la kencing manis pulak..
Ohya...mesti korang macam ehh...perasan tak, agar agar aku tak cantik.
Berlopak lopak macam jalan tar tak siap turap.
Dalam keadaan memasukkan oreo secara manual dalam bekas,
jadi..aku memang tak tahu masih ada ruang kosong macam tu.
Melaikan kalau bekas korang transparent sure...boleh nampak.
Salah satu sebab juga, masa nak keluarkan dari bekas,
hah...terus terkeluar...lepas tu sikit sikit oreo tersangkut.
Memang susah nak keluarkan...naknak pulak kalau pakai bekas kuih Puteri Ayu.
Ada juga blogger yang ajar suruh campurkan milo.
Tapi aku macam tak nak buat sebab kurang percaya.
Kang tak pasal pasal oreo aku ngan susu dah sama warna..
Tak best...

Ok.. selamat mencuba yer kawan kawan...adios:)

Marco Simoncelli Accident - Sepang, Malaysia 2011

GP Moto 2011 - 1

Yuhuuuuu...

Assalammualaikum..
Owh...Lama tak bersiaran kan..
Kalau ada pun aku selalu akan ke draft kan dulu..
Yup...lagi lagi dunia Motor GP masih bersedih atas kehilangan Marco Simoncelli..RIP
Sedih sedih...sob sob..
Lagi sedih sebab GP Motor Game terpaksa dibatalkan...

Tiket yang aku dapat ni memang dah dicanang awal
Oleh sahabat mat rempit.
Memula memang ingat dah sold out.
Sebab masa mat rempit nak beli dia nak roger katanya.
Tapi harammmm..nak roger kot.
So aku ngan Abam memang dah buat pendapat sendiri yang tiket sold out.
Malas nak mengharap...sob sob...
Tup tup, Mat rempit call suruh pick up tiket petang sabtu.
Ha...melompat dari katil siap siap nak pergi pickup tiket.
Hancur hati aku nak selesaikan cerita kegemaran aku.
" Sivaji The Boss" petang sabtu tuh...
Di pagi hari Ahad yang tenang..
Malam sabtu tu aku melepak dengan kengkawan sampai subuh.
Lepas tu,pagi pagi ahad kitorang dah bangun berebut toilet nak mandi...
So, arround 10am dah sampai Sepang.
Well done Abam. Laju kita merempit kan..?
Lepas sampai tu, kami makan dulu..lapar...walaupun malam tu makan steak di Up town.

Dah siap makan, hah...amik ko...menapak jauh gila.
Hua...nak menangis aku.
Dah la jauh...lepas tu panas pulak...
Abam dah suruh bawak payung...Aku over malas nak memengang payung weii..
Sanggup lenggang kangkung....nah rasakan..
Aku dan Abam sudah jadi dayang senandung lepas balik dari Sepang...
comel jer muka kitorang...legam...sun burn...kakakakaka...
Ops....
Ini baru separuh dari perjalanan nak sampai ke Track.
Penat turun naik bukit.
Dasar gemok.
Jalan jauh sikit mula lah membebel..
Tapi..pengalaman lagi penting..
So, terus kan perjalanan...
Itu belum aku kira berapa kali berhenti..
Bukan sebab berenti rehat or apa kan..
Berhenti sebab orang berduyun duyun bersilang silang jalan nya...
Nampak macam tak ramai kan..
Tapi...
Memang ramai...


Aku banyak kali suruh Abam bawak moto kecik besau dia kesana....
Abam cakap dia segan..
Moto kapcai tak main lah.
Kalau nak Parking dengan team moto moto besau ni..
Kita pun kena beli moto besau katanya..
Adeh...menangis sekali lagi aku kat situ..
Harga moto jer puluhan ribu..
 
Grrrrr....
owh... ada lagi cerita moto GP ni..
sabar ea...

**Aku ada video last Marcos Simoncelli... beberapa saat sebelum dia jatuh..Tapi nasib malang...sebab aku tak Sign In untuk You Tube...jadi..gambar tak boleh di share...

Sorry Guys...:(

Khamis, 20 Oktober 2011

Milo Tabur

ASSALAMMUALAIKUM.....

Ada orang kat depan PC tak..?
Heeee....Owh korang...gua sekarang malas sangat nak updates blog.
Banyak benda nak kena buat lately ni.
Nak ber wifi kat rumah emak pun gua dah malas.
Alih alih...gua sanggup download movie lepas tu layan sebelom tidur.
Itu sebab lah blog sekarang bergerak agak lembab.
Asyik refresh pun tetap story yang sama.
Gua pun dah boring sebenarnya..Namun,
Masih tak berganti ganti.
Kat dalam draft jer ada 7 ke 8 story.
Tu semua cerita yang biasa biasa & jadi basi.

Hari ni gua rajin.
Kebetulan masa keluar lunch tadi..Ya Allah...panas sangat cuaca.
Al-Hamdulillah...Nampak cahaya matahari..
Terus teringat kat Milo Ais.
Wah....kalau gua tapau milo ais kat Baloh, mesti mahal kan?
Memang murah kalau duit dah banyak sangat kan?
Bukan itu alasan sebenarnya...
Aku lebih suka buat sendiri.
Boleh bubuh milo banyak banyak.
Boleh buat less ice, boleh less susu..or add plus plus kan..?

Lepas dah siap ketuk ais...wahhh...mana gua dapat ice kat office kan?
Yup..memang ada.
Memang siap beli untuk stok malas nak tadah air then beku kan sampai jadi ais.
Bila dah letak ais...ha...gatal pulak letak milo serbuk.
Baru Cara...kan?
Milo tabur Dinosaur....
Yummmy...bertambah tembun gua lepas ni...
Sebelum mimun air tu,pastikanlah ada sudu or straw yer..
Kang ada pulak tersedak serbuk milo...hahahaha....

Eh, ok lah...selamat menjamu mata..
Lepas ni boleh pulak try Nescafe Tabur pulak.
Ada orang cakap sedap.
Gua tak pernah nak try lagi...
Kalau gua try experiment lepas ni,
Kang mata gua sampai ketengah malam tak boleh lelap.
Gua memang anti nescafe kalau nak masuk petang...

Babai semua...muah muah...

**Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda

 ► sila taip *#06# ► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity] ►
 semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8 ... Contoh : 358671017470473 ...
 Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01 02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
 01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
 13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

Tips petang ni..