For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 19 April 2013

Dah Pregnant baru aku update story dorang bersanding...ko mampu???Hahaha..

 Assalammualaikum uolls...

Woah...berjanggut tondan baru aku update story pasal adik aku kahwin kan?
Sory lah uolls. mak busy sangat sampai tak terupdate blog uols.
Sebelum aku terlupa terus nak cerita pasal wedding dorang ni,
meh aku flashback balik cerita..
Hari sabtu dorang nikah kat Masjid area Kg. Lindungan.
Malam sabtu pulak ada acara bersanding lagi uolls.
Tapi gambarnya aku taruk kat bawah.
Actually ada banyak.
Tapi sempat snap pakai henpon garu 2 ketul.
Selebihnya tumpang glam pakai camera orang lain.
Dasar henpon garu yang sentiasa kena cas. puii betul.
Elok jer snap second pict,
Henpon pun padam.
Hahaha. nampak lawak kan?
Ketawalah....
esok aku beli henpon 3310.
Dah tentu tahan lama & maki.

Pengapit sebelah kak cik a.k.a Mak su (Ajar rayyan panggil mak su) adalah adik kakcik.
Comei dak kak ton?
Eh...nama dia Aisyah. Comei kan....
Baju dia lawa uolls...
Ramai orang dok berkenan.

Pengantin mengenakan tema dark purple pada siang hari.
Macam tiru aku jer kan?
Eh...tak lah...aku jenis tak obses pada warna.
Aku beli ikut dan & kesukaan.
Bagi aku tak perlu obses sangat.
Sebab nanti mati jugak.
Tapi, Kak cik ngan adik aku obses warna Purple.
Semua benda pun nak warna Purlpe.
Tapi macam pelik pulak...masa dorang bertunang dulu pilih Pink.
Herm...konfius pulak aku. titiba teringat sekarang nikan..

Yang berdiri sebelah adik ipar aku tu Shawn Ann.
Aku bukan kenal dia sangat.
Dia pun dah sasah tak kenal aku.
Tapi, dia empunya pelamin dan pakaian pengantin.
Korang boleh google FB dia.
Now dah buka butik kat PJCC Kampung Medan.
Sebelah adik aku tu make up dorang pada hari menikah & bersanding.
Sangat cantik uolls.
Jeles tengok kereta dia...
eh ke situ pulak.


Dari kiri :

Along, Ecah (nama glamer uolls) , Kak cik, Kak Yang  & Kak Ngah.
Aku tahu nama nick name dorang jer.
Malas nak jengah jengah kat FB dorang.
Haha.
See..semua cun cun uolls.
Iolls je yang tak bermake up bagai masa majlis tempohari.
Busy uolls.
Make up tebal pun cair sebab hari panas nau hari tu...
Kakak kak cik yang bernama Kak Yang tu tukang jahit uolls.
Semua baju dorang dari sabtu sampai Ahad dia yang jahit.
Adoiyaii...jeles aku.
Kemain cantik cantik Kak Yang jahitkan.
Sapa sapa yang nak tempah baju boleh tempah kat dia.
Tapi dia kat Ipoh.
Peplum lah, kebaya ni aku rasa dia pandai kot, jubah pun reti & baju kurung.


Bergambaran sebelum turun ke bawah bersanding.


Make up kak cik sangat cantik.


Lepas selesai semua majlis persandingan, makan & potong kek
Dorang bergegas pergi tangkap gambar outdoor katanya.
Lokasi aku tak ingat kat mana dorang bergambar ni.
Yang pasti..lepas kitorang kira duit salam tetamu kasi,
Dorang sampai.
Haha.
Di sebabkan tiada majlis bertandang,
Jadi kenduri hari Ahad adalah besar besaran.
Mak & Abah aku pun happy sangat sebab selesai tugas mak menjaga kitorang semua.
Sekarang masing masing ada keluarga sendiri.
Terima kasih mak & Abah.
MakAbah & besannya Cik Midah & Pak Din ambil keputusan untuk membuat kenduri sekali harung.
bukan apa uolls, 
Buat sekali lagi senang dan jimat masa tenaga orang kampung.
Ada pulak yang bawak parang kalau tiap tiap minggu pasang khemah.kannnnn???
Dah la sekali pasang 12-13 khemah sekali.
Pitam uolls.

Menu pulak macam biasalah
Rendang daging, ayam masak merah, ulam ulam, yong tau foo (yang ni mak aku sponsor)
Ikan patin tempoyak (mak kak cik sponsor) ha..lain lain macam biasalah.
Ada desert gandum, cendol & air sunquik  grape & lemon.


Ok, berbalik pada malam sabtu tu,
kata orang majlis berinai macam gitulah..
Aku boleh sumbat kain baju macam nak pergi jogging ok.
Tu yang semua gambar aku tak ada.
Orang lain semua sibuk lawa lawa.
Aku sama macam bibik ok.
Dengan Abam yang demam panas time malam.
Adoiyai..itu yang bawak baju aci dan jer kot.


Peace...

Lepas tu dorang berdua seminggu honeymoon ok.
Genting-Cameron-Pangkor.
Ohya, aku nak bagi tau...Rumah kak cik & rumah mak adalah selang setingkat.
Berhadapan pulak ok.
Lepas dua - tiga hari adik aku tu pergi honeymoon ada orang naik atas rumah kakcik jumpa mak kak cik.

Alili : Assalammulaikum...Mak kak cik...o...mak kak cik..

Cik Midah : Wsalam....ooo Alili....kenapa alili datang sini? nak jumpa opah ke?

(Cik midah gunakan nama opah supaya alili ikut panggil opah. ada ke patut panggil nama mak kak cik ok.
ko mampu???)

Alili: Anjan ( Nickname adik bongsu aku) ada kat rumah mak kak cik tak..? 
(Sambil buat muka mengharap...)

Cik Midah : Eh...Anjan mana ada. dia kan pergi berjalan dengan kakcik...g genting...cameron..bla bla bla..

Alili: Alili ingat anjan tak nak turun rumah nenek dah.....
(Alololo...sedih uolls aku dengar mak kak cik cerita...kesian alili...)

CIk Midah : Haa...nanti hujung minggu ni Anjan & kak cik balik yer...Alili tunggu tau..

Alili : Yelah...(terus turun bawah ke rumah nenek..tanpa menceritakan apa apa pada neneknya)

Rupanya alili rindu pada Anjan.
Selalu Anjan yang suka babab & melayan budak tu.
Alhamdullilah...now Kak cik dah berbadan dua.
Wah...bunting pelamin katanya.
Semoga semua selamat lah ya.


**Ada rahmat disebalik semua kejadian....

XOXO,

Daela.

Selasa, 9 April 2013

Anak Rimau mengamuk....!!!


Hai uolls...Assalammualaikum..
Korang jangan nak ketawa sangat tengok gambar anak rimau kecik ni.
Jangan pulak ada yang kata aku kuat mendera Rayyan.
Aku memang sengaja buat dia macam gini.
Mak aku pulak tolong pegangkan budak tu.
Bukan main lagi dia menangis lepas pakai baju rimau ni.
Baju rimau ni Mummy Rayyan yang beli ok.
Siap wasapp aku cepat cepat.
Aku pulak...kemain tak sabar nak tengok Rayyan pakai semalam...


Bukan sebab apa pon.
Rayyan memang tak suka pakai topi - cap .
Kalau dipakaikan...
Macam ginilah gayanya.
Sampai meleleh leleh air liurnya.
Marah Abam tengok gambar ni malam tadi.
Aku gak yang dia kata suka mendera Rayyan.


Haaaaa....kan hensem bila Rayyan senyum macam gini nak...
Tu pun jenuh kipas lipas kat dia.
Baju kuning oren.
Hari pulak panas.
Kipas pulak mak aku stock pasang no3.
Manalah tak meragam Rayyan.
Hoho...muka atak senyum meh...bila aku change kelajuan kipas.
Macam bunyi helikopter sekejap.
Kahkahkah...


Cisssss... budget budget comei sangat yek..?
Memang comel pon.
Korang tak cakap comel pun aku tak kisah.
Janji...aku tengok Rayyan buka mata lepas bangun tidur then senyum kat aku dah cukup indah.
Cukup bahagia...Sebab dia kenal aku..
Aku cerita kat Abam macam gitukan..
Laju laju abam cakap..."mesti Rayyan dah lupa kat uncle..."
Mana tak nya..
Uncle busy menoreh siang malam.
Tak sempat nak berjumpa dengan Rayyan & Alili.
Owh ya...tak lama lagi dapat orang baru lagi...
Nanti cerita..supriseeeeeeeee!!!!!!!!!


Olololo....so suwitttt...bak kata Alili
Rayyan sekarang dah start makan nestum campur dengan susu.
Petang semalam, 1st time aku bagi dia menyusu campur nestum tu.
Kemain happy lepas dia minum.
Bertambah crepe lah tangan, pipi dia esok esok.


Ni gambar ulang tayang ketika memakai topi balik.
Kali ni nak tayang kat Cik Pramugari.
Sekali lagi rayyan menangis manja.
Nasib biji mata kat baju rimau tak tertanggal.
Sekuat hati Rayyan cuba mencabut topi itu..
Kesian pulak aku tengok...


Hahahahaha...
Tak sanggup nak tengok dia menangis lagi.
Muka dan expression sangat orang ingat aku kaki mendera.
Padahal saja dia jer buat muka macam gitu.
Kengkonon sakit sangat pakai topi.
Kannnn???


Sila tengok gambar yang aku bulatkan.
Kemain ada ekong kat baju anak rimau.
Punyalah nenek Rayyan tak gemo cucunya ada ekor macam gitu.
Ada ke patut dia nak gunting??
Hahaha...


** Titiba petang semalam ada orang kat area rumah aku cakap yang esok (hari ni) tak der air.
Balik rumah, aku isi semua air dalam baldi baldi yang ada.
Then tadi abam call aku cakap memang today air tak der.
Hermmm...harap harap hari ni jer tak der air..

ok bai..

XOXO,

DAELA mak ngah rimau....auuummmm...ahahahaha

Isnin, 1 April 2013

Keterujaan membeli belah di Candylicious padahal nak beli popcorn je pon...!!!

Hello...Assalammualaikum....
Sorry..picture sexy back from my Sister In Law.
Apa macam ada berani bergambar macam gini wahai si tembun? Aku lettew...
Kahkahkahkah...puiiii...


 Rayyan yang happy sangat dapat jalan jalan.
Punyalah penat sebab si tembam ni semakin berisi.
Nasib mummy Rayyan yang dukung.
Aku dukung sekejap sekejap jer.
Lenguh tangan weiiii..
Mata rayyan pandang kiri kanan seperti keterujaan yang tak diduga.
Sama seperti Aku dan Farah.
Feeling jakun. Padahal aku memang suka ke Ou.
Tapi...amaran keras dari Abam...tak payah nak singgah sangat kat Candylicious ni.
Penuh makanan yang boleh menggemukkan awok yang sedia gemuk tu.
See...aku tak pernah singgah ok.
Melintas pun laju jer abam tarik tangan aku.
Kannnnn..... keji ok.


Titiba rasa macam kat Uss pulak.
Serious wei. Paling best merchandise dalam ni semua cantik cantik.
Lain kali kalau Abam tak kasi aku singgah, aku nak masuk jugak.
Aku nak pow dia baju kat dalam ni dengan cawan, bantal, pen, buku...eh....over pulak.
Semua nya comel comel & lawa lawa.
Masakan aku ni tahan napsu serakah bershopping jer malam tu.
Kalau ikutkan hati buta ni...confirm, pelbagai kot nak beli..
Kahkahkah...napsu...napsu.




Haha..
Abaikan mata panda aku yer..
Susah nau nak menghilangkan eyebag yang comel itu.
Macam macam product jenama orang biasa biasa aku telah try.
Namun masih belom boleh hilangkan sepenuhnya.


Rayyan bila dah besau kang mesti kutuk gambar yang ini.
Sebab mummy rayyan over teruja masa amik gambo macam gini..
Kekeke..
Kitorang macam pelancong pulak.
Kemain bergambar sakan dalam ni.
Maklumlah...jakun!!
Pestime katanya...

Padahal tempat best bila bershoping adalah OU.

Mummy rayyan punya gambar lagi..
Ok, the price segala mak nenek coklat adalah berpatutan dengan jenama.
Ice cream yang batang tu rm 19.
Aku beli??? Owhh... Tak.
Aku kedukut ok..
Hahahaha.....


Gambar ni macam sweet sangat aku rasa.
Titiba dah sampai rumah baru perasan.
Terbagi mummy rayyan teddy bear warna shocking pink.
Apalah.....macam gugurl sangat kot.
Tapi sumpah weiii...
Soft toys semua lawo lawo..
Haih laaaaa......


Budak kecik rambut tumbuh separuh separuh.
Ok, orang tua tua kata cukur bantal.
Eh...yer ke?
Dah nak masuk 4 bulan kot.
Rambut tumbuh sikit jer.
Tu semua terjadi lepas rayyan kena botakkan dengan Opah.


Cuba korang tengok gambar rayyan yang ini.
Mata rayyan mesti dah rambang nak pow mummy dia teddy bear kot aku rasa.
Dalam hati rayyan mesti berkata..
''mummy....rayyan nak semua teddy bear ni..''
Amboi...taukeh balak ke bapak kau Rayyan ??
Kannnnnn??


Nak tergelak aku tengok gambar orang yg dukung rayyan tu.
Perut pun tak boleh cover kan??
Abis tu camner??
Mummy rayyan belanja aku pergi beli apakenama air sedap kat kepsi lepas tu.
Tu yang muka happy je tu.
Abam tak boleh tahu ok.
Kena rahsiakan pasal air sedap tu.
Nanti dia bising..
Hello...macam mana nak baik dari batuk kalau asyik minum ais??



Hahaha...rayyan kena buli masa kat sana.
Kena paksa senyum dengan aku.
Tapi dia buat muka macam gitu jelah.
Keterujaan bila tengok teddy bear.
Kemain mata dia.
Aku yang dah macam teddy bear ni dia buat senyum simpol jer.
Rayyan spesis susah nak senyum.
Kalau dia senyum tu...kira mesra lah.
Cuba dia buat muka keret dia... Hahahaha...
Kesian ok. Aku yang kesian. Buat lawak pun dia buat bana jer..

Huhu...tamatlah cerita yang aku draft selama seminggu.
Terbaik duduk dalam draft lama lama.
Btw, aku mc lagi untuk hari ini.
Babai...

Xoxo,
DAELA