As salam..
Yehuuuu....Selamat petang uols.
Woah...aku sebenarnya dah nak Boooo kat diri sendiri dah tadi.
Maklumlah...busy sangat katanya sejak dari tadi kan...
So, inilah dinner aku malam tadi.
Amacam?
Nampak sedap tak?
Aku memang rajin sangat kalau buat makanan macam gini.
Senang , mudah & ringkas.
Bab Atkin tu...hurmmmm..abaikan..kekeke
Aku makan roti & daging ayam cincang home made.
Mood rajin terlampau datang pulak malam tadi.
Harus...tengah baring baring sambil tengok berita..
Perut pulak berdansa mintak diisi.
Tu yang laju jer kreatif di minda tak boleh nak jangka.
Abam punya lauk pauk aku dah settle kan lepas mahgrib tu.
Aku tekak malam malam nak makan western food yer.
Sangat mengada.
Nak makan nasi sebenarnya...tapi nak tunggu Abam balik dari menoreh cadangnya.
Last last malam tadi,
Abam sorang jer yang makan nasi.
Aku makan benda alah ni.
Paling tak boleh blah...lepas siap roti burger aku tu,
Aku still tak der perasaan nak makan dulu.
Sampailah Abam balik arround 11.45 malam tadi.
Terus berselera nak makan.
Abam aku masakkan sambal tempoyak udang,
Telur mata goyang & timun untuk ulam.
Sengihlah...sampai pagi tadi...kekeke
Ini adalah hobi baru aku.
Hari hari balik singgah rumah mak pun tak per.
Selalu cepat cepat balik dari offc pun kerana budak ini...
Woahhh...rindu...
Rayyan dah besau tau.
Dah dua bulan lebih.
Nanti aku rajin aku update cerita cousin aku bertunang.
Adalah terselit gamba aku dengan rayyan.
Oklah.
Baiii...
** morale of the story...jangan nak booo cepat sangat!!!! hehe
For More Info Click Here..
Iklan Berbayar
Memaparkan catatan dengan label burger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label burger. Papar semua catatan
Selasa, 5 Februari 2013
Rabu, 14 Disember 2011
Burger The Best in Town...kalau korang try sekali, pasti beli lagi..hampeh la weii..aku dah terjebak dengan burger nih!!
Woahhh...Tajuk memang sangat mengujakan.
Tapi betul. 1st time aku tengok dalam TV dah jatuh cinta.
Baru tengok dalam TV ok. Belum pernah makan lagi.
See...?Pengaruh tv sangat berkesan.
Rancangan ni aku tengok dalam 8TV kalau tak silap.
Tajuknya Best In The World.lebih kurang gini lah tajuknya.
Dengan pengacara yang tak berapa nak popular..tapi kelakar.
Tu sebab aku tak ingat nama pengacara tu sekali.
Dah nama boring teramat sangat, baru tengok tv.
Boleh macam tu? Padahal aku kaki tengok drama.
Tapi selalu drama yang ada Fasha Sanda paling aku soka...
Puiit..tapi betul apa.
Ok, lokasi kedai sangat mudah dijumpai.Kira area area Subang Jaya jugaklah.
Sapa sapa yang tinggal jauh tu...maaf lah ea.
Kang kalau korang termengidam pulak..dah aku yang berdosa.
Aku tengok yang jual burger ni muda muda belaka.
Memang gigih dan rajin.
Dorang ni berniaga guna lori kecik je.
Berniaga dari 6pm-4am.
Isnin sampai Sabtu. Ahad cuti.
Jangan mengada ngada korang datang cari. memang tak ada.. kui kui kui..
Sapalah yang pernah terkena tu kan..? Macam aku jer..kah kah
Ada sapa sapa yang biasa kat Public Bank Subang Jaya tak?
Ala..yang satu row dengan Baskin Robin lepas tu hujung dia ada Mc Donald tu.
Tapi kat situ kan..semua oneway.
Korang kena lalu belakang semua semua tu.
Lepas tu baru jumpa Lori dorang..hehehe susah tak?
Rasanya kan....ermmm...kalau dah beli mesti nak datang lagi.
Memula aku macam tak percaya. Mitos lah kononnya..ahaha.
Tapi betul lah korang.
Memang akan datang beli lagi lepas tu.
Terbayang kuah cendawan black paper yang melempah..
Isi daging ayam yang sedap..roti yang lembut..
Arggghhh...buat nak beli lagi malam ni.
Hahaha..harga untuk burger yang aku tunjuk ni,
Rm3.50. Ni namanya Ayam Cendawan
Lamb pun ada ok..tapi tak pernah try lagi.
Pastikan bila datang nak beli..kena banyak banyak bersabar.
Sebab kalau tak bersabar...korang boleh lah beli kat tempat lain.
Customer dorang ni melambak lambak.
Panjang jer kena Q nya...
So..apa tunggu lagi..malam ni boleh lah mencuba..
**Kalau makanan yang sedap & murah..best nak ajak korang singgah.kannnnn......!!
Langgan:
Catatan (Atom)




