For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 30 Ogos 2016

Perth - Lake Clifton


4 Aug 2016
As salam.. Well hello.. 
Selepas recharge semua tenaga malam tu.. Kitorang semua dah nak gerak pergi area Margaret River.
Tapi ada banyak persinggahan la ye..Masa ni hujan renyai renyai. Tapi sejuk sampai ketulang belulang. Kitorang tidur semalaman dirumah ni. Cantik. Luas sangat aku rasa.
Tiba tiba teringat dengan cucu Pak Jubaidi ni. Comel sangat. Jasmin namanya.
Tak habis habis peek- a - boo dengan Ajil. Cakap Ajil comel. So cute dia puji Ajil.
Ajil sengih sengih je laaa.. Aku pun rasa macam cute je dia mengusik Ajil.


Acik dengan Uncle Amy.
Anak anak buah aku semua panggil Amy "Uncle". Uncle kesayangan Ajil. Ajil melekat je dengan Uncle. Dengan aku dengan Daddy dia pun dia kurang nak sangat. Haaaa...elok laaaa... :)


Masa ni dah gerak dah .1st persinggahan adalah ke Lake Clifton. Hujan renyai renyai membuatkan hati terlalu gembira dan berpeluang melihat keindahan ciptaan Ilahi.
Memang hati ini sudah mencintai Perth tau.
Aku sampai terlupa hendak snap gambar gambar cantik untuk tatapan semua.
Masa ni aku mula menceritakan keindahan langit biru pada dorang.
Sebab langit mendung sahaja ketika tu.
Aku berharap dapat kongsi langit biru dengan dorang. Sebab aku pernah dapat lihat di Gold Coast.


Sebelum sampai ke Lake Clifton, kitorang singgah di Waroona.
Kira area RnR kat sanalah. Walaupun tiada tempat nak membeli belah or jajan jajan macam RnR kat Malaysia.
Yang ada cuma tandas sahaja.
Tapi view memang lawalah depan toilet tu.
Haa...sepanjang 4 hari kitorang naik kereta Estima tu.
Selesa sangat. Acik driver sepanjang kami bercuti kat sana.
Walaupun kitorang semua boleh memandu, lagipun right driver.
Sama macam Malaysia kan.
Amy jadi co-pilot memandangkan, Ajil kena duduk dalam Baby seat. Ayen dia pajak sensorang kat seat belakang.
Itu pun Ajil nangis nangis manja nak keluar berdukung dengan Mummynya.
Ayen, memang time bercuti hari tu, dia dapat main ipad untuk tenangkan diri dia.
Habis tengok ipad pun cerita Thomas & Friend. Paling best asyik pasang lagu raya balik kampung dengan goyang dumang.
Betul betul rasa balik kampung Perth masa tu.. haha..


Percubaan mencari Lake Clifton ni tidak lah mencabar sangat.(Bahahahahahhahahahahahhaha)
Kitorang berhenti kereta di bahu jalan masa tu.
Sebab Garmin buat hal.
Jenuhla keluarkan henpon masing masing kat tepi jalan tu.
Internet pun on off. Kira stop kat tepi jalan sambil mencari hala tuju macam tu.
Tiba tiba ada Local tegur adik aku.Dia diseberang jalan .
 Siap tanya "kenapa"? hahaha in English laa.
Then dia tunjukkan hala jalan yang dicari.
Alhamdulillah..Allah hantarkan dia untuk kami mencari jalan.

Dah sampai area dalam tu pulak, nampak kiri kanan jalan pokok grape yang dah layu.
Masing masing dah bertambah lost sebab hujan mencurah curah lebatnya.
Sampai lah ke penghujung jalan. Lama gak lepak dalam kereta.
Mana taknya nak tunggu hujan reda sikit.Kemudian baru Amy dengan Acik keluar.
Sebab nampak kawasan untuk dorang merokok.
Haa...sambil tu aku suruh dorang tengok tengok kat depan tu, mana tahu dah sampai ke kan.
Dorang pun cakap ok.

Mereput aku dengan Farah tunggu dalam kereta, sambil habiskan strawberry yang masih berbaki.
Kemanalah hilangnya 2 lelaki ni....?

Lepas tu dorang datang bagitahu yang tempat tu betul..


Turn aku dengan farah pulak menjengah kat tempat tu.
Takkan Amy dengan Acik nak biarkan kitorang berduakan.
Amy pun cakap nak teman kitorang..
Anak dua orang tu lena tidur memanjang.
So...kami bertiga pun menjelajah balik.
Woooooahhhhh... memang lawa.
Cuma unlucky sebab langit tak biru.
Angin kuat sangat masa tu.
Hujan pun masih rintik rintik lebat.
Kebetulan memang tak ada orang langsung masa tu.

Sebelum sampai tempat ni, akan melalui macam semak dikiri kanan.
Seram gak tepi tepi semak tu.
Nampak macam kawasan buaya melintas.
Haaa....seram kan?
Tapi Amy cakap bukan.
Mungkin biawak je dia cakap.
Biawak pun..kot melintas....lari uolss...
Bahahahahha...


Amik masa lebih kurang 5-7 minit kot bergambar kat sini.
Lepas tu laju laju pergi kat kereta balik.
Gambar banyak sebenarnya.
Tak lalu nak resize tau.


Ok done.
Ajummmmm kita ke next destination kekdahnyaa..
Aku sebenarnya expect Perth ni biasa biasa je.
Tu laaaa... tak kenal maka tak cinta.
Dah kenal...haaa terus jatuh cintaaa..
Indahnya bumi Ciptaan Allah.

Rasa sedih sangat nak tinggalkan Perth hari tu.
Tapi perut dah merindui nasi lemak.
Hahahahaha...

ok See u soon..

xoxo,

Daela

Jumaat, 26 Ogos 2016

Perth - Jom Pergi Nyah, Fefeling Europe kata nyaaa..

 As salam.... woahhhh.. lama betul aku senyap sunyi dari dunia berblog kan?
Aku selalunya busy sangat. Banyak sangat kerja nak siapkan.
Macam macam hal.Tengah best best menaip blog, Amy panggil suruh masak lah,
Ajak kemas kemas rumah la. haaa...tulah salah satu blog aku mmg akan ke laut.
Tu belum lagi aku titiba rindu anak anak buah aku.. terus start tenggiling kerumah dorang.
Dasyat betul kalau merindui seseorang kan?Terus lebuhhhh aku punya blog.hahaha

Aku ni adik beradik tak ramai. Ada 4 orang je.
Masing masing pun sibuk dengan kerjaya masing masing.
Kami semua dah pun berkahwin ewahhh... flash back sikit sikit..haha
Adik aku yang sorang ni dia kerja jauh dari keluarga. Jauh puluhan ribu batu.
Jadi, hanya kecanggihan teknologi sekarang menghubungkan kami adik beradik.
Walaupun jauh tetap dekat dihati..

Since aku dah lama tinggalkan memori ke Australia tahun 2013 yang lepas, maka.. dalam hati memang tiada lagi peluang untuk menjejakkan kaki ke tempat asal Kangaroo lagi..
Adik aku memang berhati mulia. Sebelum ini, dia telah menghadiahkan kedua orang tua aku Menunaikan Umrah pada awal bulan February. Aku tahu Abah aku lompat bintang dalam hati.
Aku tahu mak menangis kegembiraan dalam senyuman.
Yaa.. aku tahu mereka adalah insan yang paling bertuah kerana melahirkan anak yang telah berbakti kepada orang tuanya..Semoga Allah memberikan lempahan rezeki buat Adik aku & orang orang yang berbuat baik & sentiasa mengembirakan hari orang tua mereka..

Selepas pulang dari Umrah, adik aku bawa lagi mereka bercuti di Bali Indonesia.

Then bawa abang yang sulung sekeluarga pergi Krabi.

Turn aku....hehehe...

Tengah malam Ramadhan yang damai, adik aku dok wasap wasap aku.
Titiba tanya nak pergi Australia tak Nyah?
Nyah bukan la mak nyah. Tapi singkatan untuk Angah. atau Mak Ngah.
Tapi anak buah aku semua sebut pun tak sampai.
Angah jadi Anyah. Anyah pandai pulak sebut.
Aku terkebil kebil membaca wasap adik aku ni.
Biar betik??
Laju laju la jawap nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!
Titiba lompat bintang kekiri dan kekanan.
Amy tidak ada waktu kejadian. Dia tengah busy di ladang gandum.. hahaha

So...kita kasi seprais kat Amy kan esoknya..
Cea... cea...esoknya dengan excited aku cerita dengan Amy.
Dia senyum je...pastu sambil angkat bahu cakap pasport dah expired.
Haaaaa....gelabah ubi iols masa tu..hahahaha..
Then kami pun siap siap buat passport . Barulah adik aku buat booking ticket flight.
Haaaaa.... Barulah boleh senyum.
Pun tak boleh senyum gak sebenarnya..

Aku dengan fara kena jadi assistant kat sini.
Sebab adik aku akan flight dari tempat kerja dia, turun Malaysia,then baru flight ke Perth.
So, semua persiapan segala mak nenek kami bertiga buat kat sini.
Dan kebetulan pulak Perth time winter pulak.
Winter gear untuk anak anak buah aku pun kami kehulu kehilir pergi beli.
Tukar duit pun kitorang gak buat...
Terima kasih pada kawan aku yang emailkan Itinerary ke Perth.
Aku tahu kalau dia baca...haaa Akak laaa sapa lagi...
 Dan dia orang pertama tahu ketika pelawaan adik aku masa tu. Hiks... :)


 






Sampailah waktu yang ditunggu tunggu tiba untuk pecah rahsia.
Kitorang sebenarnya hampir sebulan keep secret dari family.
Bukan apaaa...sebab bulan puasa, lepas tu Fara pun selalu buka puasa kat rumah mak aku,
aku dah memang kerap berbuka puasa kat rumah mak juga.. jadi kitorang diam diam je dulu.
Kang kena halau pula sebab tak ajak dorang..hahaha.

Tapi tak boleh gak nak kesian kat adik bongsu aku tu..
Time dia esok esok lagi best dorang nak pergi..
Aku tinggal.. jaga dulmahhh..(rumah)
Since Kami pergi beramai ramai, jadi nya kena tidur kat rumah adik aku.
Abang aku yang jadi driver untuk hantar kat Airport pun kena paksa tido sana.
Maklum laaa...flight awal pagi.
Lagipun kami tak nak melalui jalan jem hazabedah orang orang nak pergi kerja pagi tu.

Muka pagi pagi pun semua selenga jer.
Adik aku sempat masak nasi takut kitorang kelaparan.
Lepas tu dah sampai suruh melepak dekat stabak pulak.
Suruh mencekik lagi...hahaha.
Aku memang tak berani nak makan heavy.
Takut memerut kang kat dalam flight.Hahahaha..
 


Aku dah lama tak amik port pasal tiket flight.
Aku agak tanjat boboi gak sebab baru tahu ada flight direct pergi Perth guna Malindo.
Adik aku memang suka gunakan Malindo Air.
Mana mana dorang pergi oversea memang akan beli Malindo Air.
Walaupun adik aku kerap fly naik Emirate's , dia sendiri cakap Emirate's flight dalamnya kecik. Sempit.
Haaaa..aku bayangkan macam dalam Airasia jela. 

So, flight amik masa 5jam 55minit.
Haaaa...disebabkan bangun seawal 4am,
Maka...syoklah tidur dalam flight.
Cuma anak anak buah aku merengek masa nak mendarat.
Sakit telinga dorang agaknya..
Kesian dorang.
Oh ya...makan nasi lemak dalam flight sedap oiii..
Hahahaha.. flight attendant pun cun cun je.
Semua pun baik baik. Sebab anak buah aku Ayen kena pakai stroller.
Elok je boleh guna sampai nak naik flight tau..
 

Boleh tak muka semenggah sikit bang?
Haaaa...2-3 tangkap gambar memang aksi gini jer dia kasi.
Haaa...lantok situ.
Mungkin sebab dah pernah pergi Australia sebelum ni kan...hahahaha...
Jadi...aku cuma rasa biasa biasa je. Tak shopping apa apa pun kat Malaysia.
Cuma beli stokin je. Itu pun Farah belanja.

Amy, dia tak tunjuk kat aku dia excited.
Tapi nampak....hahahhahaha..

Farah confirm confirm excited.
segala macam dah standby kat sini kan?
Seronok sebab kitorang sama sama buat keje keje belakang tabir. 

Masa ni tengah tunggu adik aku beli optus card.
Sebelum tu, masa nak check Immigration Counter, hadoi... masing masing dup dap dup dap.
Aussie laa..strict sangat kan?
Pertama kali kena lalu kat bahagian yang ada anjing tu.
Cuma dia sniff sniff kat bag ja.
Then lepas....hah...legaaaaa....
Apa apa pun kena declare apa yang kita bawa dari sini kan?
Tebal jugak la aku print print dari sini.
 



Elok je lepak kat luar tengah tunggu Pak Jubaidi, owner kereta kami tu,
Farah terjuma kawan dia.
Kawan fara memang kerja dia membawa pelancong Malaysia ke Perth.
Seronok kerja dia.
Sambil bekerja boleh bercuti juga.

Masa ni dah nak 5:30 petang.
Memang dah nak gelap sangat dah.
Masa ni sejuk terlampau.
Tak silap aku dalam 9'degrees +- macam tu laa..
Haaaaa....barulah kerinduan Australia datang pada aku.. sejuk...nyaman..kaann?


Ok masa ni Pak Jubaidi tu dah sampai kat depan tu.
Tapi feel nak bergambar dulu lah.
So, kitorang terus dibawa kerumah anak Pak Jubaidi untuk menginap semalam di rumah dia.
Punyalah sejuk malam tu.
Nak mandi pun semua malas.
Perut masing masing pakai lagu keroncong.
Mana taknya, last makan kat dalam Flight.

Nampakkan..luggage warna putih tu?
Ha...bag tu je 35kg ++ tau.
Dalamnya semua makanan.
Ate, macam pindah je.
Berat bapak batu dalam lugguge tu.
So, malam tu kitorang makan Brahim je la.
Then gatal gak keluar test test market kot kot ada shop yang buka.
Nasib baik berjaya.
Jumpa pasaraya Coles. Tak tau area apatah.
Tapi...bestnyaaaa meriah je dalam pasaraya tu.
Paling best pow acik aku strawberry. 2 pack $5aud.
Sedap, manis dan besar besar.
Jangan tanya mana gambar....hahahahahaha...

So, esok nyaaaa....kami nak pergi Area Mandurah. 

Till then kawan kawan..

xoxo,

Daela.