For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 28 Disember 2010

::Muka happy tapi aku rasa poyo pun yer jugak..::

 
Yeyeahh...Salam sejahtera u all..
Woa...mood ke longkang aku ni.Seminggu aku updates blog sekali jer.
kijam kejam kot aku ni.
Super kemalasan tahap cipan terlampau aku ni.
Ok ok..muka putih suci kan pict ni?
Tak la...aku nak tunjukkan rambut aku sewaktu lurus cam lidi...
Ni aku snap masa nak g kedai set rambut...woaaa....titiba set rammbut kan?
Ala ala...nak pegi majlis glam jer kan?
Hahaha...
Ya...buruk benar rasanya gambar ini.
Ini selepas buat rambut kerinting B**^&*(^..
Serabut serabai jer kot.Nasib murah.
Kalau mahal...harus aku keji nama kedai tu..
wahhh..titiba salahkan kedai..kan..?
Aku pergi kedai jer seawal 3ptg.
Padahal even start pukul 845pm gitu.....
haaa...lama lagi nak tunggu tu...sempat aku tido tido ayam...

Ha...rambut yang aku buat cantik cantik kat kedai sudah rosak.
Sebab, aku sudah bantai tido kat rumah kan..
Hanya tinggal gulungan kat bawah saja.
Fyi, this is my 1st time buat wave hair.
Sungguh serabut.
Dulu dulu aku penah buat kerinting.
Ha...itu lagi keji...sehari aku buat..petang tu aku sudah sikat rambut.
Masa tu tak  terfikir sayangkan duit....ruginya buat perangai macam tu..
owh ya...rambut dengan baju sama hitam...
jadi wave kat situ kurang jelas..

Hahaha..ini gambar sampingan jer ni...
Aku gatal tangan pergi rembat bunga orkid.
Aku petik sekuntum kat luar shopping mall...
Baik punya cover line...haa...kan dah dapat bunga orkid.
hahaha..Sebenarnya, ramai lagi yang joint pergi.
Tapi..aku tayang muka aku lah dulu..
Muka muka dorang yang lain...tahun hadapan..
hahahaha...sebut jer tahun hadapan, 
sudah tak lama lagi jer kan..tinggal 3-4 hari jer lagi ,
say good bye to 2010...
Inilah model wave hair yang aku nak tiru sebenarnya..
Dia ,muka jer dah comel.
Dagu pun runcing..
Aku..dagu jer dah macam apam.
Pipi jer dah macam kueh pau kacang.
Jadi....mimpi jerlah jadi seperti model ini rambut nya..
adehhh.....

Selasa, 21 Disember 2010

::Sheila Mambo Kahwin::

Salam Sejahtera kawan kawan..
Lama aku tak menulis di blog.
Idea kurang..
Mood pun kadang kadang ada, kadang kadang tak da untuk menulis.
Maklumlah..pemalas.
Last week, bertarikh 19.12.2010
Sorang lagi kawan aku kawen.
Shiela Mambo.
Apasal Mambo?Tah..suka suki jer kawan kawan lama aku panggil dia Mambo.
Majlis perkahwinan berlangsung di area Seri Sentosa Kg. Medan.
Sangat dekat.Jadi, aku ngan Amy tiada masalah untuk ke sana.
Cik Sue juga mendapat undangan.Tetapi..dia terpaksa attend majlis kenduri kahwin
saudara maranya..
Tema perkahwinan Sheila MERAH.
Lagipun Sheila putih melepak.
Tak hiraulah dia nak pakai baju kahwin warna apa sekali pon.
Sure cantik.
 Ha...inilah team team RC yang dulu.
Wah...masing masing dengan Big Famili.
Time time kenduri kenduri ginilah dapat jumpa dorang.
Syok betul.
Masa aku kahwin hari tu, aku tak berkesempatan nak berborak panjang ngan dorang.
Ha...time nilah juga nak kena bahan.
Aku termiss menjemput kawan kawan.
Yelah, dorang masing masing bawak haluan.
Mana nak contact kan?
Ada 2-3 Famili gak aku tak dapat nak invite.
Maafkan aku kawan...
 Mambo di meja makan.
Gambar credit to Puan Min Qaseh.
Wah..hidangan semua membuka selara pada kitorang.
Pengantin malu malu kucing time makan.
Hahaha..teringat masa kami makan beradap.
Semua pon sopan sopan dan malu malu.
Kenyang sebab perut aku kena korset dua helai.
Ha...mana buleh nak makan penuh penuh.
 Make up, baju, pelamin semua meletop.
Tapi tang rambut tu...aduhai...kecewa aku tengok.
Sedikit serabut.Sory to say Sheila..
Dia juga mengambil package Mak andam yang sama di ALFINAZ
sama seperti aku.
Cuma mak andam kita berbeza.
Kalau tak silap aku, Sheila menggunakan Pak Andam.
Aku menggunakan Mak andam.
Kan berbeza..
Tapi...tak kisahlah..Sheila sudah pun selamat menjadi seorang isteri.

 
 Inilah muka hauk selepas balik kenduri..
Lepas balik kenduri, singgah rumah emak sekejap.
Rindu kat emak, sebab mak aku baru sampai dari kedah malam tu..

Selasa, 14 Disember 2010

Kenduri Kendara Rumah Cousin

Holaaaa...
Time time cuti sekolah nikan..ramai betul orang buat majlis kenduri kahwin.
Setakat ni..ada 2-3 lagi yang sedang beratur kad yang dilanting untuk aku attendkan.
Insyaalllah, jika tiada aral melintang, kami sampai..
Okok, ni cerita pasal saudara mara punya majlis resepsi.
walaupun, aku keji tak ambil gambar dengan pengantin sebab pengantin sampai kitorang dah nak balik. 
Majlis diadakan di Klang Selangor.Daerah mana tak hengat.
Tapi area area Kapar kot.
Dalam dewan Masjid Berkhubah Hijau.
Begitulah sekali sekala berjumpa sepupu sepapat.
Harus berposing maut bersama Mak & abah aku.
Aku mana?
Haaaa...yang tukang tangkapnya aku lah..itu pasal tiada dalam gambar...ngeh ngeh ngeh.
 
Yang berbaju Petak hitam ala ala Gaban sakit pinggan tu..sila abaikan.
Ini kali pertama dia joint kenduri sebelah abah aku.
Naik pitam katanya...coz..dia tak berapa faham apa yang sedara mara belah abah aku cakap.
Hahaha..kitorang speaking London bebeh.
Bila sedara mara berkumpul, mulalah kan...
Tiada lagi bahasa melayu digunakan.
Sapa yang tidak faham,
sure...akan terasa dirinya dikeji.
Padahal tidak sikit pon kan?
Btw, dah banyak juga ajar ajar Amy pasal basic bahasa London ni.
Bukan tak pernah ajar.
Tapi...mana ada terus boleh expert ..
Kata dari kecikkan?
Haruslah...boleh..Go..Amy..Go..
Alili bersama Tok Along.
Titiba budak kecik ini buat trademark Black Metal tu.
Entah mana dia belajar...?
Sebelum ni, Alili asyik ajak kitorang beraya rumah Tok Alang.
Padahal raya dah lepas..
Rumah Tok Alang kat Sungai besar.
Rumah Tok Alang pinggir sawah padi.
Rumah Tok Alang dekat dengan anak sungai.
Agaknya, budak Alili ni rindu nak merasa suasana kampung lagi agaknya,
Mana tak nya...raya puasa tahun ini,
pagi raya ke-2, haaa...semua sudah mengangkut pancing pergi kesungai memancing.
Atok, nenek, uncle, mama ,abah, acik, farahnor, untie fiza, uncle eddy semua bersantai
kat jembatan.
Syok agaknya alili.Dia lah paling gembira.
Tapi, dia tak reti nak luahkan.
Itu pasallah, setiap nampak muka aku, Amy & Mama & abahnya berkumpul..
ajak balik kampung...Ala...kesiannya..
 
Team tembun..
Tudung out of fashion sebab mmg tembun giilaaaaa...
sigh....!!!!!!titiba salahkan tudung pulak...

Jumaat, 10 Disember 2010

Senyum Hari Jumaat

 

Salam kawan kawan...Heee...
Poyokan muka aku pakai tudung ala ala belit belit ni?
Nampak semakin tembun & bertambah montok plus montel.
Tengok saja tang pipi.Aduh aduh..sungguh tembun.
Bak kata Amy, cucuk ngan jarum kat pipi montel aku baru tahu..
Ha..nak kutuk secara teranglah tukan..
Ok, im flu rite now.Hari hari kena hujan.
Hari hari rasa malas nak pergi kerja.
Hari hari mahu layan mata tidur dirumah.
Tapi tu semua MALAS jer..
Kalau ikutkan...memang MALAS..
Ini adalah pakaian untuk hari ini.
Sebab hari ni istimewa...Kata Hari Penghulu segala HARI..
Hari Jumaatlah kan?

Semalam balik kerja, aku tengok Amy tengah kemas kemas baju dalam almari.
Aku macam gabra sebab mesti dia akan selongkar sebakul besau koleksi tudung aku dalam box,
yang tak pernah usik usik sejak pindah.Damn gila pemalas.
Lepas tu aku ada beli Shawl Crystal kat kedai Partner aku kan..
Aku kan suka beli..tapi tak berapa suka nak pakai..
Beli, lepas tu masuk dalam box..sekali semalam, 
Amy sound...
"wah wah..banyaknya shawl baru..bila nak pakai ni?"
Hahaha..Aku gelak jer lah.Sebab dia suka kata kalau aku pakai shawl jadi tembun.
Haaaa...sapa nak disalahkan?
Senang cerita, aku lebih suka pakai tudung Ala Ala Ariyani yang terus ada owning tu..
Sarung jer..
Mudah.Semudah 1,2,3 A,B,C

Pagi tadi, demi tak menghampakan permintaan suami agar pakai shawl tembun,
Aku pakai lepas tu terus MMS kat dia...senyap jer sampai sekarang.
Oklah tu kot..

Isnin, 6 Disember 2010

::Legamu , Lega Kami jua..::

Hai everyone!!
Today aku mood sikit kacau coz pagi pagi sudah kena hujan.
Tapi aku redha, coz aku dapat juga sampai ke office tepat pada waktunya kerana tumpang cik sue.
Ok noted.
Lepas breakfast, tup tup aku terbaca satu blog yang sangat annoying terlampau lampau.
Selama ni memang tak hingin nak baca pon.
Tapi, biasalah orang yang suka menjolok sarang tebuan...ha...terimalah balasan.


Ok,


lega to clear off friends' list and being cleared from an ex-friend list.

Hallo, ko ingat ko tu sudah cukup bagus ke jadi sebagai kawan?tak ada kawan macam ko pun tak per.
Memula, dia ni remove/block kitorang one by one dalam office jadi friend list dia.
Dan sebagai kawan, Kami tak pernah nak remove bagai dia ni.Lantak pianglah ko kan?
Tapi, ada kami kesah?
Tak pernah yer!!!!
Sebab, perangai buruk dia ni dia suka suka buka tengok pict ex-friend dia dan membelek belek gambar.
Siap keji/puji & mengata sekali.
Dia akan tengok, ko kaya ke, ko miskin ke, ko makan apa ke, ko ada ramai anak ke,
ko ada ramai boyfriend ke, ko sedara ngan siapa, ko rapat ngan siapa ke...huh..semua akan dia belek ok.
Dia sangat suka menyibuk hal orang & akan tengok senyap senyap dalam FB / Blog or apa saja.
huii....padahal dia tak suka tu...ha...fikir fikirkanlah.

lega because i don't have to deal with idiocy and silliness.

Kitorang pun lega sebab kitorang pun tak hingin berurusan orang yang sangat sangat bodoh bangang
dalam hidup kami.Selama ini pun, ko jer pun yang suka sibuk dengan masalah orang.
Ko memang jenis suka menyemak dalam kehidupan orang.Kesian, belajarlah jadi cerdik sikit dalam perhubungan.

lega because i'm already out of there and i have better world out here.

Untuk pengetahuan ko lah kan, kitorang semua sekarang sedang berbahagia setelah ko berambus dari sini.
Kami semua makan sepinggan,lepak sesama.Tiada lagi permusuhan yang ko sering war warkan.
Tak sangka....setelah ko blah dari sini, satu persatu rahsia ko telah dibongkar.Kalau korang nak tahu, sebab ada manusia manusia seperti inilah, kami yang berkawan boleh jadi gaduh.Sebab, cerita suka putar putar.
Tapi, kami sungguh bertuah, sebab kami tak sebodoh ko.Kami boleh menilai mana yang baik mana yang bodoh dungu.

lega because now i know the true colors of those people i once knew.

Aku tak rasa ko pernah tahu warna warni persahabatan?
Aku tak rasa ko penah mengalaminya.Yang aku tahu, hidup ko penuh dengan perasaan dengki & iri hati.
Perasaan itu yang sering bermain dalam hati ko.Perasaan itu yang membuat ko tersiksa..

lega because i get the chance to improve

Itulah, aku harap ko boleh berubah.Nak nak lagi pasal diri ko tu.Pasal hati & perasaan ko terutamanya.
Buangkan segala hasrat dengki & busuk hati ko tu pada semua kawan kawan ko.Hati kalau sudah hitam, susah nak cuci tau..!!!
Sila percaya, bahawa...tak semua orang ko boleh kawal.tak semua orang akan rasa ko yang terbaik.

lega because it happens now rather than later

Errrmmm...Aku pun rasa macam tu.Nasib baik kitorang semua cepat cepat sedar, sebab, kitorang pernah berkawan dengan bekas si penipu.Ok kawan kawan, dia ni jenis suka sembang lebat.Dia suka bangga bangga diri.Dia suka tipu orang.Dia suka mengada-adakan benda yang tidak ada.Dia suka bohong kawan baik dia sendiri.Sampai hati kan..?

lega because i don't need such friends in my list.

Aku tak Psycho seperti ko.Jadi aku biarkan saja dirimu disitu.
Bagus jugak..boleh baca apa yang ko merapan & merempan dalam blog ko kan.hahahaha..
Tengok, blog jugak tempat ko meluahkan perasaan..Kesian..sampai tak ada kawan yang sudi dengar masalah ko kan..?

lega because i don't have to ponder why and why and why everyday before coming to face them everyday and have to speak to them everyday and play along like a dumb person when i'm not

Sebut pasal nikan, ko tak serik serik ke?Kan aku penah advice ko dulu.Ok, korang, meh aku citer sikit,
Pernah tak korang masuk office pagi pagi dengan muka yang masam mencuka?Dengan sombong masuk ke office?Pernah ke?Kalau pernah samalah macam dia ni perangai korang.Dia ni suka buat muka belagak gila kalau masuk office.Padahal pakai kereta biasa jer pon.Padahal masuk pukul 830am je pon.Big Boss aku yang naik kereta mewah pon masuk office muka berseri jer.Siap bagi senyuman dan ucapan salam.See..wtf teruk gila perangai dia ni?Muka kalau macam Nasha Aziz ke, Fasha Sandha ke, ok boleh terima.Bila masam muka pun masih cantik.Ini...Ya Allah...Ampunkan dosa aku Ya Allah...
Tolong lah eh, jangan lah perasan sangat yang ko tu pandai.Ko pandai pun sebab speaking London jer.Bab bab lain semua tak pernah ko miliki.Nak nak pasal persahabatan..sikit pun tidak layak..

and lega because we belong to different set of group, clique and society where i can't mix with yours and you can't mix with mine.

Memanglah.Sapa yang sanggup dengan dia ni?Cakap...sapa yang sanggup?Orang yang sanggup tu pun sebab terpaksa.Kalau boleh diberi pilihan, semua orang pun tak nak sama dengan ko..Serious,tiada sapa yang mahu.Sebab, ko terlalu mendongak kelangit.Ko terlalu kejarkan awan.Ko terlalu sukakan bintang.
Ko tak pernah lihat pada bumi, ko selalu memandang sinis pada tanah.Ko tak pernah bersyukur bahawa tanah & bumi adalah tempat asal ko.Ko terlupa itu.Jangan ingat semua orang seperti Ko.Ko mengejar bayang bayang ko sendiri...aduh...kesiannya...

lega because you zipped your lip tight and we are no longer bff...thank you!

Hermmm...Apa perasaan koranglah kan...kalau, ko sebagai BFF selalu kena tipu?Contoh terdekatlah,si A kena tipu dengan dia ni pasal Buku.Buku tu memang agak mahal MILIK COMPANY aku.Lepas tu, ko as a BFF sanggup tipu ?Sial tak sial?Kalau aku..sure aku sial sial kan jer.Nasib aku tak kena tipu.Dia boleh cakap yang buku harga ratusan SGD tu milik dia.WTF la....Lepas tu, dia ni sanggup bermuka muka dengan BFF dia? Elok lah Si A diamkan diri.Supaya tidak di tipu lagi..Si A pun tak mengharap ko jadi BFF nya.Sumpah stupid dia tak mahu kawan dengan ko lagi.Ko tak payahlah susah susahkan diri ko dengan mengirim SMS atau pun apa segi perhubungan dengan si A.Si A terlalu kecewa dengan ko.Si A doakan supaya ko cepat berubah.Si A berharap agar ko tak dikejarkan ke hospital Tanjung Rambutan dalam masa terdekat ini.

"Semoga Allah mengampuni dosa dosa lepas ko."

hahaha, aku tulis Bahasa Melayu, dia orang melayu yang makan belancan tapi tak faham dan buat buat dungu bongok tak reti bahasa Melayu ....

Jumaat, 3 Disember 2010

Random ::Hotel Istana by Masa Dinner 2010::

 
Ewah ewah, bling bling ko Kak Jah.
Bersinar sinar.Tak sangka, snap titiba bersinar sinar ko.
Ok, Setiap tahun, company aku dapat Invitation ke Masa Dinner At Hotel Istana
Tak sangka, tahun ini tahun kedua aku dapat kesana lagi:)
Alhamdulliah.
Seperti tahun lepas,
Aku dan staff staff yang dijemput akan bersiap dari office saja.
Tak perlu pulang kerumah, 
Sebab, nak melintas masuk ke Ibu kota waktu petang sangat sangat hazab.
Jadi, semua pun ready  baju, make up & wangi wangian sekali dipejabat.


Setelah sampai ke HI singkatan untuk Hotel Istana,
Perut semua sudah menyanyi lagu Wings bertajuk Jerangkung dalam Almari.
Tapi tahan & control cun masing masing kot.
Tahun ini tiada Sarimah pengacara feberet aku.
Dia telah diganti dengan Helmi Gimik.
Semua orang pun macam...ooooooooo...tatau la best ke tak kalau dia jadi pengacara kan.
untuk malam tu.
Selepas Menteri memberi ucapan sepatah dua kata,
Muka muka boring mula tersenyum lebar.
Mana tak nya, kami kebuluran tahap gaban.
Nah, sekali waiter tu hidangkan first menu , 
haaa...sekejap jer food licin.Tipu la...
kata majlis koprat, takkan lah nak makan selaju seperti makan di pantry.
Adap dan sopan ala ala ketimuran tetap ada..:)
Sambil makan sanggup gigit sudu dari habis lipstik kan kan?hahaha
Prawn Oat Butter ni sangat sangat sedap.
Aku makan 3 ketui udang.
Dan serdak serdak oat yang sangat sedap tu.
Siap ada daun kari..adeh..teringat ingat sampai sekarang..
Macam biasalah, kalau dinner kat hotel,
makan malu malu sambil cover coz semeja ngan Director yang bujang.
hahaha, tak kuasa kot.
Sebab hidangan berlambak lambat ikut list.
Ayam ado, ikan ado, sayur ado..
desert ado..ha..desert sedap sangat...maaf tiada gambar.
Btw, kesian kat diri aku ni..
Aku tatau pulak yang erry putra ni sudah jadi penyanyi.
Titiba malam tu, ada dia ni buat performance pulak.
Lagu dia aku nyanyi lagu Shahir.
Boleh la..suara dia ni..
Selain dia, ada Alyah & Andy Flop Poppy.huaaahhh..ngatuk masa dia ni nyanyi..
Ok, aku ada cakap td kan,
Pasal Helmi Gimik.
Memula tu agak boring gak.Coz, dia titiba buat belagak speaking london dengan lagaknya..
Sebutan agak jelas, tapi cam melampau pulak.tapi still under melawak.
Ha...sekali dia buat aksi aksi...wah...tak kering gisi kot semua orang.
Memang terbaik la..melawak jer.
Sporting pun jugaklah.
Dia menyanyi..dia berjoget.
Ok, habis cerita pasal dia.Tahniah coz buat malam tu jadi gamat & ceria.

Hurmm...Luck my Director bujang nilah gamaknya.
Dah dua kali dia naik pentas dapat cabutan bertuah.
Kali ni dapat mini fridge.
Kan ke kira bertuah tu..
No. lucky draw dia ngan aku dekat dekat tau.
Dia 0061 aku 0062.Tapi aku redha..sob sob sob..
Ada jugak guest dapat ipad.Tv LCD 40 inch.
Ha ko...melotup hadiahnya..
Ok, kita tutup entri ini dengan bersyukur pada yang maha ESA..
Aminnn....

Try Masak Yee Mee ♫♫♫♫ nasib baik jadi..

 
 Hollaa..
Petang semalam kan, sambil pecut bawak moto,
otw balik rumah, aku terfikir nak masak apa untuk makan petang.
Amy sekarang sudah tak mahu makan waktu malam.
Dia berdiet.Aku tidak boleh berdiet.Perut akan menyanyi kalau tidak makan.
Bila Amy kerja petang, aku akan jarang jarang kedapur sekarang ni.
Kebetulan semalam masa kat office ada orang belanja makan Domino pizza,
lepas tu seharian kebuluran.Itu yang berangan angan nak makan yee mee buatan sendiri.
Sampai dekat area rumah, aku singgah kedai.
Beli ingredient untuk masak kuah yee mee.
Mee Yee Mee sudah aku beli 2 minggu lepas.
Bahannya:

Ayam (Ambil tang dada sahaja)
Sedikit Udang
2-3 ekor sotong
Sedikit sayur sawi
Lobak merah untuk mencantikan masakan
Cili padi 4 biji ditumbuk kasar
bawang putih
Secubit garam
Serbuk perasa
Sedikit lada sulah
rebusan stock ayam( pakai maggi pasti sedap pun ok) 
Sedikit tepung jagung
Sebiji telur

Tumis semua bahan, kemudian masukkan air rebusan stock ayam.
 Pecahkan sebijik telur dan kacau jika mahu telur itu hancur atau biarkan sahaja.
Masukkan sesudu tepung jagung dalam cawan kemudian, kacau sampai rata
barulah dimasukkan dalam periuk dan kacau.
Pada sapa sapa yang suka kuah tu pekat, boleh tambah tepung jagung lebih sikit


Haaaa...pasal ternampak gambar ini dalam henpon lah aku teringat ingat nak masak Yee mee.
Tapi yang ini kuah nya hitam.
Aku belom berani untuk cuba yang hitam gini.
Mungkin banyak bubuh sos tiram & kicap.
Btw, nasib baik cubaan aku membuat yee mee putih(ayat untuk sedapkan hati)
menjadi.Kalau tak jadi, aku makan jugak..sebab lapar..hahaha
Tiada yang kelakar kalau tengah lapar ok!!

Rabu, 1 Disember 2010

:: Hobi ::

Lately ni aku suka betul masak & makan.

Aku akan suruh Amy buat pilihan untuk aku masak.
Coz aku sudah jemu masak atas pemikiran aku sendiri.
Kalau Amy malas nk tolong fikirkan sekali..
Aku hanya masak ikan goreng bercili kurang pedas dan sayur goreng.
Sampai tahap tak tahu menu apa yang nak dimasak.
Sebab, aku hari hari masak kat rumah.
Bukan sebab rajin sangat, tapi sebab sudah jemu..i repeat  JEMU makan kat luar.
Bila ada pasar malam dekat dengan rumah, aku akan ajak Amy pergi beli bahan basah.
Sambil tu tanya tanya dia nak makan apa.
Titiba dia cakap mahu makan nasi ayam.
kwang kwang kwang..
terkujat sekejap aku.
Aku mana pernah masak nasi ayam sendiri tanpa Emak yang guide dulu dulu.
Tapi tetap cover line cakap yang aku akan cuba masak.Kalau tak sedap sila marah lepas tu.
Setelah bahan bahan dibeli,
aku balik rumah try masak.
Lucky day coz amy tak menggangu aku didapur.
Sebab aku rasa kekok kalau ada mata mata yang memerhatikan aku kat dapur.
Rasa macam semua kau buat serba tak kena.
Nak nak pulak orang yang ada kat dapur tu kaki komplen.
Sure aku gabra semacam saja:)
Masak Nasi ayam ni sangat mudah.
Mula mula rasa macam susah.
Tapi selepas jadi plus siap terus rasa mudah sangat kalau kita rajin.
Hahaha..titiba pulakkan?
Ayam potong 4.
Rebus anggaran 5 minit.Kemudian perap ayam dengan kicap, cinnamon & sos tiram.
Kemudian goreng.
Sup ayam buat macam biasa.
Nasi  pulak, Majerin , sup ayam.
sayur pulak seperti gambar diatas ataupon 
korang boleh rujuk kedai kedai nasi ayam yang korang suka makan.
Ha...pandai pandai korang la nak buat nasi ayam lepas ni..
Adeh laparnya tengok gambar ni...