Assalammualaikum... Horeeeey...1stly nak ucap tahniah pada adik2 aku,
Farah & Acik.. sebab baru menerima cahayamata yang kedua.
Pada 14.05.2015 yakni semalam..
Okeh okeh seperti yang aku janji kan semalam, today aku nak cerita pasal wedding Neena & Aswad.
Tak terlambat nak welcome to our Big Family Members.
Kitorang ni cousin generasi ke 3-4 dah ni. lain lain Arwah moyang semua tak kenal...maaf naa..( Al-Fatihah)
Memang sebelah mak kitorang ber-cousin memang terlalu rapat.
Lagipun umur umur kitorang lebih kurang jer semua.
Adalah dua tiga orang yang dah menjangkau umur 40+-
Dengan dorang dorang tu bukan tak rapat, tapi depa jauh.. jarang jarang jumpa..
Neena adalah anak kedua Adik mak aku yang bongsu.
Dia ada abang. Abang dia masih bujang dan single. Tak mahu kahwin katanya.
Nak kahwin ngan gunung bila aku tanya bila nak kahwin... haaa gitu.
Gila sungguh Akmal ataupun lebih mesra di panggil Kemal.
Adik bongsu dorang namanya Nabil. Yang ni in relationship katanya.. B kan abil?
Neena selama ni sebelum bernikah ,tinggal dengan mak aku.
Dia bila dapat offer je ngan syarikat bekalan air tu, terus confirm duduk dengan mak aku.
Jadi, adalah teman untuk mak aku sepanjang aku pun membawa diri ikut Abam.
Hahahaha...padahal ada jer aku tido bawah ketiak mak aku lagi...
Neena selalu jadi mangsa aku ngan Fara.
Kereta auto alasan untuk berjimba rama.
Nilah kerja kerja gila sepanjang di tinggal dengan mak aku,
dan idea berjalan menjadi kalau aku mastermind nya.
Aku tak anggap Neena ni macam cousin pun.
Lebih macam adik sendiri.
Apa yang aku rasa tak betul, harus di perbetulkan...
hahaha.. terima kasih DJ Lin dorang menganjing aku..grrrrrrrr...
Masa Neena menikah, aku tak sempat nak datang memeriahkan majlis kat masjid.
Aku tengah busy memotong sayur sayuran untuk laksa yang uncle aku sponsor.
Bagi can ler makcik & uncle aku aku berehat dan siap siap ke masjid.
Sebab majlis agak rushing.
Pagi pagi menikah, then tengahari bersanding.
Aku rasa..baik aku bersiap sekali jelah nanti untuk majlis resepsi je.
Muka comot Kak Melah dengan pengantin yang cukup jauh beza.
Kak Melah kau belengas tolong angkat pinggan mangkuk.
Haaaa tipu je. Sampai basah tudung kak Melah.. tak nampak ke tu?
Kak Melah, busy menjaga anak buah yang mengganas pada hari itu.
Time bergambar tu pun dah petang baru lah dapat bergambar.
Pengantin busy sangat bergambarkan.
Kitorang cousin cousin lepak sebelah meja pengantin.
Open table sebelah, then melepak kat situ ramai ramai.
Mak Neena menggunakan Khidmat Catering. Jadi tak yah susah susah nak masak lauk lauk kan.
Cuma uncle aku jer suruh tambah laksa untuk penyeri.
Dan bertambah tambah aku makan laksa tu...haha
Ni adalah baju warna pengantin. Nasib bunga merah & pink tu seswai sangat untuk mereka.
Haaaaa... aku dah mula malas untuk menulis ni... layan gambar boleh x?
Tema baju saudara mara adalah merah & peach. Baju aku adalah pemberian mak Neena.
Hampir seluruh keluarga dapat.
Yang mana tak dapat tu, harap maklum...kedai jual kain tu segulung je..
Tiada gulungan ke dua katanya...
Another week majlis bertandang kat rumah Aswad pulak.
Aku , Abam , Alili & Mak jer wakil yang datang.
Lain lain cousin ada gak. Tapi sebelah Family kitorang la.
Adik aku Acik, sibuk menjaga anak.
Adik bongsu aku, dalam wad masa tu.
Sakit, kena batu karang.
Jadi aku feeling sensorang je lah bergambar kan.
Tunggu Abam siap lama sangat. lagipun...dia baru jer balik dari menoreh pagi tu.
Dan kena paksa pulak teman aku dengan mak yang buta baca Papago.
Aku tak reti baca waze & papago sendiri.
Hahaha...alasan kan? Tapi betul...x pandai... :(
Majlis bertandang dibuat area area Sepang juga.
Aku pun dah tak berapa nak ingat nama tempat tu.
Yang penting sempat sampai.
Tengah masuk dewan tu dorang tengah bersanding.
Good timing.
Haaa...harap harap tak kena speed trap lah yer...
Ok babai...
Selamat berhujung minggu uolls..
Xoxo,
Daela with love.