Assalammualaikum Korang...Sorry, blog senyap sunyi selama 4 hari.
Hari Jumaat aku MC. Sakit kepala yang teramat sangat.
Abam pulak dah pergi kerja.
Terpaksa aku call abah aku suruh hantar pergi klinik..Nasib baik rumah dekat kan..
Kalau tak..ish..ish..sebak sebak..
Terasa rumah berpusing pusing macam gasing. lepas makan panadol aku sambung tidur sampai pukul 630am.
bila sedar rasa macam nak pitam tak boleh nak duduk. rasa macam berpinar.
1st time aku kena macam gitu.
Nak call Abam memang dia tak layan...sebab dia tengah OTW pergi menoreh.
Lepas tu, abam call balik suruh abah aku hantarkan.. kesian pulak nak suruh abam patah balik..
Sampai klinik, Doctor pulak lambat. muntah muntah mak kat sinun.hahaha..
Nasib dalam toilet hahaha.
Terus aku terpikir..nilah gara gara pergi pasar malam tak bawak payung ketika hujan.
Yer...aku akan pening kalau terkena hujan...kalau sikit sikit aku boleh tahan..ini dah tak tahan...
OK, abaikan lah aku merepek kat perenggan yang atas tu.
Minggu lepas adalah pertunangan adik aku yang bongsu.
Lepas ni..ada 3 orang adik lagi yang belum nak berkahwin..sebab dorang masih sekolah.
Jadi..lepas ke klinik..terus abah ajak balik rumah.
Lepas tu abah call abam cakap aku ikut abah balik rumah...
Yeeee..titiba rasa aku ni manja..tapi memang lah tak..
Arround 3pm baru boleh bangun.
Itu pun kesian dengan mak aku yang dah busy dengan macam macam.
Tak sampai hati nak biar dia buat kerja rumah sensorang.
Dengan nak menghias berbagai benda kan.
Walaupun aku dah lama sediakan untuk adik aku dan bakal tunang nya kan..
Ala...korang pun tahu..busy ke tak..kalau ada majlis beginikan..
Nak pulak aku anak pompuan sorang.
Apa apa pun semua aku yang sediakan.
Sebab time ni lah nak tolong adik adik aku..selepas dorang berhempas pulas masa majlis aku dulu..
Walaupun kitorang hanya menghantar ke rumah perempuan..
Dah tentu mak aku tak sediakan biskut kering untuk tetamu & sedara mara kan..?
Arround 4pm, adik & aku keluar beli barang.
Itu pun sebab aku dah janji nak sponsor adik aku bunga dan buahan.
Jadi..larat atau tidak..memang kena jugak keluar.
Kalau ikutkan plan, nak beli hari sabtu seawal pagi..
Tapi..disebabkan aku dah boleh bangun, terus siap siap pergi Subang Parade.
Membeli buahan dia Cold Storage.
Dan bunga juga di area sana.
Ini adalah bunga untuk sirih junjung yang tak berapa nak junjung.Sebab buat ala ala mendatar jer.
Tapi yang ni masih dalam pasu weii..
Belum deco deco lagik.
Owh ya..untuk kesegaran bunga seharian selepas digubah..
Sila masukkan bunga dalam bilik mandi.
Pastikan letak ditempat tinggi.Untuk mengelakkan dari bunga lebam.
So...bunga akan kelihatan fresh walaupun korang tak berapa nak siram.
Buktinya..bunga ini.
Ini kerana sejuk dari bilik air mempengaruhi juga..
**ini ikut pengalaman aku..:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan