Salam & Selamat Tengahari kawan kawan.
Tengok jer buah nangka ni, terus teringat cerita Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
Ala...Yang cerita nya ada ibu mengandung teringin makan buah nangka tu..?
Aku pun sudah hilang ingatan pulak pasal kisah tu.
Ok ok,
Last sunday, aku & Amy memang sungguh busy bercinta cintun.
Mula mula pergi ke SYP.mencari keperluan isi rumah.Lepas bosan ronda ronda dalam SYP,
Amy beria ia ajak mahu ke MAHA di Serdang.
Ok.Aku layan kan, coz hari masih cerah & mendung ada juga seketika itu.
lebih kurang 2jam kesesakan lalu lintas di MAHA.
Damn.Lengoh kaki aku tekan clutch & break.
Kitorang sampai, aku pecut masuk pintu 1.
Ha....punyalah ramai umat manusia.
Arround 530pm pun masih orang ramai.
Aku kiranya 1st time datang MAHA ni.Ni pun sebab Amy yang nak pergi sangatkan..:)
Dalam paper & TV9 asyik war war kan pasal Nangka besar ni.
Kebetulan pulak , memang nangka besar ni kat depan sekali time aku masuk.
Kat sini banyak tempat boleh masuk.Kiri kanan, depan belakang.
So, kira aku & amy masuk ikut depan la..coz jumpa Nangka ni.
Buah Nangka ni ada yang berharga rm10.Tapi tak pasti berapa kilonya.
Mungkin juga sepeket.
Kalau sebiji, rm44++..
Haaa...Aje gila lah nak makan nangka seminggu paling tidak pun sebulan baru habis.
Aku tidak belikan untuk mak.Coz emak & family aku sedang bercuti cutian di JOHOR.
lagi pun, mak tak boleh makan nangka..nanti ANGIN...!!!
Jalan depan sikit, jumpa orang jual bunga.
Amy suka bunga bunga yang di tanam.
Banyak kali dia suruh aku pilih yang mana aku berkenan.
YES, aku berkenan yang ini.
Tapi harganya agak mahal.
Bila Amy nak bayar, aku terus cakap
"Nanti bunga tu mati lah..nanti orang tak ada masa nak jaga."
Aku bukan tak suka bunga,
tapi aku ni bertangan panas.
Apa saja jenis tanaman kalau aku yang tanam atau bela,
confirm tak umur panjanglah lepas tu.
Kan sayang..
Lagipun rumah kitorang tinggi melangit sangat.
kot kot titiba angin kuat ke,
pastu jatuh atas owning atau kereta orang ke, tak ke naya.
Jadi, tidak belilah bunga orkid yang cantik ni..:(
Sila abaikan model berbaju biru kotak kotak itu.
Dia sedang memandang pokok periuk kera kat atas kedai tu.
Gila babas dia nak bela pokok tu.
huii..scary aku babe.
Pokok tu jurai jurai.
Titiba bila tanam kat rumah, time time buka pintu angin bertiup..ha...sudah seperti PHSM.
Pastu penuh ngan periuk keranya.
Kalau umah kurang cawan atau gelas, boleh petik pastu buat minum.
hahaha..aku tipu saja.
Ada berbagai jenis taman tamanan yang dorang bawakan khas untuk tetamu MAHA.
Kalau aku duduk rumah yang berkawasan boleh bercucuk tanam,
Aku pilih nak tanam pokok Padi.
hahaha.nenong!!
Aku mestilah nak suruh Amy tanam pokok kedondong & pelam kat kawasan rumah.
Lepas tu baru boleh tanam buah strawberry pulak.
Eh, apa aku merepek repek ni.
Huh, apsal asyik gambar bunga orkid jer ni?
Ha..bunga lain lain aku dah biasa tengok.
Bunga orkid ni walaupun tak wangi tapi dia cantik.
Memang tak jemu mata memandang la wei..
Ada yang berharga serendah rm5 dan ada yang semahal rm65 sepasu.
Itu harga yang paling mahal aku tengok kat situ.
Tak tahulah pulak kalau ada yang lebih mahal.
Dan, tak mustahil kalau ada yang lebih mahal dari harga yang aku tengok.
ngeh ngeh ngeh.
Ayuhh..pencinta Bunga orkid.
Datang lah beramai ramai di sana kerana MAHA akan berakhir pada 5 December ini.
Bila tengok rusa nikan,
Rasa kesian pada Amy.
Dia sangat sangat nak makan sup rusa kat sana.
Tapi, aku alahan lah pulak.
Bau bau binatang ternakan seperti kambing biri biri, rusa, lembu
dan seangkatan sekarang ni amatlah memualkan.
Kebetulan pulak hujan renyai renyai.
kawasan tu menjadi lembab.
Bau bauan yang agak kurang menyenangkan menyerap masuk syahdu ikut lubang hidung.
Maka....
Sepanjang lalu kat kawasan tu, aku muntah muntah.
Nasib baik aku tak makan yang bukan bukan sebelum ke sana.
Amy,dia suruh aku belajar suruh terima bau bau macam tu.
Ha....mana boleh.Makan kambing panggang boleh lah..
Nak bau bau macam tu tak boleh..:)
Kandang rusa & kedai sup bersebelahan.
Moral of the story kat tukang kedai,
jangan buat kedai makan kat sebelah kandang rusa.
Nanti ada orang tak boleh makan!!@%$^^*(