For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 15 Disember 2011

Ter Dating dengan kembar SOFEA..eh..bukan aku yer..tapi kau..!!!

 Huargggghhhh...hoi, tutup mulut bila menguap yer...
Kah kah kah..Assalammualaikum..
Aku tengah lemau ni. Ada banyak benda nak mengumpat.
Ada banyak cerita nak kasi tau.
Tapi tu la...aku ni memang suka macam gini.
Time bersemangat...sehari 2-3 entry.
Tengok jer hari ni...suram muram blog kan?
Sambil kepala pusing pusing ni, jom layan ice cream secawan besar.
Kat office aku ni cakap jer apa yang nak makan.
Sure...ada jer bahan nak dimakan.
Lepas dah makan...sental ice cream..
lepas tu, baru nak sedar yang kain baju dah tak berapa nak muat.
Baru baru ni aku terdengar cerita pasal blind date.
Apalah korang ni..
Aku ni dah tua bangka...apa barang nak berblindate bagai.
Kang kena silambam dengan Abam sampai patah tulang kang..
Ha...sebut jer pasal blind date kan..mesti korang senyum senyum sendiri
sekarang ni kan..?
Mesti ada yang kena mengena dengan korang yer tak..?

Nanti you pakai baju bunga bunga warna Putih tanah baju hijau.
You pulak pakai jeans kaler biru ngan baju kotak kotak warna purple.

Ha...betui tak?
Sempoi kan dulu dulu.
Jumpa nombor phone,
lepas tu, call..kakaka..lepas tu arrange nak jumpa kan.
Kalau terjumpa marka yang sedap mata memandang..teruih nak buat calon bini.
Terjumpa yang gemuk macam aku ni..terus lari lah gamaknya..hahaha
-Gambar tiada kena mengena-
Aku pun ada blindate jugak.
Dengan Abam lah..dengan orang lain pernah jugak.
Tapi aku setakat peneman ja.
Aku ni mana berani nak berblindete bagai.
Abang aku garang. aku "adik" abang. jadi setiap pergerakkan ,Abang aku tau.
So, aku tak rasa nak berblindate sesangat.
Tapi kawan aku ni galak.
Setiap kali nak berblindate mesti ajak aku temankan.
Aku ni dah la pemalu.puii la kannn...
So, bersiap siaplah kami berdua. 
Aku entah macamana entah berat sangat nak teman kawan aku tu.
Tapi..sebab kawan, aku pun hantarlah dia kat KFC luar di Sunway.
Kawan aku ni muka ala ala Bunga April. So..ada market orang nak mengorat.
Aku memang muka peon ja. jadi tukang hantar.

Aku kalau jadi tukang hantar kawan aku tu, aku tak lepak dengan dia.
Aku akan duduk jauh jauh peratikan saja.
Kot kot Orang yang nak jumpa kawan aku tu nak culik kawan aku ka kan..
Boleh aku menjerit mintak tolong.
Aku dok jauh pun kawan aku kena belikan aku makanan jugak..
Kira makan free lah sekali tu kan..ahaha
Kawan aku ni nakal sikit. Dia kalau blind date, mesti dia pun tipu orang tu juga.
Kalau dia kata nak jumpa pakai baju Biru, mesti dia pakai baju selain kaler biru.
Jahat kan..?

Nak jadikan cerita lah kan..kawan aku cakap Mamat yang dia nak blind date ni Rockers katanya.
Ok lah..aku pun minat dengan Amy Search & Wings.
Iron Maiden pun aku layan jugak.walaupun lagu sepatah haram aku tak tau.
Sekali kau.......................
Masuklah 3-4 orang lelaki yang ber IMEJ rockers dalam KFC tu.
Aku terus telan air liuq. GULPP!!!
Dorang tu semua macam tercangak cangak mencari seseorang.
Aku cuak weii...hahahaha...aku takut kot kot dorang tanya aku kah orang itu..
Tapii...aku memang bukan yang dorang agakkan.
Dorang terus menuju kat kawan aku..
Kah kah kah...kalau dulu dulu ada henpon canggih..terus aku upload status FB macam ni.
"Terblindate dengan ahli kumpulan SOFEA..nasib kau la.."
lepas tu terus Upload kat You tube muka cuak kawan aku tu...hahahaha.

Yer uoll. Kawan aku terus cakap dia bukan orang yang dorang cari.
Nasib baik lah...dorang tu percaya uoll.
Kalau tak percaya...ha....duduklah kau kat situ Cik Salmah oiiii..
kan?
Bukannya apa uoll, kawan aku tu dah la janji nak belanja dorang tu makan.
Maunya tak meraban dorang tercangak cangak.
Dah la datang dari jauh. Kalau tak silap dari luar Selangor.
Kesian gak kan..
Tapi kawan aku tu tak boleh nak terima pulak.
Tapi memang yer la...Agak agak lah..
Bila nak berjumpa dengan orang.
Sekarang zaman modern.
Kalau pakai baju Loudness tak der lengan,
Pakai gelang hitam, seluar stock kulit bas lama, rambut kembang..
Memang lah orang takut. Usah kata dia...Aku pun takut.
Umur aku dengan kawan aku tu masih mentah masa tu.
Masih mentah untuk memilih yang mana baik yang mana buruk.
Sebab bila tengok yang lain macam terus berprasangka yang bukan bukan.

 -Ini kumpulan Sofea-tq encik google

 **Usah memandang seseorang dari luaran sebenarnya...berprasangka baik pls.

2 ulasan:

Mimy Hamid berkata...

2 tahun lalu aku blind date dengan lelaki yang kini suami aku hiksssssssss...jumpa terus tak nak lepas dah....kasi ikat

Mikel's Wifey berkata...

dila, sedaplah eskem tu..balik ni nak carik eskem lah wahahaha