For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 28 April 2011

::28 April 2011::


  • Assalamualaikum ...
  • Wahh..besar kan kek yang aku google ni..
  • Today aku dah bertambah usia lagi..
  • I turn 30th...OMG!!!
  • Korang doakan aku supaya aku sihat, dipanjangkan usia, dikurniakan cahayamata & sentiasa dimurahkan rezeki..
  • Haaaaa...korang mesti nak tahu apa hadiah yang Sayam aku kasi kan?baik cepat korang mengaku..heeeeeeee.....keypoh kannn?
  • Bagi aku, usia hanya angka..bukan pada wajah..eh..macam iklan kan?

**Happy birthday to my lovely auntie Hasnah yang bersama sama mak angah yakni  Ciknyah menyambut tarikh hari jadi yang sama..

Selasa, 26 April 2011

Royal Belum

As salam...wah..
Ada tak kat sini peminat tegar pemancing ikan kelah ni?
hahaha..aku syok sendiri perasan ramai reader kan?
Tak per, kita berkongi gambar sahaja.

Ikan kelah nikalau korang dapat seekor sebesar ini...
bak kata Sayam mak, baru ku puas baru ku puas...baru ku puas..
Raja Ikan sungai ni..
Harga usah cakap lah, sepotong pun aku tengok dalam 40 hengget kalau yang dah siap masak
sepotong tu...ok, aku akui aku memang tak suka makan ikan sungai...
Sayam memancing kalau dapat ikan sungai, aku suruh dia Tangkap & lepas jer lagi bagus.

Ini jer entry pendek untuk hari ni..babai..

**Kalau minggu ni aku jarang jarang hapdet, maafkanlah aku tau...

Isnin, 25 April 2011

Forever In Time

 Assalammualaikum u all..
Semoga korang semua ceria seperti aku.
Petang  21 April 2011, aku ngan kengkawan lama masa sekolah,(geng2 mafia)
turun lepak dan makan makan bersama.
Wah..meriah gila kot.
Kalau ikutkan semua yg di invite kena datang.Tapi ada 3 orang yang tak dapat datang.
Nasib alasan dorang tu boleh diterima pakai.
Maca biasa, aku hanya boleh joint berlepak lepak menghabiskan masa jika sayam kerja malam
dan masuk kerja awal..kalau dia menoreh start pukul 11 pm, mintak maaf aku tak dapat joint.
So, dorang memahami & aku juga memahami dorang.
Bukan main susah nak arrange time ni tau..

Lokasi, Sunway pyramid chicken buffet.
21++ per head.
Murah & sedap.
Memula ingat nak ajak lepak kat TGIF
Kalau 3-4 orang yang datang sure aku ajak dorang lepak kat sana..
ini adalah lebih kurang second reunion untuk kengkawan balik ke status bujang.
Ya...yang datang hampir 96% dah kawen.
Wah, aku tengok  semua muka happy gila sebab dapat duduk bersembang berlama lama.

Mana taknya, dulu masa sekolah...semua mat lajak.
Kaki belasah orang..hak tui..
Time belajar cikgu tengah mengajar kitorang semua lari dari kelas senyap senyap.
Ada jugak kes yang masa sekolah perang dingin.
Bila dah jumpa gini siap emo emo sedih..what pass is past ok...
Aku pulak memang suka lepak ngan lelaki.
Aku belajar pun aku lebih suka refer kat kawan kawan lelaki aku.
Now...sampai sekarang pun aku masih macam dulu.
Tiada perubahan.Aku baik ngan kawan kawan perempuan aku,
& baik juga dengan kawan kawan lelaku aku.

Kalau cerita panjang lebar pasal nakal kat sekolah, kat dalam kelas..
memang tak habis habis.
Ada yang datang sekolah sebab nak jumpa aweks,
ada yang datang sekolah sebab tuntutan & terpaksa."sapalah agaknya ea?"
Tak kurang jugak yang datang sekolah lepas tu tido sebab malam buat part time banquiet  kat sunway hotel..
Gila la...

I love u my friends,coz sudi luangkan masa bersama..
Dorang semua pun macam senorok gila babas sampai lupa nak balik rumah.
Lepas lepak & mencekik kat pyramid, team aku sambung lagi kat char kue tiaw sampai 1am.
Dasyat mak mak orang ni kalau dapat keluar kan?
Aku, memang tak berapa nak ada modal nak berborak..
Tolong ketawa je lah..
Topik yang paling hangat GEM..................................UK.
Jadi, panjang kan lebar untuk hasut dorang beriadah.
Ini aku suka...Jom bersenam erobik.
Bincang punya bincang..next time..dalam masa yang terdekat nanti..

Btw, thanks pada aku punya penaja malam tu.
semoga Allah memanjangkan usia kamu & menambahkan rezeki yang melimpah ruah pd dirimu.
Walaupun kamu sudah berjaya, kamu tidak pernah melupakan aku.
Aku juga telah memanjangkan rezeki yang kamu beri pada ku..

**Nama dia tak boleh sebut..sbb dia glamer..walaupun dia duduk depan aku, tapi dia minta gambar dia tidak ditangkap...hahahaha..menyampah aku.......!!!!!

Khamis, 21 April 2011

::mOKA mOKA PoYO gue:::

 Haloo..Assalammualaikum semua..
vavava..tajuk gua tak boleh blah kot today.
Gambar gua rakam ketika gua nak keluar dengan kekasih bucuk masam gua ni.
Dia tengah busy pakai minyak ghambut.
Gua yang dah over siap awal terpaksa buat buat happy tunggu kekasih hati gua tu..
Korang ramai yang tau gua suka pakai bulu mata palsu ala ala Rozita Cik Wan kan?
Sampai sekarang gua masih hover berbulu mata macam ni..
Ha, mesti korang macam eh..apsal la bini orang ni tak make up tebal ea?
Gua memang suka make up light light jer.
Kalau tebal tu..agaknya gua mimpi ngerilah malam tu kan..
Dari dulu gua punya make up tak pernah berubah.

 Kalau orang lain semua sibuk nak pakai cream pencerah muka yang berjenama..
 Gua...herm..malu nak cerita..kang korang kata gua berlagak pulak..
sebab gua bukan nya cantik mantik..
Okeyla..gua nak dedah rahsia cream yang gua guna..
Gua layan Fair & lovely jer.
Hahahaha...terkejut?Yup...memula laki gua terkejut gak ok..
Sumpah gua cakap yang ini jer gua guna dulu kini & selamanya..
Laki gua kurang percaya yall..Dia cakap gua tipu dia..sebab laki gua tak mampu nak sara
make up gua katanya..ehem..
Gua boleh tergelak besar masa tu..
Sebab laki gua sangat cerewet dengan penjagaan kulit mukanya walaupun dia hanya penoreh getah..
Nasib baik laki gua tak pakai cream pencerah you..
Kalau tak..gua sorok muka gua disebalik kuali..
hahaha..Ada kawan kawan gua tanya juga kenapa gua pernah tak cuba tukar jenama lain.
Ok, gua nak nyatakan..kulit muka gua memang serasi pakai cream F&L sahaja.
Cuba try nak pakai Olay anti kedut tu pun kulit gua titiba jadi merah & gatal seluruh muka.
Tapi gua pernah terdesak gunakan juga..hasilnya, muka gua tanggung derita percuma seharian selepas tu.
Nasib baiklah cuma merah merah jer..kalau naik jerawat batu ke lepas tu..confirm gua menangis..

Gua jenis suka mencuba jenama lain..
Gua pernah beli Maybline, MAC & 1-2 jenis lagi, tapi last last gua bagi mak gua je la..
Ate nya, muka gua akan titiba menjadi kelabu asap..
Lagi satu bedak compact..
Gua memang nan ado bedakcompact tu..
Korang cakap la berapa mahal bedak yang korang pakai, Gua senyum ajo..
Sebab muka gua memang jarang jarang tempek ngan bedak compact..
Last guna bedak compact kan..masa gua kawen tempoh hari..
Pastu dah lamo dah gua tak pakai..
Hantaran masa gua bertunang pun tak ada bedak bedak bagai kan..
Hanya set eyeshadow jer yang gua mintak..itu pun masih baru lagi..sbb gua malas nak pakai..

Sila abaikan bawah mata gua tu..
Itu memang dah semula jadi lobam..
Semua gara gara gua suka shift kerja malam..hahaha..alasan.
Untuk mendapatkan tan kulit ala ala asean macam gua, gua gunakan sofi punya cream.
Itu pun setahun hanya 2 kali jer gua beli.Itu pun sikit jer gua guna..konon konon nak tutup jerawat batu gua yang sangat suka bertenggek secara berasingan kat muka gua.
Bedak yang paling seswai kat muka gua adalah bedak baby.
Korang...percayalah...ini yang gua gunakan sejak dari azali..
Gua meroyan kalau bedak baby ni terlupa nak bawak kalau pergi mana mana..

Now laki gua dah memahami gua..
Dia kena berbangga sebab gua tak pernah nak mintak mahal mahal untuk beli alatan make up..
gua tak pernah menangis sebab make up gua habis sebab laki gua busy tak sempat nak beli..
Dia pun tak pening pening kepala sebab nak tanggung sara hidup make up bini..
Oh ya, sebelum terlupa, ada jiran jiran dekat kg.A gua kan..dengarnya sebelum kahwin si isteri suka bermake up..
Muka boleh tahan cunnya..Bila cun kalau tambah ngan make up..sure meletop lah kan..
Lepas kahwin, laki dok citer citer kat orang sekeliling, cakap kos nak tanggung make up isteri
melampau lampau mahalnya..
jadi renung renung kan..& selamat beramal..

p/s: Jangan sebab malu dengan apa yang korang ada..korang sanggup berubah!!..

Alas Dulang Hantaran Hand Made

 Wah.wah..dah nak setahun aku jadi pengantin kot..
Baru hari ni aku nak bercerita..
Basi sudah kan?
Tak per..kalau korang tak mo baca, aku nak tulis juga..
Heee...
Kang korang muntah pulak aku asyik review pasal makan jer karang..
Nak nak pulak, aku review kedai standart low jer..maklumlah, aku bukan orang ada ada.
Ok, walaupun dah nak setahun lebih pun, aku masih ada simpan gambar yang aku snap guna henpon.
Sebab itulah kualiti gambar agak hampeh disitu..
Kalau pakai DSLR, mesti cantik kan..
Oit oit...sila kembali ke realiti lah..hahaha..

**Tips untuk memilih alas dulang yang berseswaian dengan hantaran sangat penting.

Tapikan zaman sekarang ni dah terlalu morden.
semua hantaran canggih canggih kot.
Tapi, itu semua ikut kemampuan.
Macam aku katakan, aku hanya insan biasa, serba serbi biasa.
Nak sewa sedulang hantaran sampai 30-50 ringgit aku takmampu.
Jadi, aku buat sendiri..DIY.
 Sebenarnya, alas dulang ni aku beli dalam anggaran 2-3 meter untuk 12 alas dulang.
Aku potong ikut contoh yang biasa orang gunakan.
Jadi, aku akan beli renda sendiri & manik manik untuk dihias di bucu alas dulang tu.
Masa membeli manik manik ni pun kena pandai berkira kira.
Sebab aku tak mahu pembaziran berlaku & jarak kedai dan rumah aku agak jauh (KL or Klang)
Sia sia kalau kita kurang beli jika kurang sebucu manik kan?
Jadi, kira kira itu penting.
Calkulator penting kot masa nk buat apa jenis majlis yang korang buat sendiri..

 Upah sekeping alas dulang ni jiran aku ambil Myr 1.
Mahal ke murah eh?
Lepas itu mulalah operasi menjahit bead di bucu.
Jahitan ini mengambil masa agak lama sebab aku lebih suka berdating dengan tunang dari buat keja ni.
Kadang kadang busan ahhh..
Kalau terlebih rajin seharian tu siaplah.
Tapi masa nk menyusun tu agak lembab..maklumlah, tangan aku keras.
Menjahit pun lambat.
Bila sudah siap semuanya..barulah best.
semangat nak menyiapkan alas dulang ni adalah kerana aku suka nak buat jurai jurai macam tu.
Kalau sewa kat tempat aku ni, kurang menarik.
Semua old fashion.
Bead & mutiara ni semuanya berat.
Walau pun mahu harga yang murah,
korang masih lagi boleh jumpa kat KL ni.
Berbanding korang nak pergi Nilai kat N.9 tu.
Cukup berbaloi beli kat sini.
aku pergi nilai sana tu buat habis beli barang yang bukan untuk kawen.
Sebab aku dapat harga jauh lebih murah kat sini.
Untuk barang perkahwinan.

** Jika ingin buat sendiri, korang kena rajin rajin buat semakan harga di tempat korang ea..
**Kalau korang ada ramai adik beradik yang belum khwin, sila gunakan warna warna yang mathing seperti putih, cream, soft blue(like me), & semua warna warna soft..

**nanti aku kasi tips nak buat bunga telur, bunga duit untuk penanggar & bagai bagai lagi..

p/s:aku hapdet ikut mood sebab aku  tengah rajin skrg ni..thanks sebab sudi baca blog aku..daa...

Rabu, 20 April 2011

Resepi Hentam Kromok!!!

 Salam yaw!!!
Walau pun mood mak agak kedaung ni anak anak,
mak tetap nak lepaskan gian hapdet blog mak jugak..
btw, mak memang tengah bersedih & berduka lara yang teramat amat..
bila memasak ni, terubat duka lara seketika..

ok, ini adalah bahan bahan untuk inti :
  • 2 batang sosej
  • 2 keping daging ayam burger Abang Ramli
  • Sesudu rempah kari ayam/daging
  • Bawang besar dicincang halus
  • Bawang putih sebiji
  • cili padi 2-3 ulas (ni untuk kasi perut & mulut kepedasan)
  • Sedikit serbuk perasa & garam
  • Minyak untuk menumis
Cara caranya pulak, macam biasa..ikut kreativiti korang la nak tumis macam mana.
Mak malas nak taip panjang panjang lebar ni ya anak anak..

 Mak & Sayam suka roti Gardenia.
Kadang kadang mak tukar tukar gak..
Bukan semata mata roti putih ni jer.
Kadang kadang yang lain lain jugak mak beli..
Owh..mak dah lama tak mencekik roti..
Jadi, bila mak nak masakkan untuk Sayam, mak curi curi rasa..adeh..lambatlah ketosis mak menjadi..

Roti tu korang kena potong macam gitu..
Sebab Sayam mak ni kalau nak hidangkan dia roti gini,
kena buang tepi nya...Adeh ngada ngada tau..

 Lepas korang buang tepi roti tadi,
Korang bolehlah bubuh inti yang mak ajar memula tadi..
Wah teruja muka mak dapat tengok roti dibubuh inti.
Lagi sedap kalau korang try bubuh sardin sebagai inti.
Korang try la ubah ubah resepi ni..mak ni nak menghabiskan stock dalam peti ais..
 Wokeh, bab menekan guna garfu ni mak paling suka..
Tibiba mak dapat ilham nak gunakan garfu macam ni.
Pada mulanya mak nak guna telur jer..
Korang kena letak dua lapis tau roti ni.Sekeping yang berinit..sekeping lagi yang kosong..
korang cantumkan..dan tekan kuat kuat dengan garfu sampai garfu bengkok..hahaha..mak tipu jer.
 Setelah semua roti korang buat dengan proses yang sama,
Korang boleh goreng atas dry pan , atau korang goreng dengan minyak.
Mak suka guna dry pan ni sebab jimat tak payah guna minyak..hahaha..mak kedekut sekarang ni..
Mak rasa kan, kalau korang gorengkan, sebelum goreng tu celup dengan telur ke, celup dengan
serbuk roti ke, mesti lagi sedapkan..

Ok, inilah hasilnya..
Amacam ?Ada rajin tak korang nak tiru resepi hentam kromok mak ni?
Korang boleh gelapkan sikit warna roti korang secara membesarkan api jika korang malas nk tunggu lama lama kat dapur.kekeke..
Ok, selamat mencuba..

ta-ta

p/s: Gua hati tengah gundah gelana ..sila abaikan kalau gua salah eja...sebab gua mmg selalu mcm tu..

Selasa, 19 April 2011

::Makanan Lagi::

 Selamat Pagi selasa semua..
wah..wah..blog mak sudah bertukar jadi blog makanan pulak..semalam makan, hari ni makan..
esok pun makan, tulat ,tungging pun makan..hahahaha..
Ok, ini tah apa namanya ni.
Mak memang tak suka ambik pot pasal food orang kan..tapi mak suka amik gambar jer..
Dalan air ni, dicampur pisang & strawbery dan diblander dengan fresh milk..
cer korang bayang kan...bertapa tingginya carbs nya...
hahaha..apsal mak asyik ingat carbs jer kan..nanti mak cerita ya anak anak..
 Ni adalah food yang mak order.
Dalam gambar sikit punya menggoda..
Rasa..ermm...sedap gitu gitu jer..tpi kalau korang sudi belanja mak still boleh on.
Yang macam tangki minyak tu adalah onion holland goreng garing.
Sumpah you tak sangka bawang boleh jadi macam tu kan..?
yang lain lain tu...kalau korang nak tahu sedap ke tak...pergi lah rasa sendiri ye..
 Ini food kawan aku.
Tengok....penuh dengan sayur mayur.
yang ini super sedap . Mak kasi 4.99 bintang.
Harga nya pun masih berbaloi..
Lupa nak cakap..kuantiti food yang mak review ni semuanya super besar besar pinggannya.
bukan untuk sorang je.2-3 orang boleh rasa..
 Ha..tak sabar aku nak tulis pasal futtuchinni ni.
Ini adik beradik spagetti lain mak, lain bapak.
Ini memang betul betul sedap.
Udang nya bersepah sepah ko dalam pinggan dia tu.
Rugi & menyesal mak tak order benda yang sama...
eh, bukan ke mak ni hantu pastakan?
ha..sekarang tidak lagi...sebab mak tengah menjaga berat badan mak..
ok..ok...nanti mak senang senang mak cerita pasal tu..

 Red velvet.
Ini kek yang buat mak terliur bila jalan jalan kat blog blog korang.
Rata rata blogger ada review pasal red velvet cake sekarang ni..
Rasanya ermm...buat mak hampir hampir terlupa dengan diet mak tau..
Mak rasa sikit jer..lain lain kawan mak habiskan..
yer la..harga sebijik cinonit cake ni mahal nok..
kalau kira sekali tax nya kan...
ok..food yang dihidang dah habis..
Jom kita pulang..sambil menyanyi lagu gembira..

p/s: kata nak pergi karok..bila eah?

Isnin, 18 April 2011

Jom Tambah Lemak...

 As salam sayang kawan kawan..
Alamak...double up gua rindu gila nak berblog ni..
Gambar beribu ribu lemon ado dalam notebook cap ayam gua sekarang ni..
Dem betul kan..?
Tahap kritikal gua ni tau...
Ok ok, awek cun ni bukan saja awek..tapi Mama untuk anak anak nya..
Tak der can la korang nak mengorat ya...
Hari tu kitorang pergi lunch dekat Dome..
Kat The Curve.
Gila babas gua rasa masa tu..
Perut mendidih sambil menyanyi lagu Oh Fatimah!!!!
Nak tahu kenapa gua cakap macam tu?
Ha...food yang gua & kawan kawan gua order amik masa 1 hour kot lamanya..

 Ok, ini Food gua.
Haa...gila babas Carbohydrate nya ni..
Sedap memang sedap...ada rasa lemak lemak berkrim you..
Terlupa babat kat perut yang dah berlapis seperti kuih lapis..adeh...
Gua memang lupa apa nama food ni..
Yang gua tahu ada spagetti jer..
Lain lain gua tak mo ingat dah..
Kata tunggu food lama bebenor kan?
hahaha..
 Ini pulak food Mama Qais.
ha...Nama mat salehsikit punya glam you.
Sekali sampai ada mirip mirip masak lemak kuning jer..
Rasanya so so ajer la..gua lidah melayu..kadang kadang jer lidah omputeh
Bila tengok gini terus rasa apsal masak macam gini kan?
Tapi ok lah..rezeki hari kan...gua bersyukur...

Ini food Sue.
Erm...gua ada rasa udang nya..sedap.
Yang lain aku tak mahu komen..
Sebab gua nak menikmati orang punya food lebih lebih kang kena daring keras pula..
Ada kurang 1 food lagi masa ni..
Asam pedas Dome!!
Gua memula agak terperanjat monkey sebab titiba DOME ada jual asam pedas..
Sorry ya..sebab gua memang tak ambil pot langsung menu makan sedap sedap kat mana mana.
Gua lebih selesa tapau kat abang lorry dekat office gua..
Now sudah ada pot nak tapau nasi..
wah...titiba perut rasa lapar lagi bila sebut pasal makan...

P/s: Thanks sebab sudi belanja tony roma's..EH?

Sabtu, 16 April 2011

I'M SAD :(

Sedih..
Sedih..
& Sedih....
sob..sob..sob..

Ahad, 10 April 2011

::Gambar Masa Silam ::

 
Assalamualaikum w.b.t..
Nge nge nge...lama sudah aku sudah tidak bersiaran...
Kemana menghilang ea?
Eh..eh, mak ada ok.Sentiasa baca blog u all.cuma mak tak buleh komen jer tau..
Kenapa?...hahaha, tak payah susah payah nak tahu ya anak anak.

Cuba korang korang agak berapa usia gambar ni sekarang?
dah cecah 12 or 13 tahun yang lalu tau.Ini gambar mak copy dari Fb kawan mak.
punyalah banyak gambar masa zaman muda mudi dulu.
Sumpah hitam berkerak mak and the geng masa tu.
Maklumlah, ada pelari untuk sekolah,
pemain hoki untuk rumah sukan masing masing,
bola jaring ha..tu mak la tu...
tak kurang juga yang lari sekolah.hahahaha.
Gambar ni kiranya complete suku sakat gang mak.

Ok, masa nilah kan...meh mak ajak korang imbas kembali zaman sekolah menegah mak masa tu..

Masa zaman ni trend rambut mak & the gangs adalah berwarna warni.
kira dah habis hati sangatlah kalau berambut blonde masa tu.
terus terang mak nak kasi tau, mak paling tidak suka berambut blonde.
Sebab, mak & abah mak dah selalu bagi advice, jangan pandai pandai nak warna kan rambut masa sekolah.
mak ikhlas dan jujur tak. buat...see..anak yang baikkan?
Tapi...mak sorok sorok buat punk style ok.
Macam mana mak nak rungkai ea gaya rambut tu?
Ermm...rambut bahagian side burn ni kawan gunting nipis macam rambut lelaki.
Masih boleh ikat rambut lagi..hahaha..& paling best mak & abah tak perasan.
titiba terasa mak ni nakal sangat masa sekolah...aiseh....

Baju pulak, (masa sekolah) memang la wajib pakai t-shirt kan?
Tak kan la nak pakai baju tak der lengan pulak..ish..ish..
Tapi kalau kitorang kawan kawan melepak...mak lagi suka pakai t-shirt je.
Baju paling habis hati mak beli adalah Alien workshop & Ocean Pacific.
Time ni kira rappers baru nak top gitu kot..
Kalau shopping baju je...mesti nak pergi Sungai Wang Plaza.hahahaha.
Begitu jugak dengan seluar.Habis hati dengan seluar yang labuh labuh cawatnya.
Ala ala 4U2C...maklumlah..mak membesar dengan lagu Fiona masa tu..
Idola pun 4U2C, Feminin & KRU..hak tui...
Baju sekolah & kain sekolah pulak, selagi tak clear sampah sarap kat jalan..selagi tu lah tak sampai labuhnya.
Bila duduk time rehat, bawak liquid paper sambil menyonteng kain sekolah.
Dulu dulu, suka conteng nama boyfriend.hahaha..sorry suami ku..
Sapa boyfriend aku?owh..dia sudah past-away...Kurt Cobain!!!cittt

Masa zaman ni juga beg sekolah yang paling top adalah jenama Garfiled.
Tak tahulah apa yang buat fenomena garfiled melanda kitorang masa zaman tu.
Sampai tertukar beg pun ada.Ini gara gara masa pergi kelas Sains waktu last class.
sibuk sangat nak balik rumah...main capai jer beg orang lain..
Ada jugak yang bawak beg sekolah yang ala beg balik kampung..
kakaka..lawat siot...tapi sweeeeeeettt memories kan kawan kawan..?

Ok, kasut sekolah pulak..trend masa tu pallas Jazz & kasut tapak tebal.
Aku lupa pulak apa nama kasut tu..
Stoking pulak...hermm..malu nak tulis la....
Mak ada habit buruk masa zaman sekolah tau..
Mak tak suka pakai setokin masa dulu.
Kalau nak pakai stokin mesti warna warni kan..baru style pergi sekolah..
Nasib kaki mak tak bau cagu ok..
Time perhimpunan on Monday, mak & gang akan masuk lambat 
Kalau mood sampai sekolah awal..siap lah kitorang pow pow setokin kawan kawan..
kalau tak kasi pinjam..siap la...bukan dua belah pon kitorang pinjam..
Pinjam sebelah jer...kang bila pengawas cek..tunjuk sebelah kaki jer la...
Yang sebelah lagi tak yah la tunjuk...kang kantoi pulak..
Kasut jalan jalan mak dulu brand Vans & kasut karipap.
Kawan kawan mak pun sama juga..layan kasut gitu..

Ok..sudah panjang sangat mak membebel kat sini..
lain kali mak sambung lagi..
Tapi jangan mengharap terlalu cepat mak dapat hapdate ea..

P/S: mak rindu zaman silam mak dulu dulu...korang macam mana? Rindu jugak tak?