For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 27 Julai 2012

#Aku bukan Tomboy - Episod 1

Hye korang...( sambil lambai lambai...Hehe)
Hari tu, masa aku tengah busy menyiapkan hal hal kat offc,
Pagi pagi abam dah call aku.
Aku macam pelik pulak.
Selalu abam call dalam pukul 10am baru teringat nak call bini kan??
Oho..sekali mak lupa la uols..
Bulan ramadhan ni abam korang tak melepak kedai mamak lepas abis menoreh..

Abam cakap masa dia otw balik dari Shah Alam kerumah, dia nampak sorang mat rempit dari belakang.
Pakai seluar katok.
Lepas tu boxer terkeluar.
Pakai helmet fullface
Pakai glove.
Paling tak menahan tu..abam cakap ,
Mat rempit tu tak der bulu kaki..
Abam cakap macam lah tak tahu yang
Sedang abam dok usha tu tomboy.

Abam cakap titiba dia teringat kat aku.
Hahhhhhh....???
Aku tanya kenapa pulak??
Aku dulu pernah kekeliruan jantina ke??
Laju laju abam cakap yer!!
Amboi amboiiiiiii....
Tapi kan..macam yer jugak.
Ehhhh...tapi tak pernah la sampai nak jadi macam tomboy kot.

Yer..memang dulu aku pakai moto.
125z.
Aku memang minah rempit.
Memang kaki rider.
Memang aku berani rider jauh jauh dengan kawan kawan..
Aku pernah rider ngan kawan kawan lama ke terengganu naik moto cup.
Korang pernah??
Rasa nak patah pinggang masa tu.
Tapi aku naik Gillera (maafkan aku kalau salah eja nama moto nih)

Lepas aku habis sekolah,
Setahun juga abah aku hantar dan ambil aku balik dari tempat kerja.
Aku anak manja.
Mana boleh penat sikit...lagi pun aku sorang jer anak perempuan abah.
Jadi..apa yang aku nak semua abah sanggup lakukan..thanks abah. I lebiulah abah.
Lepas tu aku tekat nak beli moto sendiri.
Nak beli kereta..sampai la ni tak mampu lagi..

Start pakai moto, aku dah mula repair moto sendiri.
Kau pandai repair moto???hehe
Aku start kawan dengan mat mat rempit di kawasan rumah aku.
Masa tu moto akulah nyawa aku.
Siap beli alloy la, sport rim la..
Masa tu umur baru 19 tahun kot.
Perasaan nak bercinta tu masih belum terbuka..
Bagi aku kawan kawan lebih baik.
Masa tu aku kenal abam pun belum lagi..
Life aku hanya tidur, kerja , cuci moto,
Lepak dengan kawan kawan kat kedai..
Kawan kawan jantan aku semua memang habis hati dengan moto.
Dorang jugak yang racun fikiran aku supaya aku beli 125z masa tu..
Masa nak beli pun aku suruh dorang pilihkan warna moto untuk aku.
Yer..aku kan suka warna kuning.
125z aku..warna kuning silver. Cun sehh

Satu hari, masa aku nak balik rumah,
Aku terpandang jejaka comel kat tepi jalan.
Aku terus jatuh cinta dengan jejaka comel tu..
Tapi.. Macam mana ea??
Aku bukan kenal dia..
Dia pun bukannya kenal aku.
Dalam seminggu tu, ada dua 3 kali aku ternampak wajah jejaka comel tu.
Sumpah...rasa nak berhenti kat tepi jalan masa tu..
Nak mintak no tepon..
Hahahah..korang ingat aku sakai sangat ke kan??
Hahaha...
So, pendam dalam hati..
Itulah perasaan yang bermain dalam hati.
Kenapalah dia muncul sekali sekala depan mata aku ye???
Owhhhh...tak lena tidur masa tu..
Hahaha.. Baru korang tahu aku jiwang ke tak kan??
Aku pun rasa nak pengsan..
Sebab..aku sendiri pun tak pernah jiwang gila macam gini..

Yang aku masih ingat sampai sekarang ni,
Jejaka comel tu pakai baju hijau,
Seluar hijau tua.
Baju side tajam wa cakap sama lu orang.
Ooooo... Titiba aku rindu dia lah..

Haa..oklah, nanti kalau ada masa lagi..
Aku sambung episod ni.
Eh.ada ke orang baca ni??
Hehe..


**mencari sesuatu yang tak pernah terpahat dilubuk hati...

Seminggu puasa baru nak update..sebab rutin nya sama jer...haha

Assalammualaikum..

Salam Ramadhan Al-mubarak.
Woahhh..maaf sebab lama menghilangkan diri.
Mood malas dah semakin sukar nak aku bendung.
Nak nak pulak time bulan yang mulia ni..
Aku cuma malas nak berblog jer.
Mood masak kemain lagi rajin tahap hotel 5star..rajinnya.haha betul ke kan??

Seminggu ni aku berbuka dan bersahur dirumah mak.
Abam keje.terkulat kulat bangun time aku sampai rumah.
Bulan puasa ni office hour adalah paling terbaik.
Masuk jam 8am, dan balik 4pm.
Wahhh..cargas kemas kemas barang dan balik.
Lepas sampai rumah, sembang sembang sekejap dengan Abam then siap siap nak teman Abam membeli makanan kat Param pulak..
Zasss...terus pack kain baju untuk kerja esok sekali..
Selalunya, aku ngan Abam akan amik masa dalam 30minit sambil memikirkan food yang Abam nak makan nanti..
Aku dalam seminggu ni bertandang kat Param, 2 kali jer Abam belanja aku..
Aku tak ada mood nak makan or membeli belah secara tamak haloba..
Gila kentang aku tengok jer abam beli belah.
Owhh..aku memang tak sempat nak masak untuk abam..!!
Jadi, membeli adalah lebih mudah.
Waktu tak mengizinkan gitu...

Dua hari lepas abam suruh aku bawa balik rumah mak murtabak ayam ngan daging.
Rasanya..sumpah tak sedap.
Semalam pulak, abam belikan roti john.
Abam cakap dia belikan mak mertuanya.
Aku ok jer lah kan..ikutkan aku..
Bukannya sedap mana pun kan??
Hari ni..aku just jeling jeling jer kan kat Param tu.
Nak membeli memang lah tak kan..

Korang pulak macam mana ea??
Berbelanja sakan ke kat Param tu??
Oklaaa...aku da nak out dah ni..
Lain kali jumpa lagi..daaa..

**selamat bersahur nanti..:)

Rabu, 18 Julai 2012

Seisi Bujang Bujang kembali ke zaman 90an...hampeh x boleh blah tajuk ni...:)

 Lets start the party guys..
Oho...party lah sangat kan??
Party bujang bujang tanpa Abam sayam masing masing.
Bila keadaan ini berlaku???
Dua - tiga minggu lepas.
Aku memang sengaja peram sampai lupa ada dalam draft.
Konon konon nak update, upload gambar semua..
lepas tu terlupa nak publish entry ni.
Woah....ganas ea?
Siap ada mulut dracula laaaaa....
Amboi...idea sapa yang kecoh macam tu kan??

Bestie bestie aku yang tersayam.
Semua kepala hotak masih seperti dulu.
Masih samseng lagi bila bersama..haha yang ni ayat menipu kot.
Samseng air mata mungkin!!!
Dari kiri : Punk , lynn, Ann, Saba & Jaja.
Sebenarnya tak cukup Korum.
Sorang tak dapat dikesan.
Sorang lagi tengah bercuti cuti obersi masa tu.
Dorang suruh planning dan dan tu jugak.
Sebab dorang semua dah gian nak ber karok.
Hohoho...karok sangat lah kot masa tu.
Lepas dia dia kan?

Berkarok & makan makan bukan kombinasi yang menarik.
Dah la semua nak berborak.
Lepas tu nak makan lagi.
Nak menyanyi lagi..
Now nak tambah makanan lagi.
Terus macam haru biru sekejap.
Paling best..last last semua sengkak tak boleh menyanyi.
Sebab perut dah kenyang.
Paling hampeh...nak menyanyi kena berdiri.
Sebab tak boleh nak tarik suara...hahaha.
Kawan kawan aku ni semua artis/ penyanyi kampung dulu dulu.
So...suara masih sedap lagi.
Dorang bercita cita nak masuk Kilauan Emas nanti. puiiit.
Paling tak boleh belah suara aku.
Ada ke dorang suruh nyanyi lagu Wann.
Hermmm..."Hai cik Abang..menari bersanova..."
Aku ingat dorang dah lupa lagu feberet aku tu...kahkah

Haukkk...Happy Besday untuk Club 81.
Kitorang beli birthday cake surprise kat Saba.
Maklum jelah, sepatutnya nak celebrate dengan Jana sekali.
Tapi...Jana dibawa pergi bercuti....hurrrmmmm.
Last last aku suruh tukang beli cake, tulis jer nama samseng samseng taik kucing semua.
Paling tak boleh blah, masa kawan aku Punk whatapps aku gambar..
Tunjuk gambar cake, dia tulis nama  DEQLAH.
Amboi...terang terang lagi..ahaha..sapa deqlah ni kan?
Aku ke???

Akak pipi botoks & Saba jejari runcing.
Jari jer runcing. Badan tak runcing sangat.
Dia driver malam tu.
Eh eh...best naik kereta bau kedai noks..
Jaja & Rehan.
Dua artis a.k.a penyanyi lama.
Dua dua pun nak apply di pertandingan Kilauan Emas di umur 45 nanti.
Punk Rara & Lynn.
Muka ganas, dalam hati ada taman.
Nyanyi lagu semua tangkap leleh.

**gila babeng la....lama gila dlm draft...ok babai...:)

3 gambar, 4 cerita


 Yuhuuuuuuuuuuuuuuu......Hai..:)
Lama betul aku tak berblog.
Kemalasan tahap gaban malas nya.
Serba serbi malas uolls.
Cuma yang rajin adalah masak.
Tak percaya? lantak kome lah....
Dalam seminggu dua kali aku masak laksa.
Ha...malas sangat nak menanak nasi lak kau ni kan Daela?
Owh...bukan bukan.
Permintaan Abam pun bukan.
Aku buat dengan rela hati dan kasih sayang. puiih!!haha
Tekak aku mengada uolls. nak makan yang masam masam .
Jadi, aku rajinkan diri memasak laksa asam dengan segera.
Sampai jer rumah, terus bersilat dengan periuk belanga.
Dah siap laksa terus makan....lepas tu malam pulak perut pedih.
Kena la...masak nasi pulop.hahaha...gebu tak...?Memang menggebu lately ni.

Resepi aku sama macam korang buat laksa asam.
Lagi pun stail aku semua campak campak jer.
Aku gunakan semua bahan yang ada dalam peti ais.

Ha....sapa kata taukeh tak beli barang kat kedai yang dia jual juga?
Apa yang aku beli kat kedai ni?
Oho...tudung la...mana Radiusite jual macaroon pulop kan?
Tudung Shameen kot nama nya kalau tak silap.
 
 
Abam in the house.
Ni pun snap curi curi uolls.
Lepas tu terus send kat instagram cepat cepat.
kang dia delete.
Masa ni, abam tengah belek belek baju untuk isteri.
Woahhhh....Cakap jer belek untuk isteri.
Tapi dia pun beli juga.
Terima kasih sebab belanja saya ea Abam.
Abam memang suka buat saya gembira yang tak diduga.
Walaupun baju tak ada jenama kan..
Saya tetap rasa sangat gembira..hahaha


**hari tu abam pergi memancing dapat seekor ikan jenahak dalam 1.5kg.
woahhhh.......Abam cakap kalau aku ikut dia memancing, dia akan membangau(tak dapat ikan)...bila aku tak ikut...elok pulak dapat ikan nya....grrrrrr.....!!!!

Tapi..itu kan rezeki...Allah merahsiakan rezeki kita, supaya kita berusaha..:)

Sabtu, 7 Julai 2012

Testing testing testing

Saya tengah mencuba sesuatu ni
Kalau tak jadi..harap maklum.
Saya akan delete lain hari..








**aneh sungguh kau niiii...

Jumaat, 6 Julai 2012

Ketika usianya 3 Tahun....Tomei kan??


 Dyan : Eh...Apsal awak ni duduk sebelah kita ni?

Alili    :Alamak....suka hati kita lah nak duduk sebelah mana....sibuk jer!!!

Dyan  :Yer la...dah la duduk sebelah kita. Nanti mak kita marah..sebab awak ni macam gaya  macam            pengantin jer...

Alili    :Mak awak, dengan Abah saya sepupu...ish...sih..!!

Dyan  :Owh...betul jugak. Tapi...saya macam sekali sekala jer la jumpa awak....kan kan??

Alili    :Haah. Betul jugak. Tanyalah abah ngan mama saya...kenapa dorang selalu tak nak bawa jumpa awak.

Dyan  :Mestilah tak nak bawak jumpa...sebab dorang busy..hehe

Alili    :Awak...saya ni comel tak?( hahaha...ayat alili mintak pelempang)

Dyan  :Comel. Tapi....saya lagi comel..hehehe...(Padan muka Alili)

Alili    : Puiiii...hahahahha...

Dyan  : Eh...air liur awak meleleh la....budak kecik sungguh...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Alili  : Cis....tak sengaja termeleleh la...Dyan!!

Dyan : Ahahahaha....tak per, nanti dah besar hilanglah penyakit meleleh air liur awak tu..

Alili   : Harap harap macam gitulah..

Dyan : Eh....awak nak pergi mana tu????

Alili   : Nak turun dari pelamin la...

Dyan : Tapi kenapa................???

Alili   : Nak minum susu jap....

Dyan : Yey...boleh saya bersanding sorang diri...yey..!!
Ho...Sekejap jer Alili dah besar.
Sekarang dah 6 Tahun.
Rindu masa dia masih kecil lagi.
Tak lama lagi Alili akan tinggalkan anyah...& semua.
Sedih bila aku type entry ni.
Dari tapak kaki sebesar dua jari Alili dibawah penjagaan famili aku..
Tak lama lagi akan pergi tinggalkan kitorang.
Nasib baik lah tak jauh sangat..
Namun perasaan sedih tetap ada.
Dialah menakal...dialah jantung hati..dialah juga penghibur..
Iolls kalau tak dengar suara dia sehari...rasa macam tak lengkap hari itu..
Walaupun...kadang kadang aku geram jugak ngan perangai budak tecik nih.




**Mendung dihati...namun, haruskan diluah kan???

95 Fakta Mengenai Lelaki Yang Perempuan Wajib Tahu!

95 Fakta Mengenai Lelaki Yang Perempuan Wajib Tahu!

1. Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik
2. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
3. Lelaki benci kekasih di'ngurat'
4. Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
5. Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
6. "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
7. Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
8. Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
9. Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
10. Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
11. Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
12.Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
13.Lelaki juga boleh menangis!
14.Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
15. Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
16.Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
17. Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
18. Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
19. Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
20. Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
21. Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok".
22. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.
23. Lelaki benci gay!
24. Lelaki sayangkan ibu mereka.
25. Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.
26. Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.
27. Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.
28. Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.
29. Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.
30. Perempuan adalah kelemahan lelaki.
31. Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
32. Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.
33. Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.
34. Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.
35. Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.
36. Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.
37. Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ...
38. Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.
39. Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
40. Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.
41. Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.
42. Lelaki boleh berbual tentang apa pun.
43. Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.
44. Lelaki berfikir terlalu banyak.
45. Fantasi lelaki tidak terbatas.
46. Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.
47. Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu.
48. Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
49. Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
50. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.
51. Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.
52. Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.
53. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah.
54. Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.
55. Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.
56. Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.
57. Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya"
58. Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.
59. Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.
60. Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!
61. Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.
62. Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.
63. Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.
64. Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki
65. Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.
66. Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up
67. Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta.
68. Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! ... ... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia
69. Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.
70. Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!
71. Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.
72. Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut. :)
73. Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
74. Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.
75. Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
76. Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
77. Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
78. Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
79. Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
80. Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
81. Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
82. Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
83. Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
84. Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
85. Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
86. Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
87. Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
88. Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
89. Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
90. Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
91. Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.
92.Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!'
93. Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.
94. Lelaki benci perempuan yang gedik.
95. Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.
96. Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka ...
Copy from NONA fb :)

Selasa, 3 Julai 2012

Second Anniversary is Today...!!!

 Haiiiiii....Assalammualaikum...

Eh....poyo jer kan..lama tak update blog lepas tu letak pict ini pulak.
Ok, sebenarnya....today adalah Anniversary tahun yang ke dua menjadi suami isteri.
Tapi...sedih sangat.
Sebab kami tak berpeluang nak meraikan bersama sama.
Cukuplah sekadar bersembang gebang dalam tepon malam tadi.
Paling best..terus mata aku merajuk then tidur lepas pukul 4 pagi tadi.
Nasib baik aku kat rumah mak malam tadi.
Boleh layan movie kat utube.
Adoiyaii...aku macam tak retilah nak menulis puitis kat blog ni.
Sebab nanti Abam membahan aku...
"itu pun nak cerita ke...?"..
Hahaha..
Perjalanan masih jauh...
Masih panjang jika dimakbulkan Tuhan..
Namun, qada & qadar adalah ketentuan...
Aku sayang Abam.

**oho...o.k bai!!