For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 10 Disember 2013

Gold Coast Australia 2013 - # part 7 ( Harbour Town & Wax Museum )



Assalammualaikum...wbt.
Well Hello guys..
Yes, dah nak habisdah sambung sambung story mory yang bikin muntah hijau kan uolls.?
Lepas je membusukkan diri kat kebun binatang .. terus jer Agent bawak kitorang shopping shopping kat Harbour Town.
Terus kawan kawan membayangkan seperti JPO kat Johor.
Aku manalah pernah sampai kat sana tu kan..?
Terpinga pinga mak incik. kahkahkah..

Sebenarnya aku memang letih tahap max masa tu.
Kaki pun sakit.. tempat shopping pulak ya azab...besar sangat.
Tapi layankan jugak kengkawan yang nak window window shopping katanya.
Aku tak beli apa pun kat sini.
Memula macam nak beli macam macam.
Tapi...entah...mood nak membeli hilang.
Mungkin lapar...mungkin letih...hahaha faktor umo lettew..
Chooiii..


Puas gak melilau mata melihat pinggan kegemaran.
Manalah tahu kot kot terjumpa dengan pinggan mangkuk jenama Corelle kan?
Nak borong 2-3 Set target aku masa tu...ahahahaha....yeye je..
Tapi memang aku tak jumpa.
Kalau ada pun mesti kedai tu aku tak masuk.
Sebab malas nak meronda sangat.


Kawan kawan yang lain entah hilang kat mana pun tatau lah.
Aku , Sue, Lia , dan 3-4 orang lagi geng geng lelaki lepak kat kedai kebab.
Rupanya my CEO pun tak joint wife ngan anak menantunya shopping.
Lepak lah dia sensorang dalam kedai kebab tu.
Bila kitorang riuh riuh kat luar terus dia pun lepak sekali.

Rupanya salah seorang pekerja kat kedai kebab tu orang melayu.
Sopan jer tegur kitorang.
"uolls ni orang malaysia ea?"
Lepas tu uolls..terus lah rancak kitorang bersembang.
Sampaikan ada yg buat soalan gaji sebulan keje kat kedai kebab ni berapa uolls.
Nak tahu x berapa sebulan?
Arround $2000 per month.
Gila tak mantap? Gaji dia..
Sampailah ke pukul 4 kitorang tak habis2 beborak kat kedai kebab tu..
Lepas tu terus cargas dan hati berkobar kobar pulak nak pergi wax museum katanya..

Terus aku membayangkan..
Eh nak pelok pelok patung miley cyrus.
Pastu update status kat fb...hahahaha...


Rupanya wax museum ni dekat dengan area Surfers Paradise jer kot..
Celah celah bangunan gitu..
Kawasan wax museum ni agak kecil.
Macam rumah dua tingkat gitu..
Sekali pandang macam rumah hantu pun ada..
Hahahaahahahahahahahaha...


Bapak budak yang sengal tak sudah sudah ni memang cenggini.
Susah hati kalau dia senyap sunyi.
Ok, sebelum masuk kat dalam tu, ramai bergambar dengan hantu yang besau nau lobang hidung ni..
Tu yang terasa macam masuk fun fair ke kitorang ni kan...?
Mustahilll...


Ealiya dan tiang signboard wax museum.
Ada cerita nakal sebalik wax museum ni.
Kalau dah nama nakal..sampai kemana mana nakal uolls..
Hehe..aku lettew..


Ok, first sekali bila melepasi pintu untuk masuk dalam museum ni..semua orang pun cakap gini..
Laaaaaa......dalam kaca rupanya.
Kitorang memekak mekak sebab tak puas hati.
Mat saleh tu mana faham..
Ingatkan boleh lah sentuh ke kan..
Dah tak pasal pasal aku snap gambar miley cyrus sensorang.
Tak hingin aku berdiri sebelah kaca tu sambil smile..puiii..

Kebanyakkan patung lilin dalam tu nampak sangat tak real.
Entah..lain jek muka patung dengan yang asal.
Ke...pandangan aku jer kan?
Sebab tengok jer muka Miley ni..lain macam jer kan..


Lepas pusing pusing dalam wax museum yang setontet ayam ni..aku terus lepak luar.
Then ada untie ni panggil kitorang cakap kat bawah pun ada patung lilin gak.
Huh uolls ni...dia speaking omputeh la..kalau cakap melayu kan pitam pulak kan..
Aku mulanya memang malas nak joint.
Sebab macam tak best jer.
Pastu 1st group termasuk aku pun terjebak.
Dah....tak pasal pasal dengar untie ni dok menerangkan pasal punishment & cerita cerita silam tok nenek mereka.
Adoiyaiii rasa menyesal pulak .
CEO aku selamba jer cakap kedah.
"tah hapa dia doq kelentong kita pun tak tau na.."

Yeye je untie tu bercerita.
Seketul seketul pulak tu patah perkataan yang keluar.
Jelas nyata dan kadang kadang tak berapa nak faham.
Aku ,lia, lalan & arol dah panas telinga.
Masing masing merayau cari pintu untuk keluar.
Bosan kot...untie tu tak berhenti membebel.
Mana tak nya, setiap satu patung lilin dia akan bercerita..
Aku tengok mak aih...banyak lagi patung ni.
Mesti kelentong pun panjang lagi..

Aku ngan lia dok perati je lalan ngan arol try try buka pintu exit.
Yes, salah sebuah pintu terbuka.
Terus we olls keluar macam penyangak.
Kira macam student lari dari asrama la..
Lepas tu terkekeh kekeh kitorang gelak kat luar..
Rupanya baru perasan 2nd group pulak dah terjebak.

Aku sorry lah nak tunggu kat atas tu dah.
Terus aku joint lepak dengan driver bas kat tempat parking.
Adoi, rasa nak terputus urat kentot sebab ketawa.
Dah lama kot aku tinggalkan zaman lari dari sekolah.
Titiba kat sana boleh pulak dapat pengalaman lama..

Haha..yang penting, aku memang tak suka orang membebel tak tentu arah.
Nak nak pulak perkara yang tidak bersangkut paut dengan kehidupan..
So, x rugi pun sebab aku lari..hahaha..

Hurmmm...maka, tamatlah percutian pendek aku bersama company 
5hari 4malam di Australia, Goldcoast.
Nanti senang senang aku update pasal food pulak.
Sebab aku tak sentuh langsung pasal food ye kan.

Ok till then...

Xoxo,
Daela

Jumaat, 6 Disember 2013

Rayyan Zariff turn 1


Assalammualaikum.... Salam Sejahtera..
Ha...Previous entry pasal cousin Rayyan kan?
Today pasal Rayyan pulak.
23 Nov yang lepas adalah majlis hari jadi Rayyan yang pertama.
Seronok sangat budak icik icik tu.
Sebab ramai sangat tetamu yang datang.
Terima kasih sebab sudi datang kan...


Jumaat malam sabtu tu aku dah berkampung di rumah Farah.
Kengkonon nak tolong masak masak gitu kan..
Namun disebabkan menu semua ala ala omputeh, jadinya masak esok pagi je lah..
Tapi..sebelum tu kena test power dulu .
Seperiuk jugak test power Cabonara resepi Mak incik Farah..
Yang penting sedap sangat..


Budak kecik yang tidak mengerti lagi apakah itu hari jadi.
Yang paling peting dapat kereta kecil Doraemon dari Atok Man.
Lepas tu dapat macam macam hadiah lagi tau.
Aku gak sempoi datang tak payah bawak hadiah..
Uncle Eddy ngan Untie Fiza datang bawakkan kereta control. Besau nya..
Bapak Rayyan pun buleh tolong main kan..
Haha..
Lain lain pun datang bawakkan hadiah gak uolls.
Makcik aku from sepang datang lagi best..
Bawakkan durian baru lepas gugur.
Itu hadiah paling terbaik aku rasa..
Sebab aku boleh makan...hahaha..
Untie aku yang duduk kat Pantai dalam pulak siap masakkan lauk lagi..


Antara menu menu yang konon kononya boleh cover jika main food habis..
Popia macam biasa..mak aku dengan Nina yang membungkus nya..
Bihun resepi mak aku.
Tapi aku yang mengacau nya..
Sampai 2 hari gaklah tangan aku sakit.
Bukan mengada ngada uolls. Dapur yang telah di renovation itu terlalu tinggi.
Mak incik dah la katik uolls.
Lenguh tangan aku...
Tapi sekarang dah baik..


Main menu.
Kambing bakar, ayam bakar, Cabonara & Spaghetti .
Itu semua Arol, farah & aku yang masaknya..
Abam tolong tolong membakar jer..


Alololo... Pandai sangat nak tolong potong cake si budak Igi ni tau..
Meleleh leleh air liur dia..


Terima kasih pada Ika jiran sebelah rumah mak aku.
Dia yang bawakkan 2 biji kek.
Yang ini dia beli.
Lagi satu special sangat.
Kek Rainbow katanya..
Sedap teramat amat..
Nasib baik aku sempat makan 1 slice hari tu..

Punca punca beli kek lain sebab katanya tak berapa nak jadi decoration kek tu.
Dia belum arif bab bab menggunakan fondant paste.
Masih perlu perbaiki katanya..
Tapi...kek...memey superb sedap.

** Majlis kurang seri sebab family kitorang kurang ahli. Adik aku yang bongsu tengah busy menjaga wife & Aleesya kat hospital..maklumlah...isteri baru lepas bersalin.... Adik aku ni kaki lawak...Siot jer dia suka membahan orang..ok till then..

xoxo,
Daela