For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 30 Jun 2011

::Project Mega::

Assalammualaikum..wbt!!

Yuhuuu...

Vavavava...Sebiji Macam andia.
Korang tengah buat apa ea?
Aku sekarang tengah rajin.
Rajin buat hal.Boleh?
Mesti korang nak tahu aku buat apa ngan riben
warna warni ni kan?
Inilah Project Meganya
Aku memang suka semakkan rumah.
Rumah aku memang dah terlalu semak kalau korang nak tahu.
Nasib baik benda semak semak ni aku buat di rumah mak.
Kalau dirumah aku...sure...bertambah tambah semak
Ish ish...tak kan la kan.
Makanya, aku & famili bakal menerima orang baru dalam keluarga
tak lama lagi.
Haruslah berhempas pulas menyediakan segala persiapan
mengikut modal & kehendak tuan empunya diri.
Tuan empunya diri yakni adik aku kalau boleh semua
"TUNJUK" dihujung jari.
Sebab tak mahu susah susahkan mak aku yang tiada peneman bergosip
semenjak aku pindah..
Tapi setelah aku email dia beberapa keping gambar bunga telur superb ni,
terus adik aku & tunang nya terjebak.
Kalau nak beli, sumpah belum ada yang ready.
Semua kena tempah.
Kalau tempah ya kawan kawan, harga jatuh sebatang bunga telur ni,
rm4-5 sebatang.
Itu pun kena buat minimum order.
Kalau buat sendiri...lagi jimatttttt..
owh..kedekutnya aku sekarang ni..

Aku kalau boleh nak cerita semua kat sini.
Muakakakakaka...
Tapi macam tak best pulak.
Sebab nanti dorang rasa macam sudah tak suprise kan.
Aku cerita lite lite cukuplah.

Memang buat bunga telur ni murah kosnya.
Yang mahal adalah tenaganya.
Nak nak aku yang suka mengelat dari membuatnya.
Now, separuh daripadanya  sudah disiapkan oleh tunang adik aku.
Aku memang suka buat kerja separuh jalan.
Yang lain lain farah dah bawa balik rumah sambung.
Tinggal tunggu majlis jer nanti.
Sepatutnya kena siapkan anggaran 200pcs.
Tapi baru siap dalam 100++.
Itu pun tergendala sebab riben riben semua dah tak ada kat rumah mak aku.
Kalau ada, aku rajin jer nak sambung.

Tiada kena mengena dengan bunga telur sebenarnya gambar ini.
Gambar cameraman dorang aku cilok.
Amacam...cantikkan..?
Masa dorang buat outdoor,
kitorang ada kat depan dorang ni.
Sempat dorang berguling guling ambil gambar outdoor.
Ok ok...kata lite lite jer kan...?

Babai yall...love ya!!