For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 7 Disember 2011

Edisi Pertunangan - Cerita kat rumah mak...tapi terselit muka tunang adik aku..maka..entry meminang dah habis...yahoo#

 Fehhh....Assalammulaikum korang..

Selamat petang...hik hik. tergelak aku sensorang.
Bila tengok selipar selonggok macam ni.
Bukannya apa...biasalah..kenduri kendara memang macam gini.
Kalau tak kenduri, selipar suku dari yang ini.
Selipar Alili jer dah 3 pasang. Itu stock kat rumah mak aku.
Belum stock kat rumah abang aku.
Btw, rumah kitorang kalau buat kenduri kendara..Insyaallah..ramai yang datang.
Terima kasih tetamu yang hadir jauh & dekat..:)
 Bakal pengantin ni..orang lain busy mengemas..
kecoh kecoh uncle aku lambat sampai,
Dorang relax main congkak. Aku pun baru ingat nak joint sekali.
Baru jer nak melabuhkan punggung joint sekali mak aku dah panggil..
Aku bengang la...sebab Abam cakap aku tak reti main congkak.
Ada ke patut???
Aku dulu siap korek lobang congkak sendiri kat tepi rumah.
Lepas tu bila dah habis main tutup pakai kayu..
kang mak aku cangkul lobang tu pulak..
Sebab dedulu mak aku garang.... sekarang mak sangat baik..
Aku sayang sangat kat mak..oppss..emo jap!!
 Cer korang tengok sepupu aku yang paling kecik tu.
Ala yang pakai baju warna kuda belang tu.
Nama nya Dania. Cuba korang tengok kat kaki nya.
Ada plaster. Yup..kaki budak tu terkena cermin.
Hui..banyak darahnya. Kesian kat dia.
Dia masuk bilik adik aku yang dulunya bilik aku.
Ada cermin yang uncle aku drill dulu.
Tapikan dah lama...dekat 5-6 tahun, bila Dania masuk..
Dia tepuk cermin tu...pranggggg...cermin pecah kena kaki.
Kesian Dania..tapi nak senyapkan dia senang..bagi jer iphone.
Terus senyap..lepas tu terus aktif balik..haha
 Masa ni make up semua dah lunyai.
Terutama farah. Aku memang buat muka sakai..tak main make up make up.
Sebab uncle aku salah info.
Masing masing ingat hari ahad bersamaan 4/12/2011
Bila abah aku call tanya..bila nak sampai..terus uncle aku terkejut.
Dan dan tu jugak segera datang.
Memang lah meminang sangat jauh uoll.
Rumah mak aku tingkat 6. Rumah bakal besan mak aku tingkat 7.
Kalau Besan mak aku berkaraoke pun boleh dengar woo...
Tapi itulah..lagi dekat lagi lah lambat.
Elok nak start lepas zohor..lepas pukul 3 jugak baru sampai.
Nasib mak aku memang beria ia masak kat rumah kitorang.
Kalau tak...haha..jawap sendiri
Peeewiittt...Hah sudah duduk dekat dengan besan.
kah kah.Aku cakap kenapa mak buat muka comei macam gitu.
Mak aku cakap..penat...jauh datang nya..
Yerlah tu. Ada ke patut mak suruh aku sarungkan cincin kat kak cik?
Aku memang lah tak nak. Kalau cincin orang nak kasi aku nak.
kan?
Haiii la letih...lepas tu rushing siap siap gi mana ea?
Hahaha. Memang letih...nasib baik ada teksi kuning.
Lagi best o..o..o.. lagi bestttttt...!!!!

**cerita merisik bagai, aku tak nak tulis.Sebab semua pun macam biasa...

2 ulasan:

Mimy Hamid berkata...

gambar korang ramai adik beradik takde ke??

Queen berkata...

tu dia.. besan kat atas tumbuk sambal..yg kat bawh bolehdengar;..hahaha