For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 20 April 2011

Resepi Hentam Kromok!!!

 Salam yaw!!!
Walau pun mood mak agak kedaung ni anak anak,
mak tetap nak lepaskan gian hapdet blog mak jugak..
btw, mak memang tengah bersedih & berduka lara yang teramat amat..
bila memasak ni, terubat duka lara seketika..

ok, ini adalah bahan bahan untuk inti :
  • 2 batang sosej
  • 2 keping daging ayam burger Abang Ramli
  • Sesudu rempah kari ayam/daging
  • Bawang besar dicincang halus
  • Bawang putih sebiji
  • cili padi 2-3 ulas (ni untuk kasi perut & mulut kepedasan)
  • Sedikit serbuk perasa & garam
  • Minyak untuk menumis
Cara caranya pulak, macam biasa..ikut kreativiti korang la nak tumis macam mana.
Mak malas nak taip panjang panjang lebar ni ya anak anak..

 Mak & Sayam suka roti Gardenia.
Kadang kadang mak tukar tukar gak..
Bukan semata mata roti putih ni jer.
Kadang kadang yang lain lain jugak mak beli..
Owh..mak dah lama tak mencekik roti..
Jadi, bila mak nak masakkan untuk Sayam, mak curi curi rasa..adeh..lambatlah ketosis mak menjadi..

Roti tu korang kena potong macam gitu..
Sebab Sayam mak ni kalau nak hidangkan dia roti gini,
kena buang tepi nya...Adeh ngada ngada tau..

 Lepas korang buang tepi roti tadi,
Korang bolehlah bubuh inti yang mak ajar memula tadi..
Wah teruja muka mak dapat tengok roti dibubuh inti.
Lagi sedap kalau korang try bubuh sardin sebagai inti.
Korang try la ubah ubah resepi ni..mak ni nak menghabiskan stock dalam peti ais..
 Wokeh, bab menekan guna garfu ni mak paling suka..
Tibiba mak dapat ilham nak gunakan garfu macam ni.
Pada mulanya mak nak guna telur jer..
Korang kena letak dua lapis tau roti ni.Sekeping yang berinit..sekeping lagi yang kosong..
korang cantumkan..dan tekan kuat kuat dengan garfu sampai garfu bengkok..hahaha..mak tipu jer.
 Setelah semua roti korang buat dengan proses yang sama,
Korang boleh goreng atas dry pan , atau korang goreng dengan minyak.
Mak suka guna dry pan ni sebab jimat tak payah guna minyak..hahaha..mak kedekut sekarang ni..
Mak rasa kan, kalau korang gorengkan, sebelum goreng tu celup dengan telur ke, celup dengan
serbuk roti ke, mesti lagi sedapkan..

Ok, inilah hasilnya..
Amacam ?Ada rajin tak korang nak tiru resepi hentam kromok mak ni?
Korang boleh gelapkan sikit warna roti korang secara membesarkan api jika korang malas nk tunggu lama lama kat dapur.kekeke..
Ok, selamat mencuba..

ta-ta

p/s: Gua hati tengah gundah gelana ..sila abaikan kalau gua salah eja...sebab gua mmg selalu mcm tu..

3 ulasan:

Mimy Hamid berkata...

aku nak tiru sebab menarik...thanks dila

Ibu Double Q berkata...

KAK... sya minat tang kuali leper tu... cam besttt jer... mesti mahal kan.... hehehehehehe...

Zuwairi Aiman berkata...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

Saya suka kreativiti awk.. teruskn ye