For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 21 April 2011

Alas Dulang Hantaran Hand Made

 Wah.wah..dah nak setahun aku jadi pengantin kot..
Baru hari ni aku nak bercerita..
Basi sudah kan?
Tak per..kalau korang tak mo baca, aku nak tulis juga..
Heee...
Kang korang muntah pulak aku asyik review pasal makan jer karang..
Nak nak pulak, aku review kedai standart low jer..maklumlah, aku bukan orang ada ada.
Ok, walaupun dah nak setahun lebih pun, aku masih ada simpan gambar yang aku snap guna henpon.
Sebab itulah kualiti gambar agak hampeh disitu..
Kalau pakai DSLR, mesti cantik kan..
Oit oit...sila kembali ke realiti lah..hahaha..

**Tips untuk memilih alas dulang yang berseswaian dengan hantaran sangat penting.

Tapikan zaman sekarang ni dah terlalu morden.
semua hantaran canggih canggih kot.
Tapi, itu semua ikut kemampuan.
Macam aku katakan, aku hanya insan biasa, serba serbi biasa.
Nak sewa sedulang hantaran sampai 30-50 ringgit aku takmampu.
Jadi, aku buat sendiri..DIY.
 Sebenarnya, alas dulang ni aku beli dalam anggaran 2-3 meter untuk 12 alas dulang.
Aku potong ikut contoh yang biasa orang gunakan.
Jadi, aku akan beli renda sendiri & manik manik untuk dihias di bucu alas dulang tu.
Masa membeli manik manik ni pun kena pandai berkira kira.
Sebab aku tak mahu pembaziran berlaku & jarak kedai dan rumah aku agak jauh (KL or Klang)
Sia sia kalau kita kurang beli jika kurang sebucu manik kan?
Jadi, kira kira itu penting.
Calkulator penting kot masa nk buat apa jenis majlis yang korang buat sendiri..

 Upah sekeping alas dulang ni jiran aku ambil Myr 1.
Mahal ke murah eh?
Lepas itu mulalah operasi menjahit bead di bucu.
Jahitan ini mengambil masa agak lama sebab aku lebih suka berdating dengan tunang dari buat keja ni.
Kadang kadang busan ahhh..
Kalau terlebih rajin seharian tu siaplah.
Tapi masa nk menyusun tu agak lembab..maklumlah, tangan aku keras.
Menjahit pun lambat.
Bila sudah siap semuanya..barulah best.
semangat nak menyiapkan alas dulang ni adalah kerana aku suka nak buat jurai jurai macam tu.
Kalau sewa kat tempat aku ni, kurang menarik.
Semua old fashion.
Bead & mutiara ni semuanya berat.
Walau pun mahu harga yang murah,
korang masih lagi boleh jumpa kat KL ni.
Berbanding korang nak pergi Nilai kat N.9 tu.
Cukup berbaloi beli kat sini.
aku pergi nilai sana tu buat habis beli barang yang bukan untuk kawen.
Sebab aku dapat harga jauh lebih murah kat sini.
Untuk barang perkahwinan.

** Jika ingin buat sendiri, korang kena rajin rajin buat semakan harga di tempat korang ea..
**Kalau korang ada ramai adik beradik yang belum khwin, sila gunakan warna warna yang mathing seperti putih, cream, soft blue(like me), & semua warna warna soft..

**nanti aku kasi tips nak buat bunga telur, bunga duit untuk penanggar & bagai bagai lagi..

p/s:aku hapdet ikut mood sebab aku  tengah rajin skrg ni..thanks sebab sudi baca blog aku..daa...

1 ulasan:

Mimy Hamid berkata...

ko rajin dan kreatip nok...aku pun nasib mak sedara tolong