For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Isnin, 25 April 2011

Forever In Time

 Assalammualaikum u all..
Semoga korang semua ceria seperti aku.
Petang  21 April 2011, aku ngan kengkawan lama masa sekolah,(geng2 mafia)
turun lepak dan makan makan bersama.
Wah..meriah gila kot.
Kalau ikutkan semua yg di invite kena datang.Tapi ada 3 orang yang tak dapat datang.
Nasib alasan dorang tu boleh diterima pakai.
Maca biasa, aku hanya boleh joint berlepak lepak menghabiskan masa jika sayam kerja malam
dan masuk kerja awal..kalau dia menoreh start pukul 11 pm, mintak maaf aku tak dapat joint.
So, dorang memahami & aku juga memahami dorang.
Bukan main susah nak arrange time ni tau..

Lokasi, Sunway pyramid chicken buffet.
21++ per head.
Murah & sedap.
Memula ingat nak ajak lepak kat TGIF
Kalau 3-4 orang yang datang sure aku ajak dorang lepak kat sana..
ini adalah lebih kurang second reunion untuk kengkawan balik ke status bujang.
Ya...yang datang hampir 96% dah kawen.
Wah, aku tengok  semua muka happy gila sebab dapat duduk bersembang berlama lama.

Mana taknya, dulu masa sekolah...semua mat lajak.
Kaki belasah orang..hak tui..
Time belajar cikgu tengah mengajar kitorang semua lari dari kelas senyap senyap.
Ada jugak kes yang masa sekolah perang dingin.
Bila dah jumpa gini siap emo emo sedih..what pass is past ok...
Aku pulak memang suka lepak ngan lelaki.
Aku belajar pun aku lebih suka refer kat kawan kawan lelaki aku.
Now...sampai sekarang pun aku masih macam dulu.
Tiada perubahan.Aku baik ngan kawan kawan perempuan aku,
& baik juga dengan kawan kawan lelaku aku.

Kalau cerita panjang lebar pasal nakal kat sekolah, kat dalam kelas..
memang tak habis habis.
Ada yang datang sekolah sebab nak jumpa aweks,
ada yang datang sekolah sebab tuntutan & terpaksa."sapalah agaknya ea?"
Tak kurang jugak yang datang sekolah lepas tu tido sebab malam buat part time banquiet  kat sunway hotel..
Gila la...

I love u my friends,coz sudi luangkan masa bersama..
Dorang semua pun macam senorok gila babas sampai lupa nak balik rumah.
Lepas lepak & mencekik kat pyramid, team aku sambung lagi kat char kue tiaw sampai 1am.
Dasyat mak mak orang ni kalau dapat keluar kan?
Aku, memang tak berapa nak ada modal nak berborak..
Tolong ketawa je lah..
Topik yang paling hangat GEM..................................UK.
Jadi, panjang kan lebar untuk hasut dorang beriadah.
Ini aku suka...Jom bersenam erobik.
Bincang punya bincang..next time..dalam masa yang terdekat nanti..

Btw, thanks pada aku punya penaja malam tu.
semoga Allah memanjangkan usia kamu & menambahkan rezeki yang melimpah ruah pd dirimu.
Walaupun kamu sudah berjaya, kamu tidak pernah melupakan aku.
Aku juga telah memanjangkan rezeki yang kamu beri pada ku..

**Nama dia tak boleh sebut..sbb dia glamer..walaupun dia duduk depan aku, tapi dia minta gambar dia tidak ditangkap...hahahaha..menyampah aku.......!!!!!

Tiada ulasan: