For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 21 Disember 2010

::Sheila Mambo Kahwin::

Salam Sejahtera kawan kawan..
Lama aku tak menulis di blog.
Idea kurang..
Mood pun kadang kadang ada, kadang kadang tak da untuk menulis.
Maklumlah..pemalas.
Last week, bertarikh 19.12.2010
Sorang lagi kawan aku kawen.
Shiela Mambo.
Apasal Mambo?Tah..suka suki jer kawan kawan lama aku panggil dia Mambo.
Majlis perkahwinan berlangsung di area Seri Sentosa Kg. Medan.
Sangat dekat.Jadi, aku ngan Amy tiada masalah untuk ke sana.
Cik Sue juga mendapat undangan.Tetapi..dia terpaksa attend majlis kenduri kahwin
saudara maranya..
Tema perkahwinan Sheila MERAH.
Lagipun Sheila putih melepak.
Tak hiraulah dia nak pakai baju kahwin warna apa sekali pon.
Sure cantik.
 Ha...inilah team team RC yang dulu.
Wah...masing masing dengan Big Famili.
Time time kenduri kenduri ginilah dapat jumpa dorang.
Syok betul.
Masa aku kahwin hari tu, aku tak berkesempatan nak berborak panjang ngan dorang.
Ha...time nilah juga nak kena bahan.
Aku termiss menjemput kawan kawan.
Yelah, dorang masing masing bawak haluan.
Mana nak contact kan?
Ada 2-3 Famili gak aku tak dapat nak invite.
Maafkan aku kawan...
 Mambo di meja makan.
Gambar credit to Puan Min Qaseh.
Wah..hidangan semua membuka selara pada kitorang.
Pengantin malu malu kucing time makan.
Hahaha..teringat masa kami makan beradap.
Semua pon sopan sopan dan malu malu.
Kenyang sebab perut aku kena korset dua helai.
Ha...mana buleh nak makan penuh penuh.
 Make up, baju, pelamin semua meletop.
Tapi tang rambut tu...aduhai...kecewa aku tengok.
Sedikit serabut.Sory to say Sheila..
Dia juga mengambil package Mak andam yang sama di ALFINAZ
sama seperti aku.
Cuma mak andam kita berbeza.
Kalau tak silap aku, Sheila menggunakan Pak Andam.
Aku menggunakan Mak andam.
Kan berbeza..
Tapi...tak kisahlah..Sheila sudah pun selamat menjadi seorang isteri.

 
 Inilah muka hauk selepas balik kenduri..
Lepas balik kenduri, singgah rumah emak sekejap.
Rindu kat emak, sebab mak aku baru sampai dari kedah malam tu..

7 ulasan:

attyfir berkata...

Comey sangat pengantin putih melepak ..nasib pengantin memang lawa..jadik rambut agak serabai pun dapat cober sbb muka pengantin comel bangat

kella berkata...

heheheh ingatkan betul ler shila mambo tadi :)

cantik..

sue berkata...

selamat Pengantin baru Sheila Mambo...

Mimy Hamid berkata...

nok ok jekkkkk ..serabai sikit tapi muka dia comelllll tutup segala

ZanaNordin berkata...

salam
cantik pengantin ngan kaler merah
nak2 pengantin putih melepak gitew

btw...
selamat pengantin baru buat u'r friend k

Queen berkata...

pengantin adlaah somel...

nik memang tak berkenan rambut gitu.. tapi takpela..pengantin somel u.....itu semua salah pak handam la kan.. =)

Si Tukang Karut berkata...

selamat pengantin baru ea sheila sorry aku x dapat hadirkan diri...
tapi memang cantek...vouge gitu nyahhh...i loike itttttt