For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 9 April 2013

Anak Rimau mengamuk....!!!


Hai uolls...Assalammualaikum..
Korang jangan nak ketawa sangat tengok gambar anak rimau kecik ni.
Jangan pulak ada yang kata aku kuat mendera Rayyan.
Aku memang sengaja buat dia macam gini.
Mak aku pulak tolong pegangkan budak tu.
Bukan main lagi dia menangis lepas pakai baju rimau ni.
Baju rimau ni Mummy Rayyan yang beli ok.
Siap wasapp aku cepat cepat.
Aku pulak...kemain tak sabar nak tengok Rayyan pakai semalam...


Bukan sebab apa pon.
Rayyan memang tak suka pakai topi - cap .
Kalau dipakaikan...
Macam ginilah gayanya.
Sampai meleleh leleh air liurnya.
Marah Abam tengok gambar ni malam tadi.
Aku gak yang dia kata suka mendera Rayyan.


Haaaaa....kan hensem bila Rayyan senyum macam gini nak...
Tu pun jenuh kipas lipas kat dia.
Baju kuning oren.
Hari pulak panas.
Kipas pulak mak aku stock pasang no3.
Manalah tak meragam Rayyan.
Hoho...muka atak senyum meh...bila aku change kelajuan kipas.
Macam bunyi helikopter sekejap.
Kahkahkah...


Cisssss... budget budget comei sangat yek..?
Memang comel pon.
Korang tak cakap comel pun aku tak kisah.
Janji...aku tengok Rayyan buka mata lepas bangun tidur then senyum kat aku dah cukup indah.
Cukup bahagia...Sebab dia kenal aku..
Aku cerita kat Abam macam gitukan..
Laju laju abam cakap..."mesti Rayyan dah lupa kat uncle..."
Mana tak nya..
Uncle busy menoreh siang malam.
Tak sempat nak berjumpa dengan Rayyan & Alili.
Owh ya...tak lama lagi dapat orang baru lagi...
Nanti cerita..supriseeeeeeeee!!!!!!!!!


Olololo....so suwitttt...bak kata Alili
Rayyan sekarang dah start makan nestum campur dengan susu.
Petang semalam, 1st time aku bagi dia menyusu campur nestum tu.
Kemain happy lepas dia minum.
Bertambah crepe lah tangan, pipi dia esok esok.


Ni gambar ulang tayang ketika memakai topi balik.
Kali ni nak tayang kat Cik Pramugari.
Sekali lagi rayyan menangis manja.
Nasib biji mata kat baju rimau tak tertanggal.
Sekuat hati Rayyan cuba mencabut topi itu..
Kesian pulak aku tengok...


Hahahahaha...
Tak sanggup nak tengok dia menangis lagi.
Muka dan expression sangat orang ingat aku kaki mendera.
Padahal saja dia jer buat muka macam gitu.
Kengkonon sakit sangat pakai topi.
Kannnn???


Sila tengok gambar yang aku bulatkan.
Kemain ada ekong kat baju anak rimau.
Punyalah nenek Rayyan tak gemo cucunya ada ekor macam gitu.
Ada ke patut dia nak gunting??
Hahaha...


** Titiba petang semalam ada orang kat area rumah aku cakap yang esok (hari ni) tak der air.
Balik rumah, aku isi semua air dalam baldi baldi yang ada.
Then tadi abam call aku cakap memang today air tak der.
Hermmm...harap harap hari ni jer tak der air..

ok bai..

XOXO,

DAELA mak ngah rimau....auuummmm...ahahahaha

3 ulasan:

Mimy Hamid berkata...

macam baju fayel la dila..auwmmmmmmmmm fayel harimau jinak...nah tengok sini

http://nurmimy.blogspot.com/2012/06/wrodless-friday-harimau-muda.html

Uncle Lee berkata...

Hi Daela, you anak rimau so cute! I suka his tiger suit....
But maybe dia ta'suka pulak sebab meningis tu.
I think dia nak you manjah sahajah. Babies semua begitu la.

Anyway, have fun, babies grow real fast.
Simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Amiha Ayu berkata...

jahat la buli dia...hahahhaa