For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 28 November 2013

" Nur Zara Aleesya"


Assalammualaikum... hello..Apa khabar semua..?
Ok ok...aku ada hutang cerita pasal GC lagi kan?
Nanti try update lah yea?
Mood malas dah datang.
Nak update blog pun rasa malas sangat.
Padahal banyak nau nak kepoh kat blog.

Disebabkan excited tahap max, aku update jugak pasal ni..
Baru baru ni dapat anak buah perempuan.
Suka lettew Mak aku ngan Abah aku tu..
Dapat cucu perempuan kan?
Cucu perempuan pertama dalam family aku...hee
Masa ni Baby Zara baru tengok dunia beberapa minit selepas lahir.
Muka pun tengah tembam sangat.


Berat Baby pun tak macam Rayyan Zariff.
Rayyan 3kg lebih.
Baby Zara 2.8kg. Halusss jer nak angkat pun tak berani..
Kesian Kak cik ataupun adik ipar bongsu aku ni.
Memula boleh bersalin normal.


Mak aku orang yang paling happy bila dapat tahu kandungan menantu nya adalah anak perempuan.
Gila tak happy.
Dua dua cucu hero.
Bila dapat perempuan...huiii baby dalam perut lagi mak aku dah belikan baju uolls.
(pembetulan.. **Adik ipar aku Nurul Farhana yang belikan...hahahaha...sorry mak incikkkk...)
Kan...nampak tak sekarang ni sapa yang over excited..??


Napa Baby muka masam jer ni?


Baby Zara lahir pada hari Khamis malam jumaat.
Malam khamis tu family aku semua dok call call sebab nak bagitahu Kak Cik dah masuk hospital.
Kesian Kakcik, 24 jam kena tahan dalam ward sebelum bersalin.
Mula mula ikutkan dalam keadaan normal.
Tapi...dalam pukul 7 petang khamis tu KakCik demam panas pulak.
Terus Dr. suruh operate dan dan tu jugak..

Masa tu aku kat rumah lagi..
Kemudian Abam cakap dia pun tak sihat.
Satu badan sakit sakit.
Lepas bawa Abam pergi klinik , Mak call bagi tahu kak cik sekarang ni tengah dalam operation room.
Terus aku pulak yang gabra..
Tup tup aku pun rasa nak demam jugak..
Seram sejuk dengarnya...

Sampai je kat hospital, Sibling aku semua dah ada.
Masing masing tengah berdebar menunggu keputusan Dr.
Maklumlah...benda yang melibatkan nyawa yer dak?
Sorang sorang cousin kitorang datang.
Meriahlah hospital masa tu.
Mak Kakcik sempat lagi masak masak sebelum datang hospital.
Makanya...ada jugak upacara makan makan sekali..


Bila adik aku call tanya Kakcik dah lepas ke belom operation setelah 1jam lebih
And jawapannya Yes.. so...terus mak aku ngan besannya naik keatas nak tengok baby.

Haa...Aku suka tengok Abam memangku baby Zara..
Sobsobsob...


Tengok...kecik kecik Baby dah pandai kenyit kenyit mata..
Jangan nakal nakal Zara tau..
Jadi anak yang baik & solehah..
Jangan nanti jumpa Anyah kat Lift..anyah mintak singgit..
Padahal kat rumah dah bagi dua ringgit...hahahaa...
(Alili lettew..)

** DIA lebih mengerti perasaan ini.. 


xoxo ,
Daela

2 ulasan:

Mimy Hamid berkata...

Comrl baby girl....aku kepingin baby girl sobss

tenku butang berkata...

Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 140
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/