For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 27 Oktober 2011

Lengkong Oreo

 Hola...

Assalammualaikum kawan kawan..
Busy ke korang lepas cuti sehari eh?
Aku memang lah sentiasa busy yang cipta sendiri.
Eh ok, aku suka dengan blog Kak Ita ni.
Kalau dia buat biskut ke, kek ke...mesti cantik.
Bukan rasa jer sedap...cara dia snap gambar pun cantik.
Sekarang ni, blog dia dah menjadi rujukan aku pulak..
See....aku dah cuba buat Agar agar Oreo
Kalau ikutkan malas, memang tak jadi apa...
Itu yang buat aku berusaha mencuba resepi Kak Ita tu.
Kalau korang cakap senang jer cara nak masak agar agar..
Memang senang.
Tapi...kalau dah malas...semua benda tak jadi kan kan..?
 Isnin aku MC.
Sebab sunburn teruk.
Muka pun dah kembali pulih lepas Abam gelar dayang senandung.
Abam tak sedar diri. Dia pun sama...tapi tak mengaku...
Dia pun MC juga...siap dapat 2 hari...Jeles mak nok..
Lepas balik dari Mc, terus pergi Shopping Groceries kat Chekers.
Pasaraya Feberet abam.
Kalau ikutkan memang tak larat.
Tapi...semua stock dah kontang.
Nak goreng ikan pun macam sedih jer.
Minyak dah tinggal sikit.
So, sekali harung la..membeli belah.
Kengkonon nak beli sikit jer..
Tapi...Dah alang alang, terjebak jugak..
Hermmm....rasa macam tak sampai hati nak tunjuk apa yang kitorang beli.
Macam segan pulak...
Sebab tak shopping kat JJ or Grocer kan...
heee....kalau aku pegi pun, tak pernah rasanya nak tunjuk kat blog.eh

 Masa aku buat Agar Agar Oreo ni,
Abam tengah tidur.
Kalau tak..mesti dia tak sabar nak tengok proses agar agar ni beku.
kang tak semena mena dia suruh masukkan dalam peti ais.
Aku main buat jer agar agar ni.
Menurut kata Kak Ita dalam blog nya,
Biskut oreo ni dihancurkan then terus taburkkan dalam acuan.
Sambil tu, masak agar agar dengan gula & secawan susu.
Tak kesah la susu apa.
Janji susu. Dan korang kena pandai pandai agak.
Takkan susu pekat nak letak secawan kan..?
Tak sampai 2 hari mencanak la kencing manis pulak..
Ohya...mesti korang macam ehh...perasan tak, agar agar aku tak cantik.
Berlopak lopak macam jalan tar tak siap turap.
Dalam keadaan memasukkan oreo secara manual dalam bekas,
jadi..aku memang tak tahu masih ada ruang kosong macam tu.
Melaikan kalau bekas korang transparent sure...boleh nampak.
Salah satu sebab juga, masa nak keluarkan dari bekas,
hah...terus terkeluar...lepas tu sikit sikit oreo tersangkut.
Memang susah nak keluarkan...naknak pulak kalau pakai bekas kuih Puteri Ayu.
Ada juga blogger yang ajar suruh campurkan milo.
Tapi aku macam tak nak buat sebab kurang percaya.
Kang tak pasal pasal oreo aku ngan susu dah sama warna..
Tak best...

Ok.. selamat mencuba yer kawan kawan...adios:)

2 ulasan:

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

cam tahu tahu je dua tiga menjak ni , akak nak wat lengkung , puding oreo ni, nanti bolehlah cilok resepi ko.

daela berkata...

Kak Ina-

tet...sila lah buat..kalau pakai susu cair lagi kick kak...:)