For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 7 Oktober 2011

I'm Sorry Sayang..

Assalammualaikum...

Wah...Sejuk sangat petang ni.
Aku kalau diberi selimut tebal...confirm bergulung dalam selimut sekarang ni.
Sebab kat Area Office acik ni hujan renyai renyai..
Aircond pulak boleh membunuh sistem sistem saraf yang berkudrat malas...sambil memejam mata menaip entry ini.
Memang kat DP ni selalu hujan renyai time petang.
Harap harap sebelum waktu aku habis bekerja sudah berhenti.
Kalau tidak....aku kena meredah hujan.
Dah la hujan, jalan jem pulak....kesian kan?

Ohya, minggu lepas aku menghadiri majlis tahlil dirumah sister in law aku.
Ala, bukan jauh pun..sebelah block rumah Mak jer kan..
Disebabkan SIL aku ni kerja dah tak tentu arah semenjak kerja di hospital swasta,
terlampau over dia bekerja.
Sampai nak ambil Annual leave pun susah sangat.
Jadi, dah alang alang dia cuti, terus buat majlis Tahlil & In advance Birthday untuk alili.
So, ada dua majlis lah kiranya kan..

Memang last week aku dengan Abam busy.
Abam kebetulan tengah kerja Pagi.
Kalau orang peraih cakap abam kena balik lewat,
Memang kena balik lewat.
Mood nak keluar memang tak kan ada.
Sebab, bila Abam dah sampai rumah, dia keletihan.
Nak ajak keluar pun tak sampai hati.
Abam kerja 7am to 7pm everyday.
Jadi, dengan mengambil jalan mudah, aku cakap dengan abam..
Alili tu tak sesuai kalau kita belikan mainan.
Sebab utama tak nak belikan mainan adalah, tak sampai sehari karang rosak dikerjakan.
Mengalahkan pomen kot Alili sekarang ni.
Ada jer kejenya..
Kalau nak belikan dia baju or stationery boleh la.
Lagi pun dia dah sekolah kan..

Sabtu tu, lepas aku sampai kat rumah mak,
tolong mak masak sekejap then keluar dengan bakal pengantin.
Kalau dah keluar dengan bakal pengantin, takkan aku nak pergi beli toys kan..?
Jadi merayau mencari barang barang yang sewaktu dengannya.
Tup tap..tup tap...sampai pukul 3 petang.
Lepas tu sambung tolong emak pulak kat dapur.
Sebelum pukul 8 malam, aku akan sampai rumah aku dulu.
Sebab abam nak sampai rumah jugak.
Bila abam sampai, terus siap siap nak pergi open house sahabat.
Terus terlupa nak pergi beli hadiah untuk alili...

Besoknya, bila majlis bermula..
Aku dengan abam dah sediakan duit nak bagi pada alili.
Kira sebagai ganti hadiahlah gitu kan..
kawan kawan alili datang juga.
Tapi, tak ramai yang tahu yang hari itu juga sambut birthday Alili.
Aku, abam, acik & farah tak bawak hadiah...
Yang bawak hadiah kak cik & adik aku yang bongsu.
So, tak payah kesah apa hadiah yang adik adik au bawakkan tu...ngeeeee...

Di satu malam yang lepas,

"anyah, alili rasakan...tahun ni kan...alili tak dapat banyak hadiah kan...?" alili bukak cerita..

"owh....Anyah tak ada masa nak belikan alili hadiah...I'm sorry sayang..."

"Kenapa anyah tak belikan...?"

"Ala...anyah busy, lagipun uncle & anyah dah bagi alili duit kan hari tu..."

"Anyah...Alili ni bukan cakap pasal duit kan? Alili cakap pasal hadiah...., Alili tak nak duit...Alili nak hadiah..."

"alalala....kesiannya...nanti anyah belikan hadiah yer...Alili nak apa?"

"Alili nak mainan Mc D jer...."

Adoi..tersentap hati kecik aku.
Alili bukan nak hadiah yang mahal kot.
Cuma nak seronok seronok bila orang datang bawak hadiah.
Dah namanya pun budak budak..
Aisehhh....Kesian budak kecik tu..
Terus aku ajak dia pandu laju ke kaunter McD dengan kenderaan yang dihadiahkan oleh Abam..
kah kah kah..terus senyap.

1 ulasan:

Mimy Hamid berkata...

budak2 ni pentingkan hadiah..baik ko beli mcd dptkan hadiah kecik2..sejuk hati dia