Hai korang..Assalammulaikum..:) Selamat petang..
Akhirnya...selesai juga entry sambung sambung aku tu kan?
Rating naik banyak juga...tq pembaca yang kusayang.
Hari Ahad tu, adalah hari megemas rumah sendiri pulak.
Setelah berhempas pulas kat rumah mak kan.
Laundry kain baju yang berlambak lambak.
Sapu sapu sawang..hahaha..mesti korang bayangkan kesepahan rumah aku kan..?
Tinggal dengan seorang yang sangat pembersih...mampukah...hidup dalam bersepah??
Memang nak makan sound-an pedas mengalahkan cili padi cubalah...kah kah
Dah kata weekend kan..
Letih tak larat nak masak.Alasan:)
Lagi pun semua barang barang basah semua sudah aku angkut buat pesta kat rumah mak.
Nak masak apa pun tak ada. Bihun nak goreng dengan ikan bilis mungkin lah.
Tapi...kemalasan lebih menguasai..
Jadi..Kami ke Sebuah pasaraya di Jalan Klang Lama.
Sorry, pasaraya tu nama macam pelik sikit.
Aku malas nak ambil pot pun nak mengingat apa kenamanya..
Bila masuk...korang tahu je lah.., pasaraya baru.
Separuh sesat mencari food courtnya.
Last last jumpa dekat dengan Area Tesco.Dalam tu ada tesco ok..besar jugak..
Nak makan apa pun tak tahu kat situ.
Pusing pusing tengok ada Subway. Itu jer yang best.
Tapi..tekak aku teringin makan Pizza Hut.
Since bulan puasa hari tu terbabas nak makan Pizza Hut.
Padahal..Dominos ngan Papa Jones tu sama spesis jugak aku rasa.
Dua dua jual Pizza.
Lepas tu abam cakap jom la kita g Midvalley.
Kat situkan ada Pizza Hut.
Aku yang selalu rasa semak nak kesana terus berbunga cinta.
Sebab kebuluran. Seharian tak makan.
Mak suruh bawak tapau pun aku tak ambik.
Kengkonon nak pergi breakfast lah hajat nya.
Namun hharammmm...Yes..parking pun macam memahami.
Senang jer dapat tau...mak senyum gumbira.
Yeyehh...dapat makan pizza.
Tapi, pizza yang di order sumpah kureng sedap.
Order yang Masala Pizza kot.
Ouiii...rasa kari la pizza ni.
Aku makan sekeping tapi dua kali.
Lebih..abam habis kan..Ha...nak sangat order masala kari ni kan?
Haha..Lepas tu mulalah shopping mata.
Semua tengok macam nak beli.
Bila rasa nak beli..macam tak berkenan pulak..
Tak per..tak per...Isnin(lepas) cuti..
Kat mana kita nak ukur jalan lagi ea Abam?
** Cemburu dalam diam sangat bahaya. Jangan selalu ikutkan cemburu..nanti lesu.
1 ulasan:
owhh ko cutila senin.bestt nya jeles...nok aku serik la pizza hut service slow ...aku dah beralih arah pada dominos..sedapp..cepat..
Catat Ulasan