For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 31 Mei 2012

Lepas melompat terus kedapur...Pitamlah lepas tu..!!!

Assalammualaikum...
Good morning peeps...
Huh...lama betul aku sepi.
Aku bermalasan nak menaip entry lah sekarang ni.
Tapi...itu memang alasan setiap kali aku type entry kan..
oho...malas sebenarnya..
Banyak benda nak cerita.
Tapi...kang over cerita macam poyo pulak rasanya.
Korang tau jer la...
Abam bukan boleh aku over bercerita sikit kat dalam blog ni.
Semua dia nak kata aku poyo.
Aku redho, tapi dalam diam aku tulis or update jugak.
Haha...durhaka betul!!
Abam bukan bising sebab aku nak berblog.
Abam cakap tolong jangan letak gambar dia dalam blog.
Ok.. hari ni tak letak gambar dia dah.
Esok lusa ada kot...ngeh ngeh..ngeh..
Aku letak pict Alili dengan Acu tengah melacong lacong.
Apa melacong tu?
Melompat maknanya.
Itu bahasa banjar....hehe..
Lokasinya kalau tak silap kat Area tugu negara.Eh? entah?
Aku tak joint dorang pergi melepak kat situ
Just snap gambar ni thru Acik punya FB.
Banyak gila dorang bergambar.
Jeles mak nak....mak pun nak jugak...hahaha

Aku paling suka pict ni.
Nampak ceria dan sangat syok korang melompat kan?

Ikan cencaru sumbat by google. Nah...link tuan tanah!!!

Semalam, lepas balik kerja...aku pergi kedai nak beli ikan.
Tapi...semua ikan pun macam kurang menarik.
Nak beli ayam...entah, tak der nafsu nak makan ayam.
Nak beli daging...Abam pantang pulak makan daging sekarang ni.
Sotong ngan udang baru masak hari tu..
Lepas tu kan...ternampak ikan cencaru.
Orang kelantan panggil ikan Jeket.Macam lah orang tak tahu kan kan?
Terus...dalam kepala otak aku bling bling idea mencurah curah nak masak time tu.
Ok...terus beli ikan cencaru 2 ekor.
Takkan nak beli sekilo pulak.
Jenuh pulak nak habiskan nanti.

Bahan bahan untuk inti :
  • Kelapa parut seringgit (mintak parut yang putih jer)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah kecil
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 biji cili padi
  • 1 biji cili merah besar
  • Separuh kiub ayam knorr
  • sedikit garam
Cara cara:

Semua bahan kat atas tu masukkan dalam lesung batu dan tumbuk.
Agak agak dah lumat masukkan sedikit mak aji
Ikan pulak sila lumur dengan kunyit dan sedikit garam.
Ha...lepas tu, sumbat sampai penuh kat belakang ikan tu.
Senang bukan?

Macam aku, kat rumah ni tak boleh nak membakar ikan or segala jenis bakaran.
Sebab rumah flat kan.
Kalau kat rumah mak aku, mak memang ada bakar ikan.
Tapi..mak pakai tutup periuk untuk bakar ikan atas tu.
Macam aku..aku sayang nak buat macam gitu.
Sebab periuk rumah aku ada satu jer.
hahaha....kedekut pahit kan? Satu jer...
Jadi, aku goreng garing garing macam goreng ikan biasa.
Hasilnya...teramatlah sedap sampai menjilat pinggan malam tadi.
Lepas tu buat kuah kicap dengan cili potong.
Terbaik wa cakap sama luuu....
 Ok...bai bai...jumpa lagi...Insyaallah..

** Bila senyap orang cari...bila ada berlagak....huh!!!poyo.
#takadakenamengenadengansesiapa...ngehngehngeh


1 ulasan:

Ibu Double Q berkata...

semalam pon kite layan cencaru sumbat belakang gak kat umah... hahha.. tersama la pulak.. pic update kt instagram je.. blom sempat nk becerita di belogku..

lama dh tak layan cencaru ni kan.. sekali layan sodap kan... 2x mak tambah tau..