For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 5 Jun 2012

Mengidam nak buat agar agar Cendol....aduhai...banyak nau dugaannya!!!.

Yuhuuu...Assalammualaikum, hai kawan kawan...:)
Senyum sikit...aha...kan manis tu.
Ok, minggu lepas aku mengidam NAK BUAT AGAR AGAR CENDOL.
Gila pelik pelik perangai sekarang ni.
Hari hari aku meronda cari cendol you.
Sampai ada akak kat kedai tu cakap "sekarang ni belum bulan puasa..susah sikit nak ada"
Terus hati kecil aku tertipu dengan kata kata akak kedai tu.
Bila sampai kat rumah, aku buat muka sedih dan hampa.
Entah lain macam hampa nya.
Abam bebel bebel cakap aku mengada ngada.
Aku terus emo sendiri...
Terus masak telur kicap jer hari tu.
Padan muka....heeeeee

Esok tu, aku call mak.
Yer...mak cakap, mak tak pergi pasar.
Adoiii..keciwa...Ohhhhh...Aku keciwa...
Bila mak tanya kenapa aku keciwa?Aku malas nk bercerita.
Sebab aku malas nak susahkan mak masa tu.
Aku tahu...mak sayang aku...nanti mak pulak menggagau nak beli cendol untuk aku.
Jadi..aku diamkan diri..
Tapi, aku biasa...pagi jer aku senyap...
Lepas tu petang pulak aku call mak.
Tanya lah...kot kot mak tahu kat mana ada orang jual cendol kan.
Mak aku cakap ada.
Dekat dengan rumah bujang aku dulu.
Aku pun macam...alamak...malas nak pergi ke sana.
Sebab dah sampai rumah.
Harus malas nak berebut parking.
So, pendam perasaan lagi.
Bila abam balik dari menoreh, tengok muka aku sedih terus ajak pergi makan dekat luar.
Aku tak de mood nak makan kat luar.
Aku cakap tak payah nak pujuk hati aku dengan ajak makan kat luar.
Puii...itulah perasaan aku bila tak dapat nak buat agar agar cendol..
Teruk semacam....
 
Esoknya, aku dah nekad, tak mahu ingat lagi kat cendol.
Aku macam naik segan pulak asyik aku jer pergi tanya kat kedai akak tu.
Lepas tu akak tu sampai nampak aku jer...buat isyarat tangan pusing pusing.
Apsal aku tak cari kat kedai area rumah bujang aku?
Bukan aku malas, tapi kedai tu buka time subuh sampai pagi arround 10 pagi.
Aku kan keje...mana sempat nak kesana..
Sambil memikirkan menu apa nak masak petang tu,
Sampai lah kat rumah.
Bila buka beg, nampak Abah aku misscall.
Abah aku adalah jarang jarang nak call aku.
Sebab selalu aku yang call.
Kalau dia call kan,  mesti aku berdebar.
Aku laju laju call abah balik.
Rupanya abah aku nak ajak aku dengan Abam dinner kat kedai.
Tapi Abam masih belom balik rumah.
Aku cakap tak boleh nak joint abah.
Lepas tu abah pass phone kat Mak.

Mak aku cakap, dia dah belikan cendol untuk aku..
Adoiyaiii...sayang sampai tak kira juta dah kat mak aku.
Terus hati berbunga bunga...
Mak cakap mak beli masa otw nak pergi dinner.
Dekat area erea rumah mak aku juga.
Semangat nak buat agar agar cendol membara bara..
Haha...gambar pun dah jadi bukti kan.
Kalau korang nak tahu, punyalah excited aku ni,
Sampai dua kali aku buat agar agar cendol.

Ok, nanti aku update resepi yer..

Tiada ulasan: