For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 11 Mei 2012

Demam!!

Alloooo....Assalammualaikum.. Woahhh..aku merindui blog aku semdiri.. Aku dah lama tak membebel sendiri. Sebab blog ni pun aku buat untuk syok syok sendiri pun. Sepuloh hari aku senyap sunyi kan. Aku masih bernyawa.. Tapi...aku tak sihat. Ini semua punca dari Abam. Abam demam....aku pun demam sekali. Abam dah sihat sejahtera.. Aku terpeledot tak boleh bangun. Malam tadi Abam bising bising suruh makan ubat. Aku....herm...pandang ubat, pandang muka Abam.. Lepas tu aku terus masuk bilik. Kepala berat semacam. Mata yang sepet bertambah sepet. Sebab aku gonyoh gonyoh biji mata. Kengkonon tak mahu makan ubat. Nasib baik abam tak hentak meja...kakaka. Semalam, aku lepas balik keje, melepak rumah mak aku kejap Then balik rumah sendiri. Lepas mahgrib tu, aku terus baring..sampai abam balik kerja. Lepas hidang untuk dia makan, Aku tak sempat nak tunggu abam makan ok. Dia makan sensorang. Sebenarnya kesian..tapi nak buat macamana..kan kan.. Nasib baik aku sempat masak telur mata kerbau masak kicap, Dengan sayur kacang. Arround 3am abam baru baring kat sebelah aku. Sebab dia sebok main game. Sebelum aku halau dia main game kat depan..baik pergi dulu. Agak agak dah puas main game bola abam tu karang, baru masuk bilik. Yer...game bola kat cipek memang bising. Gua tension...sebab aku nak kerja esok nya. Dia sedapla...tido lewat...lepas tu pergi menoreh lewat!!! Punca aku terjaga dari tidur pun sebab mimpi bersambung sambung. Pelik jugak malam tadi. Lepas mimpi tayar kereta...ahahahaha Mimpi MIL boleh berjalan. Tu yang terus terjaga dari tidur tu.. Terus aku kejut abam yang baru nak terlena.. Korang tau apa dia cakap... Haaa...tu tandanya awak kena makan ubat..!! Sebab nak suruh baik dari demam.. Herm...aku pun lantas bangun dan makan ubat. Lepas tu sambung tido balik. Sebenarnya aku kurang berehat kot. Asyik nak tido jer keje nye kan? Eh..terpanjang pulak buat luahan hati kat sini.. Aku ada banyak benda nak story lagi.. Tapi..nanti nanti lah.. Ok, esok dah hari sabtu.. Selamat bercuti pada yang cuti.. Pada yang bekerja...selamat bekerja.. Babai...hiks hiks **Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang disekeliling tersenyum, Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti, kitalah yang Akan tersenyum...dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis...

1 ulasan:

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

Semoga daela sembuh seperi sediakala ye. banyakkan minum air suam, jangan lupa makan ubat ye : )