For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 4 Mac 2011

::Alili Warded::

Masa Kejadian: 2 minggu lepas


Mangsa: Alili yang mengelintas (tak reti duduk diam)


Punca punca: kurang perhatian.


Huh, terkejut beruk mak yeh bila abang aku call bagi tau Alili masuk hospital.
Dah la aku masa tu tengah berhanimun bersama sayam luar daerah.
Rasa nak balik kampung ku KL secara segara lah masa tu.
Hahaha.KL yer kampung aku.?
Masa kejadian, aku tengah otw balik rumah MIL aku.
Handphone Norkiah aku terpacking dalam beg kat bonet.
Jadinya, hanya terdengar sayup sayup bunyi lagu Justin Bieber Baby..baby..baby tu.
So, abaikan jer lah.Sapa pulaklah nak masuk terperosok kat seat belakang tu kan?
Lepas tu aku terlupa nak melihat sapakah orang yang buat miscalled tadikan?
Terus pergi pasaraya tanpa rasa bersalah.
Shopping punya shopping,hahaha..macam lah kat Pavilion kan?
terus balik rumah sayam . Lepas mahgrib tu baru teringat nak tengok sapa yang call aku tadi.
Hah.Sekali beramai ramai adik beradik aku call.
Pada hal 3 jer kot kan?Tapi banyak kali dorang call.
Terus aku rasa bersalah.Tak main call dorang,
Aku terus call Mak aku dulu.
Memula mak tak pick up.Aku mula pikir yang negatif terus.
Sekali lagi aku dail, mak jawap..terus aku macam adoiyai...mak..bikin aku nervous gitukan.
Aku tanya mak kenapa adik adik aku call?
Mak aku cakap tak tahu. Sebab mak aku pun pergi hanimun ngan abah aku ke Pahang.
Jadinya, mak ngan abah aku selamat.Al-hamdulillah.
Aku call abang aku.Rasanya 2-3 kali kot.Tapi still tak pick up.
Apahal lah pulakkan?Tadi beria-ia call.Bila aku return call tak jawap.
Sekali lagi aku nervous.Banyak sebab kenapa aku nervous kot masa tu .hahaha.
Lepas tu Sayam suruh aku SMS abang aku.
Belum sempat aku nak SMS, abang aku call..
"Anyah, anyah kat mana?"
Aku cakap pergi hanimun pastu singgah umah MIL.esok baru balik hahaha...detail aku kasi tau
kat abang aku.
"Ooo...nak kasi tau ni..Alili warded."
Hah...terdiam aku sekejap.Rasa nak memberontak ajak Sayam dan dan tu jugak balik KL.
"kenapa?"
"Hidungnya termasuk bateri "
Aku macam konfius pulak.2 kali aku tanya soalan kat abang aku.
Mulalah aku tanya soalan soalan itu ini kat abang aku.
Yelah, anak baru sorang, belum ber orang orang, sudah bagai bagai.
Abang aku pun ceritalah, punca punca alili buat begitu.
Terus aku tergelak.
Alili anak tunggal abang aku.Dia hyperactive.
Dia tak reti duduk diam diam selagi dia tak tidur.
Rumah abang aku, rasanya kalau bukak meniaga toys, memang boleh dah.
Punyalah berlambak mainannya.
Teddy bear pon ada yer.Masakan dia belom pernah mintak nak barbie doll kan?
Kalau tak...mesti abang aku belikan jugak.hahaha.

previous the day

Aku ada pergi rumah abang aku siapkan design untuk caterer flayers nya.
Lama jugak aku ngan dia cuba siapkan design tu dengan dia.Akak ipar aku busy masak nasi lemak.
Alili pun sibuk kayuh basikat kat luar rumah.
Lepas tu , alili masuk rumah.Mamanya panggil suruh makan nasi.
Aku makan kendian sebab masih busy kan.
Lepas alili makan, aku tengok dia godam godam laser milik abang aku.
Bila aku nampak, dia sorokkan dalam poket seluarnya.
Ater..mata aku kot nak di lasernya.Menjeritlah aku.
Lepas tu alili tak main lagi dah.sampailah aku nak balik rumah,
yang lagi best, abang aku hantar sampai rumah mak...heee....
terasa anak manja..walaupun sudah jadi isteri orang.kakaka.

Hah korang bateri laser tulah yang masuk dalam lubang hidungnya.
Budak budak yang dah sekolah tu pun boleh tersedut masuk dalam rongga hidung.
Sebab dia tak reti nak hembus.
Dalam keadaan macam tu, lupa pulak nak suruh abang aku sedut ikut mulut kehidung alilikan?
Tapi, Kakak ipar aku yang nurse pun panic ok.PANIC.
Nak keluarkan secara manual tak buleh.
Dari mahgrib alili kena, sampai pukul 9 abang aku cuba suruh dia keluarkan tapi masih tak boleh.
Alili panic kemudian menagis.Bila menangis, dia sedut nafas, dan bateri semakin masuk kedalam.
Lepas tu dia mengadu sambil menagis cakap tak boleh bernafas dengan baik,
paling dorang takutkan, bila bateri itu masuk ke dalam paru paru.
Abang aku & SIL bergegas pergi hospital yang terdekat.
So, budak tu kena bius bagi tak gelenyar.
Lepas kena bius, barulah operasi mengeluarkan bateri dilakukan.
Setelah sejam proses dilakukan, akhirnya semuanya selamat.
Bateri laser tak dapat masuk ke paru paru budak tu.
Kalau tak..sure bagai bagai budak tu kena belah.

Now, sudah seminggu kejadian berlaku
Aku kalau jumpa dia mesti nak tanya..
Lubang hidung ada masukkan biji tasbih x?
Kalau masukkan tasbih boleh tarik..senang sikit kerja doctor kan?
Punyalah dia marah.
Ha...budak budak sekarang dah pandai marah ok.
Abah aku lagi best, terus panggil cucu nya Amat Bateri.
aku rasalah kan..kalau 15 tahun lagi alili ada terbaca blog aku ni kan,
Sure dia malu malu kucing sambil menyesal..
Hahaha.
btw, i really love my niece tu...lebiu!!!



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anak buah you boy kan.....
kenapa sayang your niece pulak yer...i confuse sket kat sini...