For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Isnin, 28 Februari 2011

Bubur Nasi Kg. Baru

 As Salam u all.Wah..memang aku super busy kot ?
Seminggu sekali pun aku malas nak hapdate.
Mood hari ni adalah mood makan.
Hasil gambar pun google.Tapi sama cam ni jer kan?
Aku nak kasi tau yang aku sekarang dalam keadaan tak berapa nak sihat.
Sekarang pun rata rata demam, batuk, flu..kan kan?
Macam tu jugak aku.
Minggu lepas, aku sibuk cakap kat Sayam nak makan bubur nasi.
Aku nak masak..double M( Malas & Malas)
Sebab dah sasah aku kena makan sensorang.Sayam kata ini bukan makanan dia.
Belagak kot?Dia tambah kata lagi, ini adalah makanan orang tak ada gigi atau orang sakit.
Ha...kan?Jadi, dari aku masak, pastu dia dok bebel bebel..baik aku pendam perasaan.
So, malam bila tah, Sayam titiba ajak makan nasi lemak antarabangsa(NLA) kat Kampung Baru.
wah...harus gembira sebab aku boleh makan bubur nasi sekali.
Mood terbayang bayang kesedapan pada bubur begitu membara..hahaha.
Sebelum ke sana, Kami pergi rumah BIL dulu kat Seri Kembangan.
Otw balik dari situ baru pergi NLA.
Jadi, agak kelaparan terlampau masa  tu.
Bila duduk jer kat Table NLA, terus bangun dan order NLA.
Gila kan?Tadi beria ia nak makan bubur.
Lepas tu tak jadi.
Lepas makan, kenyang kenyang, terus rasa nak balik rumah tidur.
Sayam ajak borak borak kat kedai tu.
Sambil tu pujuk pujuk aku suruh makan bubur pulak.
Omak aii..porot den dah nak meletop.
Lagi dia suruh makan bubur.
Pastu dia pot pet pot pet.
Kang teringin la..itu la..ini la..Sayam membebel.
Ok fine.Aku singgah beli bubur juga akhirnya.
He....biasalah, kang time time dia busy menoreh, barulah aku sibuk ajak kan?
Haruslah dia membebel dulu.So, operasi menapau dilakukan.
Nak makan lepas sampai rumah sumpah dah tak lalukan?
Simpan dalam peti ais....pastu pagi pagi dah masukan dalam microwave.
Rasanya sangat sedap.Nikmat..lazat.
yey..
 
Gambar ini saja je untuk tatapan korang.
Lagipun ini gambar google.
Aku rindu nak terjun kat laut nan luas..
Air nan biru..Bilalah kita dapat bersama kembali..
Ok.sudah panjang sangat aku membebel.
Next time kita sambung lagi..
Tapi bulan bila?
Sila..maaf kan aku..ngeh ngeh ngeh.

Tiada ulasan: